Friday, 16 July 2021

Hikmah covid pada pemikiran luar kotak.

 Sasaran kepada perkhidmatan di sekolah.

Terlalu berlumba-lumba untuk mengejar nama dan keunggulan maka terciptalah pelbagai kegiatan yang membingongkan dalam situasi terkini.Matlamat pelaksanaan itu untuk kebaikan tetapi tidak sesuai dalam keadaan sekarang.Mengapa ini boleh berlaku?Kecerdikan dengan idea yang kreatif itu amat terpuji tetapi ia boleh melemahkan keyakinan dalam membina jenerasi ululalbab.Contoh manakan patut buat aktiviti perkhemahan dalam situasi covid walaupun dalam alam maya.Adakah ini menunjukkan kita tidak punyai masa lagi seolah-olah dunia hendak kiamat.Tindakan ini amat mengelirukan dan merosakkan pemikiran  jenerasi yang penuh dengan dusta.

Monday, 23 March 2020

3 bulan awal dalam tahun 2020.

Pergerakan dimulakan dengan Bismillah.

Teguh dihadapan.

      Tujuan utama adalah untuk menjalankan tanggungjawab secara ikhlas.Selagi ada daya dan upaya dalam menjalankan kerja-kerja untuk kemakmuran di tempat kerja maka usahakan secara terbaik.Perlu muhasabah diri bahawa tujuan dan kehendak sesuatu itu datangnya dari Maha Pencipta yang Agong.


Monday, 15 July 2019

Visi tidak berganjak.

Aku terkedu seketika.Memanglah dah pesennya begitu.Habis macam mana.Nampaknya aku terpaksa beri kata putus untuk meneruskan atau tidak.
        Fikir punya fikir sampai orang kata berfikir luar kotak jadi kena cabutlah.Jangan pedulikan suara-suara yang menghimpit perasaan ini.Seolah-olah macam orang putus harapan pulak.
         Ini bukan fikir saja tapi guna rasa gerak hati yang perlu buat sesuatu.Biar hati puas dan keputusan muktamad.Kemana hendak diarahkan kehendak ini.Yakin penyelesaiannya Allah tentukan.Sekarang ini layan saja kemana singgahnya.

Perjalanan tetap diteruskan.



Monday, 20 May 2019

Hari guru sesi petang/ramadhan19


Pada 16 Mei 2019,Khamis - Sesi petang berkesempatan melangsungkan hari guru fasa ke-2 untuk tatapan murid tahap 1.Kali ini majlis berlangsung dalam bulan Ramadhan maka suasana agak kelainan dengan hari biasa.Namun program rasmi dapat diteruskan seperti yang dirancang.


      Barisan pentadbir sk seri kundang

                       Bacaan ikrar guru

Beberapa acara persembahan murid diadakan bagi memeriahkan suasana.





Friday, 17 August 2018

Pengalaman 6 tahun bersama Almera.

Pemilihan awal.
Sebelum membeli kereta ini aku telah membuat pertimbangan mengikut tanggapan sendiri tanpa merujuk kepada sesiapa.
Pelbagai jenama kereta telah aku tinjau dan mencubanya seperti peugeot,mazda,volkswagen dan hyundai.
Tentang mana yang menjadi pilihan kali ini.
Rupanya jangkaan aku meleset sama sekali kerana pilihan aku tidak tepat.Banyak perkara yang aku pertimbangkan tetapi keputusan ini jauh seperti yang diharapkan.
Mengapa dan apakah kesilapannya.
Siapa sangka ingatkan kereta ini boleh bertahan harganya dengan saingan jenama hyundai.Rupanya tidak.Pengalaman yang cukup lama ketika itu bersama hyundai memang tidak dinafikan bahawa kereta hyundai berlaku penurunan susut nilai yang paling ketara.Ini sudah menjadi kenyataan.Tetapi alangkah sedihnya apabila jenama almera amatlah tidak diduga kerana susut nilainyapun lagi menghampakan.Pertama,sudahlah kita terpaksa membayar sepuluh persen daripada harganya berbanding hyundai hanya tunjuk muka saja sudah memadai.Bayangkan disini kita sudah kehilangan wang terkumpul yang amat merugikan.Kedua,ingatkan sparepartnya almera murah kerana jenama nissan sudah terkenal sebagai kereta mampu milik sejak puluhan tahun dulu tetapi ia luar jangkaan.
Ketiga,ketahanan produk almera adalah amat manja dan tidak tahan seperti hyundai yang telah teruji.Bila masuk tahun ketiga penggunaannya satu persatu bahagiannya perlu diganti.(boleh rujuk saya nanti).Siapa sangka selama 12 tahun saya telah menggunakan keluaran hyundai tidak ada masalah seperti almera.
Namun begitu saya sudah dapat petuanya mengenai almera ini bahawa kereta ini sebenarnya adalah berasaskan oldschool yang perlu dipelajari.Tapi apakan daya sudah banyak perbelanjaannya yang sudah saya keluarkan baru saya mengerti akan almera ini.

