Sunday, 10 June 2018

Kehidupan memerlukan formula.

Warkah gaib.

Kepada,
Ibu bapaku yang tercinta.

Kehadapan ayahanda dan bondaku yang diingat selalu semoga rohmu berada dalam limpahan  rahmat dan kemulian Allah.

Anakanda merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan sanjungan yang tinggi buat roh kedua-duamu yang telahpun selamat kembali menemui pencipta sekalian alam.

Tidak dapat anakanda gambarkan bahawa segala yang berlaku adalah kehendak Maha Pencipta yang lagi Bijaksana.Anakanda panjatkan doa ini untuk kebaikan roh ayahanda dan bonda berdua semoga berkekalan di sisi Allah dengan mendapat limpah rahmatNya.Aamiin.

Sekian.

Menumpang kehidupan di dunia nyata.

Sejak kecil apa yang dilalui itulah azimat pembuktian kebesaran Allah.Layanan dan kesempurnaan hidup yang dirasai tidak pernah diminta malah menerima dan melayan setiap kejadian yang berlaku sehingga sekarang.Alhamdulillah gambaran yang sudah terzahir berkat daripada kandungan ibu yang redha untuk kejadiaanku.

Langkah demi langkah.

Apa yang berhasil sekarang bermula daripada orang tuaku.

1.Aku anak kampung di tanah pinggiran.
2.Bersekolah dalam revolusi pertanian.
3.Guru disanjung tinggi.
4.Masyarakat bergantung penuh dengan kerajaan.
5.Kematangan muncul melalui perubahan yang disalurkan melalui program agensi kerajaan.
6.Berita tv saluran perdana penyampai maklumat utama untuk masyarakat.
7.Peluang terbuka luas dengan ukuran pencapaian akedamik individu.
8.Ayanda dengan semangat dan dengan keterbukaan hikmah Iradhah qalbunya daripada Maha Pencipta telah berusaha untuk meletakkan aku kepintu yang boleh mendapatkan rezeki.
9.Kepercayaan dan penuh yakin bahawa saluran jalinan keluarga boleh membantu untuk menjayakan hasratnya.
10.Syukur,alhamdulillah melalui jalan ini ianya berhasil dengan ketentuan Allah jua.
11.Visi dan misi pegangan ibu ayah yang bersandarkan dimana ada kemahuan disitu ada jalan memberikan hikmah yang besar bahawasanya konsep tarikat yang bersandarkan perjalanan hidup perlu dipimpin dan terarah melalui hubungan sesama manusia untuk mengejar dan mencari Nashnya.
12.Pembuktiannya kini telah terzahir walaupun kemutlakannya hanya Allah yang mengadakanya dan bukan kehendak kita.
13.Perjalanan masih jauh dan harus diterus kan untuk pencarian yang tiada penghujungnya.Rahsia diri belum terbongkar dan jalinan hubungan dengan Maha Pencipta masih belum tamatnya selagi nadi dan denyutan jantung masih diizinkan olehNya.
Zikrullah.Zikrullah.Allah.Allah.
Allah hu.

Ilmu itu ada di mata.

1.Duhai ibu ayah yang telah menyahut seruan Ilahi.Pemergianmu walaupun  hilang dimata namun dihati ini masih segar akan kisah ketika dahulu yang menjadi kenangan sehingga kini.
2.Ibu begitu setia dengan ayah dan hubungan  menggambarkan tiada kerenggangan dimata.Walau ibu terlantar sakit namun keteguhan jiwa terpancar dengan perilaku yang tetap setia.
3.Bila saat dipenghujung mata yang tidak boleh terhalang lagi dan takdir telah menetapkan segalanya namun ayah kekal keseorangan tiada pengganti.Innalilahiwainnailaihirojiun.

Kajian dekat dimata dan dekat dihati.

Pengenalan ibu.

Ibuku telah balik kepangkuan Ilahi di waktu magrib dalam usia 78 tahun pada tahun 2008.Pemergiannya  yang ditentukan oleh  takdir dengan penganugerahan sakit oleh Pencipta dihadapi dengan redha oleh kami semua.Sakit yang dianugerahkan kapadanya sebagai ilmu kepada anak-anaknya.Dahulu semasa kami mengalami sakit demam,si ibu dan ayah sedaya upaya berikhtiar mencari ubatnya dan alhamdulillah segalanya diperkenankan oleh Allah sehingga kami dewasa.Namun ketentuan hak penciptaNya bilamana penyakit si ibu tidak dapat anak-anaknya untuk menolak takdir.Allah Maha bijaksana dan sempurna.Ibu balik buat selama-lamanya.

Perjalanan hidup ibu.

Hidup sebagai peneroka sejak tahun 1964 di Tanah Rancangan Sungai Serai telah membuktikan bahawa kaum ibu sama peranannya dengan kaum bapa.Tubuh tulang empat kerat dan bermandikan keringat tidak lekang ditimpa hujan sebagai azimat perkasanya kaum ibu.Ibu dan ayah saling bersandaran mencari rezeki demi membesarkan anak-anaknya.Hasil khazanah bumi dimanfaatkan dan rezeki itu datangnya dari Allah.Tidak adalah sampai kami hidup tidak tertanaknya nasi dan tidak berkocaknya gulai ikan sembilang bersantankan kelapa.Di mana mata memandang di situ rezeki tidak putus untuk dimanfaatkan.Pucuk paku cendawan busut,pucuk ubi direbus air,sambal tumis ikan bilis,nasi panas makan sekeluarga menjadi ingatan air tangan ibu tanda merapatkan hubungan anak-anak sekeluarga.
Setiap pagi ibu sudah bangun dari tidur dan menunaikan solat subuh.Kesejukan air yang ditimba dari aliran mata air menjadi sumber yang memberi inspirasi dan begitu sayangnya Allah kepada makhluknya.Ini tidak memerlukan latihan seperti menghadiri kursus seperti sekarang.Tidak ada apapun ilmu untuk menghadapi cara-cara ikhtiar diri dalam nenghadapi cabaran kehidupan masa itu.Segalanya yang ada didepan mata memang dihadapi dan dijalani seadanya tanpa petunjuk.Zahir diri dan batin telah terolah dengan sendirinya.Tidak ada penyesalan dan rungutan terkeluar dari penduduk di sini.
Kehidupan kais pagi makan pagi kais petang makan petang umpama bidalan haiwan yang diciptakan untuk manusia berfikir bahawa rezeki itu bukan kita yang tentukan.
            Ibuku seorang wanita yang gigih dan hebat.Tidak pernah berpeluk tubuh dan mengharapkan rezeki datang bergolek.Ada saja sesuatu yang hendak dibuatnya dan tidak pernah duduk diam.Tenaganya memang kuat dan sentiasa bekerja membanting tulang empat kerat.Tidak ada erti bersenang-senang pada setiap masa.
           Malu hendak katakan tenaganya lebih kuat daripada seorang lelaki.Kerja mengapak kayu,menggandar baldi getah,menebas semak samun dan lain-lain lagi yang memang luar biasa.
            Tabiatnya memang seorang yang cukup berhemah dalam setiap perbelanjaan dapur.Jika berbelanja memang ikut kemampuannya.Tidak pernah yang tidak cukup berkaitan kewangan malah dalam diam-diam simpanannya menimbun dan tidak seperti orang sekarang.Ini terbukti apabila ibu meninggal aku dapati duit simpanannya mencecah ratusan ribu ringgit.Bayangkan betapa cermatnya beliau berbelanja.
             BERSAMBUNG...INSYA ALLAH.