Monday, 10 July 2017

Bersabar atau menyebuk.

Sampai mana dah yang kau dapat.Tunggu apa lagi,masih macam dulu lagi.Tak berubah-ubah pun.
         Betul ke apa yang dicakap ni.Macam orang putus asa aja.
         Bila berhadapan dengan keadaan ini pelbagai perkara boleh ditafsirkan.
Pertama.
1.orang ini tidak bersyukur.
2.orang ini tidak bersembahyang.
3.orang ini tidak mengenal diri sendiri.
4.orang ini suka menjadi pengikut.
5.orang ini tidak merasa nikmat sejati.
6.orang ini lemah.
7.orang ini kera sumbang.
8.orang ini tidak berperanan dalam kehidupan.
9.orang ini fikiranya tidak sempurna .

Friday, 3 February 2017

Tangan je sakit tapi kaki boleh berjalan pergi kerja?

Memang tepat apa yang dikata.Cakaplah apa saja dan tidak salahpun.Bercakap sesedap mulut seperti pepatah melayu ada mengatakan terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.Inilah peribahasa yang meminta kita berhati-hati ketika berbicara.Orang yang dikatakan itu memang sedar akan maksudnya dan menerima dengan redha apa yang berlaku.
            Niat kena perbetulkan dahulu untuk tujuan tersebut.Muhasabah diri sendiri dan ingatkan bahawa kita ini sekadar menumpang di bumi nyata.Diri kita bukan kita yang berkuasa untuk membuat penentuan.Ada kuasa yang lebih besar lagi untuk menentukan perjalanan hidup ini.
           Kita kata kita hebat namun kita lupa ada kuasa penentu untuk memberi kepada kita.Dengan demikian saya mengajak diri saya yang lemah ini supaya berkatalah dengan hati supaya kita tidak angkuh bahawa mulutlah yang akan membinasakan atau memakan diri sendiri sekiranya tidak berhati-hati.Allah huRabbi.

Friday, 13 January 2017

YANG SALAH JADI BETUL YANG BETUL JADI SALAH

Memang sukar untuk ditentukan mana yang perlu diikuti.Kita katakan itu betul tapi orang lain kata itu salah.Salah pulak bagi kita tapi orang lain kata betul.
         Inilah yang memerlukan kita mempunyai pendirian yang tegas.Bila kita berada diatas setiap keputusan perlu dibuat dengan tepat dan berwibawa.Setiap tindakan perlu difikirkan semasak-masaknya dan mampu menanggani sebarang penyelesaian.Jangan sampai ada idea kolot yang mencerminkan kita seorang yang tidak cerdik dan lemah.
         Siapa orang yang berada dihadapan kita.Muhasabah diri dan jangan anggap orang itu sama dengan kita.