Thursday, 29 December 2016

Signal tubuh mula mendatang.

Aku tewas dengan cabaran.Kuasa Tuhan adalah segalanya.Hakikat ini aku terima dengan ikhlasnya.Betapa kerdilnya aku disisinya dan tidak ada kuasa yang dapat menghalangnya.Nikmat dan kebahagian bukan milik kita selamanya.Putaran kehidupan sudah bermula.Sekarang aku diuji dengan kenikmatan yang dianugerahkan olehNya.Rupanya sebagai tanda bahawa diri ini bukan kita yang empunya selamanya.Sihat tubuh adalah anugerah malah kepincangan tubuhpun adalah pemberian tuhan.Segalanya perlu disyukuri dengan hati terbuka.Setiap perkara itu ada hikmahnya kepada tubuh yang masih bernyawa.
       Kali ini aku didatangani dengan ujian untuk ketahanan badan.Betapa hebatnya kuasa tuhan dengan nikmat makanan yang dirasai rupanya ada cabaran yang perlu diharungi.Betapa enjin badan kita bukan lancar selamanya.Umpama sebuah kereta yang baru sudah tentu boleh bertahan bertahun-tahun lamanya.Namun bila sudah sampai masanya tentu ada bahagian yang perlu diganti atau diservis.Jangkaannya sudah ditetapkan.Mahu tak mahu kena buat juga.

Wednesday, 21 December 2016

Aku menerima menantu.

Saat kesibukan dalam menempuh kehidupan sepanjang hari.Kini sudah tiba masanya aku menerima kehadiran ahli keluarga baru.Rasa macam tidak percaya yang aku sudah bergelar bapa mertua.Rupanya anak-anak sudah membesar dan bersedia untuk berumah tangga.Aku menerima hakikat ini dengan hati terbuka dan bersyukur bahawa kehadiran menantu adalah petunjuk yang mengakui yang aku sudah menjadi orang tua.
            Hakikatnya aku perlu bersedia dengan ketentuan Ilahi dan perlu melakukan yang terbaik.Kesediaan dalam menempuh hari yang mendatang dengan penuh keredhaan  dan kesyukuran kepada yang  Maha Esa.

Bersama keluarga isteriku.
Majlis pernikahan anakandaku yang sulung telah berlangsung pada 17 Disember 2016.




Monday, 30 May 2016

Persepsi dalam pemilikan kereta.

Kereta apa yang kita perlu miliki.

