Monday, 15 July 2019

Visi tidak berganjak.

Aku terkedu seketika.Memanglah dah pesennya begitu.Habis macam mana.Nampaknya aku terpaksa beri kata putus untuk meneruskan atau tidak.
        Fikir punya fikir sampai orang kata berfikir luar kotak jadi kena cabutlah.Jangan pedulikan suara-suara yang menghimpit perasaan ini.Seolah-olah macam orang putus harapan pulak.
         Ini bukan fikir saja tapi guna rasa gerak hati yang perlu buat sesuatu.Biar hati puas dan keputusan muktamad.Kemana hendak diarahkan kehendak ini.Yakin penyelesaiannya Allah tentukan.Sekarang ini layan saja kemana singgahnya.

Perjalanan tetap diteruskan.



Monday, 20 May 2019

Hari guru sesi petang/ramadhan19


Pada 16 Mei 2019,Khamis - Sesi petang berkesempatan melangsungkan hari guru fasa ke-2 untuk tatapan murid tahap 1.Kali ini majlis berlangsung dalam bulan Ramadhan maka suasana agak kelainan dengan hari biasa.Namun program rasmi dapat diteruskan seperti yang dirancang.


      Barisan pentadbir sk seri kundang

                       Bacaan ikrar guru

Beberapa acara persembahan murid diadakan bagi memeriahkan suasana.