Saturday, 29 August 2015

Aku rasa,awak rasa tak.

Lain pandangan jangan hendak dipersalahkan.

Apa saja yang tidak sama dengan kita,jangan kata mereka tidak cerdik.Jika dilihat penampilan bercakap memang hebatlah orang itu tetapi sejauh mana keberkesanannya belum tentu dijamin dia berjaya.Kita boleh bagaikan umpama siaran di tv atau diradio sebagai pengisian untuk memenuhkan ruang saat,minit,jam dan hari.Paparan tetap diisi sebab berbayar jika tidak terlepas peluang untuk mendapat peruntukan yang disediakan.
Istilah terkesan untuk kesedaran terbaik jangan dikesahkan.Lingkuppun tidak mengapa.Ini kerana pandangan kita tidak sama.
           Itu sebab jangan kata orang yang asyik corot dalam peperiksaan itu tidak pandai,tidak cerdik dan tidak berjaya.Yang penting saling menyokong.Orang pandai dan cerdik jika tiada orang yang tidak pandai dibawahnya bolehke berjaya untuk menggerakkan sesuatu misi sehingga berjaya.Begitu juga orang tidak pandai dan tidak cerdik bolehke dibiarkan begitu saja tanpa orang yang pandai dan cerdik ini.
        Marilah kita berubah dari sekarang.Semuanya itu ketentuan ilahi.Perasan dan sedarlah ada orang masa sekolah sijilnya gred A tapi ukuran hidupnya tidak sejaya seperti kawan sekolahnya yang tiada langsung A.Mengapa jadi begini.Cuba buat statistik semasa reunian kawan sekolah lama dulu.Bila kita berkumpul semula setelah lama meninggalkan sekolah dan universiti dulu,baru kita akur bahawa kuasa tuhan itu melebihi segalanya.Pandai sekolah jika tidak cemerlang dalam hidup memang tidak bergunalah kehidupannya.Tidak boleh dibanggakan.