Kenderaan itu penting dalam urusan kehidupan harian manusia.Bila berkereta kita mudah untuk kemana-mana untuk melakukan apa saja.Tetapi kita jarang mendalami ilmu pemilikan kereta.Yang pasti kita mudah terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan berkaitan kereta itu.Begitu juga berkereta mengikut kemampuan ekonomi kita.Namun ada juga yang gigih berkereta bertujuan untuk kebanggaan diri.Lebih lagi harga kereta yang mahal untuk menampakkan di mata orang di sekeliling kita.Wah,hebat orang itu,tentu dia mempunyai wang yang banyak dengan memakai kereta yang mahal.Bagaimana persepsi kita dengan keadaan sedemikian.
            Di sinilah peranan utama kita dalam menentukan tahap pencapaian dalam kejayaan hidup.Orang aslipun sekarang ini sudah pandai berkereta.Apatah lagi orang kampung di pinggir bandar.Mereka berkereta mengikut tujuan masing-masing.
             Keadaan demikian memang tidak dapat disangkal lagi.Sesiapa saja boleh memiliki kereta tetapi kereta yang bagaimana.Sekarang ini sudah banyak lambakan kereta dari yang lama hingga yang baru.Dari yang pelbagai jenama luar negara sampaikan kereta keluaran negara kita.
             Lantaran itu apakah jenis kereta yang sesuai dengan kita.Cuba kita muhasabah diri kita dahulu.Adakah kita sudah menyediakan keperluan asas kehidupan kita untuk kegunaan harian.Sudah pasti perkara itu sudah diambil perhatian.Dimana datangnya idea kita itu untuk menyediakan keperluan itu.Memang dunia persekitaran atau sekeliling kita banyak membantu.
            Masa budak-budak kecil lagi banyak model-model kenderaan telah diperkenalkan kepada mereka.Bayangkan sejak kecil lagi sudah kenal kegunaan kenderaan.Mengapa agaknya perkara ini dilakukan.
          Masih ingat lagikah lagu bapaku pulang dari kota,bapaku belikan kereta,kereta kecil warna merah,bolehku bawa ke sekolah.Pon,pon,pon,pon2X.
          Walaupun sekadar lagu untuk hiburan budak sekolah tetapi maknanya amat mendalam untuk menyampaikan maksud bahawa kereta itu adalah sebahagian dalam hubungan kehidupan.Dengan kereta itu budak kecil sudah dididik bahawa kita mudah hendak kemana-mana bila sudah mempunyai kereta.Kecil-kecil lagi sudah mempunyai keinginan untuk membawanya dengan rasa gembira.
          Jika masih kecil lagi sudah ada keinginan untuk memilikinya maka sudah pasti hasratnya sampai dewasa dan tidak perlu untuk memperkenalkan apakah kegunaan kereta.Bagi saya ia seperti sebahagian dalam keperluan harian yang lain.
         Namun begitu kita tidak didedahkan berkaitan dengan ilmu pemilikan kereta.Jika makanan yang kita makan pada setiap hari telah diajar akan khasiatnya untuk keperluan tubuh badan sejak dibangku sekolah lagi agar kita tahu kebaikan dan keburukannya.Kenapa tidak diperkenalkan kebaikan dan keburukan sesebuah kenderaan itu.Bukankah berkereta itu sebahagian untuk keselesaan hidup.Nikmat,keselesaan dan kemudaratan adalah perkara yang berkaitan kepada sipemilik kereta.
          Kita perlu bertindak dengan sebaiknya dengan meletakkan matlamat utama pemilikan kereta.Perlu berfikir tanpa dipengaruhi oleh pengaruh agensi iklan yang bermatlamat untuk keuntungan semata-mata.Pegang kepada niat utama untuk pemilikan kereta.Jangan pedulikan jenama kereta yang dijual dengan harga yang tinggi.Ini tidak memberi keberuntungan untuk jangka masa panjang.Letakkan barangan kereta ini seperti sebuah kasut yang dipakai oleh kita.Tempatnya hanya dikaki dan memang pada mulanya mempunyai harga namun lama kelamaan ia akan lusuh dan tidak berkenan dihati.Akhirnya dicampak dan diganti dengan yang baru.Jika sepasang kasut harganya tidaklah semahal seperti sebuah kereta tetapi ia boleh dijadikan contoh untuk kita membuat keputusan sendiri.
             Berapa ramai dalam kalangan kita mengetahui tentang kenikmatan pemanduan sebuah kereta.Ia seperti menikmati sesuatu makanan yang dimakan.Sedapnya hanya pada tekak dan akhirnya menjadi taik yang perlu dibuang.Mungkin juga kita tidak berpeluang untuk memandu uji semua jenis kereta.Cuma yang kita nampak pada mata dan menilai dengan apa yang orang lain katakan.Begitu juga kita menilai dengan melihat kecantikan rupa kereta itu dan terpegun dengan harga yang dipaparkan.Lagi mahal harga yang diletakkan lagi terangsang minda kita untuk berbangga tentang nilainya yang bersaing dengan jenama kereta lain.Jangan mudah terikut-ikut dengan gaya pemilikan kereta.
          Cuba kita fikirkan adakah sesuai sesuatu barangan itu dengan kita.Katakan ukuran baju untuk badan kita ialah bersaiz L,maka tentu kita akan gunakan saiz ini.Apa akan berlaku jika kita gunakan yang bersaiz XL.Bagaimana keadaannya dengan gaya pemakaiannya.Adakah nampak kemas dan cantik dipandang.Apatah jadi pula jika yang dipakai bersaiz S.Fikirkan.
            Pemilikan kereta juga untuk kegunaan kita adalah sama juga dengan barangan kegunaaan harian kita.Malah bukan kereta saja bahkan apa saja yang digunapakai untuk keperluan diri.
            Rasa bangga itu bukan utamanya  malah perlu ditanamkan dalam diri kenikmatan apa yang kita rasa sendiri.Jangan jadikan pandangan mata orang itu kekuatan untuk kita bermegah.Pandangan mata tidak sama apa yang kita rasai.Ini boleh membuat kita tertipu dengan yang sebenarnya.
           Citarasa kita memang berbeza antara satu sama lain.Tetapi jika dipupuk dengan cara rasional dan serata memang kita boleh menjadi sama walaupun kita berbeza.Itu sebab kenapa pengiklanan yang dipaparkan secara meluasnya dalam kehidupan seharian kita.Bayangkan dari budak kecil sampai dewasa sudah sampai tidak terkira otak kita disogokkan dengan peranan iklan dalam mempengaruhi sesuatu keputusan yang kita buat.
            Berkeretapun begitu,lihat saja kereta yang baru dan cantik,kita mudah tertarik dan suka kepadanya.Ini adalah unsur permainan dalam perniagaan yang boleh menjerat naluri seseorang itu agar memilikinya.
            Lihatlah betapa kita mudah lupa bagaimana semasa kita boleh mendirikan rumahtangga dengan pilihan kita.Adakah kita membuat pilihan tanpa berfikir panjang.Bayangkan semula kisah lampau itu.

Thursday, 19 May 2016

HARI GURU SEKOLAH.

SAMBUTAN MENGINGATKAN AKAN PERUBAHAN MENGIKUT PERKEMBANGAN VERSI BARU.

