Saturday, 28 April 2018

Jangan fikir tapi rasa.

Diri sendiri.

Macam-macam hal berlaku.Tapi kita hendak ikut mana.Berita sana-sini kita dengar tapi itu sandiwara dan mainan belaka.Belum tentu itu kita terima bulat-bulat.Jangan silap.Kita ini ada senjata paling mustajab iaitu rasa.Rasa adalah keputusan yang terhebat milik kita sendiri.Kita sendiri yang dapat tentukan dan tidak sama dengan orang lain.Oleh itu gunakan rasa untuk petindak utama dalam menentukan hala tuju diri kita.

Yakin dan pegang pada tali Allah.

Engkau miskin,engkau kaya,engkau dato',engkau tukang cuci dan engkau orang besar pun adalah mainan dan lakonan semata-mata.Memanglah itu semua ada di depan mata kita.Tapi kita ini jika macam ini juga apakah kita menyesalinya.Janganlah salahkan pada yang terjadi ini.Makin kita cari segala-gala yang diingini maka tidak tentu lagi itu kesudahan dan penamatnya.Jika itu yang kita miliki dan hadapi sehingga kini anggaplah itu sandiwara yang sudah terkarang dan terlayar untuk ditontoni dengan hati yang terbuka.Permulaan mesti ada penamatnya.Perjalanan yang kita tempuhi ini bukan kehendak kita.Oleh sebab itu mari kita undur kebelakang sikit supaya kita tidak menyalahkan takdir.Kisah lama bukan untuk cemerlangkan diri tetapi untuk muhasabah diri bahawa perjalanan kita ini bukan kita minta dan inginkan.Yang pasti sesuatu itu ada hikmahnya yang kita tidak sedari.

Monday, 23 April 2018

50an baru faham.

Aku hidup berkeluarga.
Syukur dengan anugerah ini kerana
1.aku mempunyai pasangan.
2.aku mempunyai anak-anak.
3.aku diberi tanggungjawab.
4.aku diberi amanah.

Aku mempunyai kerjaya.
Tujuan untuk
1.memikul tanggungjawab dan amanah.
2.mendapat habuan dan pendapatan.
3.mengurus dan mengolah sebuah kehidupan.
4.berbakti kepada ciptaan Allah.
5.membantu dan menolong diri sendiri.
6.menyempurnakan kewajipan.
7.membantu dan memberi sokongan kepada ibu bapa.
8.contoh dan tauladan.
9.berbuat baik kepada semua.
10.keredhaan,keyakinan dan kesyukuran.

Aku punyai harta.
Sekadar anugerah daripada Ilahi dan tidak kaya.
1.Harta pusaka.
2.hasil pencarian semasa.
3.isteri,anak dan cucu.
5.rumah
6.kenderaan
7.kebun

Rahsia dalam rahsia.
Ini maklumat yang tidak perlu diketahui pembaca kerana
1.Aku dan Allah.
2.Ilmu yakin dan redha.
3.pengertian berbeza.
4.elak diri dari sombong dan ego.
5.aku tidak wujud.
6.aku tidak punyai apa-apa
7.sekadar ketentuan Allah.