Monday, 23 July 2018

Kesedaran dan keinsafan.

Ilmu yang mudah.

Setiap kali makan kita akan mengunyahnya.Makanlah apa saja  makanan pasti akan mengalami prosesnya.Ada yang berkhasiat dan bervitamin semuanya akan berkumpul diperut.Dari mula prosesnya pengambilan makanan ini sehinggalah berakhirnya akan melalui prosesnya yang tersendiri.Pengumpulan makanan tetap berlaku diperut dan ini bukan kehendak kita untuk menentukan apa yang telah ditetapkan oleh badan.
        Begitu juga dengan peranan kita dengan Allah.Apa jua yang dilalui dan dilakukan semestinya hakikat itu terwujud.
       Makan yang kita ambil sama juga dengan ilmu yang kita amalkan mempunyai pengertian hakikat yang sama.Segalanya milik Allah.Proses makan yang diterima oleh badan akan melalui kehendak yang telah ditetapkan olehNya.Makanan yang baik-baik pada mulanya akan berakhir dengan proses nyahtinja yang keluar dari padan iaitu taik.Adakah taik itu tidak baik?Adakah taik itu perkara yang asing dan bukankah ia wujud dalam satu proses kesempurnaan proses di dalam badan.Bukankah itu Allah taala jadikan untuk keseimbangan.Inilah yang memerlukan pemahaman bahawa manusia yang menjalani sebagai khalifah di bumi ini akan melalui pelbagai ragam dan perlu dilakukan samada suka atau tidak.Baik buruk perlu diakui bahawa itu datang dari Si Pencipta.Kita tidak ada kuasa untuk menentukan yang baik saja perlu diadakan walhal buruk juga ada kesamaannya.Cuma  setiap perbuatan itu dimulakan dengan yang baik dahulu dan prosesnya Allah taala tentukan.
          Oleh itu jangan pula dibanggakan bahawa kita dapat melakukan yang baik dan mengharapkan balasan yang setimpal.Pahami bahawa proses hakikat seperti makanan di dalam perut sama juga dengan amal perbuatan yang kita lakukan dengan khudrat.
         Perlu dipegang dengan tali Allah bahawa setiap yang kita lalui mengalami proses hakikat iaitu semua yang berlaku mengalami kehendak penciptaNya.Jika baik dilakukan itu adalah lumrah kehidupan tetapi jika yang buruk kesampaian maka jangan dipersalahkan dan ini memerlukan keredhaan semata-mata.Jangan menidakkan proses hakikat kehidupan bahawa kononnya kita sudah beriman dan ikhlas untuk beribadat.
             Jangan sampai lupa dan bangga kita sudah sempurna beribadat dan mengharapkan balasan.Ingatkan semula ketika kita makan adakah makanan itu diharapkan untuk menjadi paling berkhasiat untuk badan sedangkan diakhirnya nanti menjadi hampas yang perlu disingkirkan.Kita tidak boleh menahan makan itu diproses semata-mata untuk bekalan sebagai protin,vitamin dan sebagainya sehingga menafikan taik yang terhasil diakhirnya itu buruk kepada kita.Walhal taik itu Allah jua jadikan.Jadi yang mana peranan kita dalam kehidupan sebenarnya.
          Oleh itu apajua yang berlaku samada baik dan buruknya dalam perlakuan kita jangan terlalu cepat dan riak bahawa kita adalah yang sempurna.
          Beribadat adalah suruhan dan hakikat hubungan dengan Allah.Mendekatkan diri untuk menjalin ikatan adalah tanda bahawa kita bersyukur dengan Allah yang mencipta kita.
         BERSAMBUNG...