Sk Seri Kundang

Pada 8hb Januari 2016.

Hari ini aku melapor diri untuk bertugas di Sk Seri Kundang.Aku diarahkan bertukar ke sini seperti yang ditetapkan dalam surat yang diterima.Surat yang kuterima ini telah disampaikan oleh En Ahmad Syukri, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah di pejabat pendidikan daerah gombak jam 3.00 petang.

           Pertukaran yang dimaksudkan adalah untuk memegang jawatan sebagai penolong
kanan petang di sekolah kebangsaan seri kundang.

          Hati aku merasa suka dan duka dengan perlantikan ini.Syukur kehadrat Ilahi tuhan yang esa yang memberi peluang dan menerima aku untuk terus berbakti dan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang mencabar ini.Segalanya aku terima dengan rendah diri untuk mendapat keberkatan daripada Allah.
Sesungguhnya tiada apa yang hendak dibanggakan melainkan untuk mencari keredhaan dan keikhlasan kepada Tuhan yang Esa.

           Orang boleh berkata apa saja.Namun aku pasrah dengan ketetapan ini tanpa menoleh kebelakang lagi.Mungkin ini peluang yang Allah beri kepadaku untuk muhasabah diri dengan lebih dekat lagi bahawa sesuatu itu ada hikmah disebaliknya.


No comments:

Post a Comment