Monday, 23 July 2018

Kesedaran dan keinsafan.

Ilmu yang mudah.

Setiap kali makan kita akan mengunyahnya.Makanlah apa saja  makanan pasti akan mengalami prosesnya.Ada yang berkhasiat dan bervitamin semuanya akan berkumpul diperut.Dari mula prosesnya pengambilan makanan ini sehinggalah berakhirnya akan melalui prosesnya yang tersendiri.Pengumpulan makanan tetap berlaku diperut dan ini bukan kehendak kita untuk menentukan apa yang telah ditetapkan oleh badan.
        Begitu juga dengan peranan kita dengan Allah.Apa jua yang dilalui dan dilakukan semestinya hakikat itu terwujud.
       Makan yang kita ambil sama juga dengan ilmu yang kita amalkan mempunyai pengertian hakikat yang sama.Segalanya milik Allah.Proses makan yang diterima oleh badan akan melalui kehendak yang telah ditetapkan olehNya.Makanan yang baik-baik pada mulanya akan berakhir dengan proses nyahtinja yang keluar dari padan iaitu taik.Adakah taik itu tidak baik?Adakah taik itu perkara yang asing dan bukankah ia wujud dalam satu proses kesempurnaan proses di dalam badan.Bukankah itu Allah taala jadikan untuk keseimbangan.Inilah yang memerlukan pemahaman bahawa manusia yang menjalani sebagai khalifah di bumi ini akan melalui pelbagai ragam dan perlu dilakukan samada suka atau tidak.Baik buruk perlu diakui bahawa itu datang dari Si Pencipta.Kita tidak ada kuasa untuk menentukan yang baik saja perlu diadakan walhal buruk juga ada kesamaannya.Cuma  setiap perbuatan itu dimulakan dengan yang baik dahulu dan prosesnya Allah taala tentukan.
          Oleh itu jangan pula dibanggakan bahawa kita dapat melakukan yang baik dan mengharapkan balasan yang setimpal.Pahami bahawa proses hakikat seperti makanan di dalam perut sama juga dengan amal perbuatan yang kita lakukan dengan khudrat.
         Perlu dipegang dengan tali Allah bahawa setiap yang kita lalui mengalami proses hakikat iaitu semua yang berlaku mengalami kehendak penciptaNya.Jika baik dilakukan itu adalah lumrah kehidupan tetapi jika yang buruk kesampaian maka jangan dipersalahkan dan ini memerlukan keredhaan semata-mata.Jangan menidakkan proses hakikat kehidupan bahawa kononnya kita sudah beriman dan ikhlas untuk beribadat.
             Jangan sampai lupa dan bangga kita sudah sempurna beribadat dan mengharapkan balasan.Ingatkan semula ketika kita makan adakah makanan itu diharapkan untuk menjadi paling berkhasiat untuk badan sedangkan diakhirnya nanti menjadi hampas yang perlu disingkirkan.Kita tidak boleh menahan makan itu diproses semata-mata untuk bekalan sebagai protin,vitamin dan sebagainya sehingga menafikan taik yang terhasil diakhirnya itu buruk kepada kita.Walhal taik itu Allah jua jadikan.Jadi yang mana peranan kita dalam kehidupan sebenarnya.
          Oleh itu apajua yang berlaku samada baik dan buruknya dalam perlakuan kita jangan terlalu cepat dan riak bahawa kita adalah yang sempurna.
          Beribadat adalah suruhan dan hakikat hubungan dengan Allah.Mendekatkan diri untuk menjalin ikatan adalah tanda bahawa kita bersyukur dengan Allah yang mencipta kita.
         BERSAMBUNG...