Friday, 3 February 2017

Tangan je sakit tapi kaki boleh berjalan pergi kerja?

Memang tepat apa yang dikata.Cakaplah apa saja dan tidak salahpun.Bercakap sesedap mulut seperti pepatah melayu ada mengatakan terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.Inilah peribahasa yang meminta kita berhati-hati ketika berbicara.Orang yang dikatakan itu memang sedar akan maksudnya dan menerima dengan redha apa yang berlaku.
            Niat kena perbetulkan dahulu untuk tujuan tersebut.Muhasabah diri sendiri dan ingatkan bahawa kita ini sekadar menumpang di bumi nyata.Diri kita bukan kita yang berkuasa untuk membuat penentuan.Ada kuasa yang lebih besar lagi untuk menentukan perjalanan hidup ini.
           Kita kata kita hebat namun kita lupa ada kuasa penentu untuk memberi kepada kita.Dengan demikian saya mengajak diri saya yang lemah ini supaya berkatalah dengan hati supaya kita tidak angkuh bahawa mulutlah yang akan membinasakan atau memakan diri sendiri sekiranya tidak berhati-hati.Allah huRabbi.