Thursday, 29 December 2016

Signal tubuh mula mendatang.

Aku tewas dengan cabaran.Kuasa Tuhan adalah segalanya.Hakikat ini aku terima dengan ikhlasnya.Betapa kerdilnya aku disisinya dan tidak ada kuasa yang dapat menghalangnya.Nikmat dan kebahagian bukan milik kita selamanya.Putaran kehidupan sudah bermula.Sekarang aku diuji dengan kenikmatan yang dianugerahkan olehNya.Rupanya sebagai tanda bahawa diri ini bukan kita yang empunya selamanya.Sihat tubuh adalah anugerah malah kepincangan tubuhpun adalah pemberian tuhan.Segalanya perlu disyukuri dengan hati terbuka.Setiap perkara itu ada hikmahnya kepada tubuh yang masih bernyawa.
       Kali ini aku didatangani dengan ujian untuk ketahanan badan.Betapa hebatnya kuasa tuhan dengan nikmat makanan yang dirasai rupanya ada cabaran yang perlu diharungi.Betapa enjin badan kita bukan lancar selamanya.Umpama sebuah kereta yang baru sudah tentu boleh bertahan bertahun-tahun lamanya.Namun bila sudah sampai masanya tentu ada bahagian yang perlu diganti atau diservis.Jangkaannya sudah ditetapkan.Mahu tak mahu kena buat juga.

Wednesday, 21 December 2016

Aku menerima menantu.

Saat kesibukan dalam menempuh kehidupan sepanjang hari.Kini sudah tiba masanya aku menerima kehadiran ahli keluarga baru.Rasa macam tidak percaya yang aku sudah bergelar bapa mertua.Rupanya anak-anak sudah membesar dan bersedia untuk berumah tangga.Aku menerima hakikat ini dengan hati terbuka dan bersyukur bahawa kehadiran menantu adalah petunjuk yang mengakui yang aku sudah menjadi orang tua.
            Hakikatnya aku perlu bersedia dengan ketentuan Ilahi dan perlu melakukan yang terbaik.Kesediaan dalam menempuh hari yang mendatang dengan penuh keredhaan  dan kesyukuran kepada yang  Maha Esa.

Bersama keluarga isteriku.
Majlis pernikahan anakandaku yang sulung telah berlangsung pada 17 Disember 2016.