Siapa saja boleh berkata tentang cikgu.Tetapi semua pihak kena memaklumi bahawa perkembangan terkini bukan cikgu yang merubahnya tetapi peranan makhluk yang mendiami dunia ini.Kuasa pemerintah menjadi pemangkin besar dalam mengacuan arah rakyat di bawah pemerintahannya.Cikgu hanya sebagai pemudah cara dalam gabungan versi laluan yang dicapai mengikut dasar sebuah kerajaan.Kemana hasil penyudahnya memang sudah direncanakan dan bukan jawapan untuk matlamat cikgu secara suka-suka mengadakan-adakan selain yang disasarkan.
            Dunia telah berlaku banyak perubahan tanpa boleh dikawal lagi.Tiada siapa yang dapat menahan perubahan ini secara jelas kerana kesamaran yang mendatang dari pelbagai penjuru dengan begitu mudah membolisi setiap pelusuk.
            Kuasa cikgu dalam mendidik pelajar begitu terbatas sekali dan sukar menentukan kejayaan adalah ditangan guru semata mata.Kenapa tidak kepada cikgu sepenuhnya dan siapa pula yang memainkan peranan ini.Cikgu berkata begitu bukan caranya tetapi caranya ada.Cikgu tidak dapat menjanjikan sesiapa akan berjaya jika itu adalah betul.Harapan bukan bersandarkan kepada cikgu untuk membolehkan sesorang itu berjaya.Ini memerlukan kebolehupayaan seseorang itu menentukan matlamatnya.Kerana itu tug as cikgu seperti canel TV yang boleh dilaraskan mengikut kehendak sesuatu yang telah direncanakan.Cikgu sekadar menyelesaikan ragam- ragam masyarakat yang ditabur dengan pemikiran agenda kuasa pemerintah.
             Ketika ini tidak sama dengan lalu,perubahan yang jelas adalah peradaban kita dalam melangkaui arus yang begitu deras menerjah dalam setiap arah dan mudah meranapkan identiti yang pernah dibanggakan.Cikgu tidak berperanan untuk membangkitkan nilai jati sesuatu bangsa lagi.Pengaruh Dan dakyah ditaburi melalui tindakan yang begitu nengelirukan untuk mengalih pandangan sesuatu bangsa agar suatu dapat dilenyapkan dari pandangan dan hilang dari lipatan sejarah.
          Kisah filem P.Ramle,cikgu Shaari boleh dijadikan penyelamat dalam mencari pengaruh cikgu yang berkaliber.Begitu jauh pandangan beliau dalam menghasilkan filem ini untuk ditatapi sehingga kini.Pelbagai kias dan sindiran yang membina untuk anak bangsa kita.Dulu kisahnya untuk pengajaran masa kini.Sandiwara yang dimainkan untuk memberi kita keinsafan bahawa pendidikan itu adalah bayangan daripada pengaruh kuasa pemerintah.Mengapa adunan ceritanya menggambarkan kisah cikgu,sekolah dan pelajar.Apakah matlamat utama penghasilan filem ini.Siapakah cikgu Shaari itu.Adakah cikgu Shaari ini sesuai dengan tugasnya sebagai cikgu.Adakah situasi itu benar dengan keadaan yang berlaku dalam masyarakat kita.Ataupun ini sebagai satu muslihat untuk meruntuhkan perkembangan dunia pendidikan kita.Situasi masa itu bukan kisah ketika itu tetapi adalah memperjelaskan kisah yang berlaku sekarang dimata orang melayu.
           Kita boleh menterjemahkan bahawa masyarakat telah merendahkan kuasa cikgu itu dengan kaedah mengeksplotasi cikgu supaya cikgu tidak boleh berperanan dalam mencorakkan anak bangsa melayu.Sekarang kita boleh melihat sendiri inspirasi yang dipertengahkan dalam filem ini.Hayati dengan menginsafi dan me
rasa gerak hati.

Saturday, 9 April 2016

saya jadi cikgu.

cikgu mengajar apa?

Soalan yang selalu ditujukan kepada sesiapa yang bergelar guru.

perkataan mengajar itu selalunya berfokus kepada perkara mata pelajaran di sekolah.Perkara mudah kita ajar a,b,c sampai dapat.

Sunday, 27 March 2016

Situasi Petang.

Rutin di sk seri kundang.

Jam 12.05. Aku sudah berada di sekolah.Aku akan melihat murid-murid yang berkumpul di dewan dan di kantin.Memang ada murid yang datang awal ke sekolah.Mereka ini perlu diperhatikan dari masa ke semasa.

Saturday, 26 March 2016

Matlamat kita berbeza.

Kita belajar disekolah yang sama.Guru yang mengajar kita menerima.Tidak ada lebih dan kurangnya ilmu yang kita pelajari.Cuma bila kita diuji semasa itu barulah kita perasan bahawa antara kita markahnya berbeza.Ada yang mendapat markah tinggi dan tidak kurang juga ada yang sedikit.Masa itu kita tidak memahami lagi akan kelebihan pada seseorang.Cuma kita dipaksa untuk mencapai sasaran yang dikehendaki oleh guru.Ini semua untuk melihat kita berjaya dalam pelajaran dan tidak cicir dalam pelajaran.Maka dengan itu kita bertungkus lumus sehingga bersengkang mata untuk mengejar hasrat itu.Setelah sekian lama meninggalkan dunia persekolahan ini barulah kita mengerti bahawa pelajaran itu boleh membantu kita dalam mengharungi dunia ini.
             Namun begitu hasrat kejayaan dalam pelajaran bukanlah jaminan untuk hidup senang di masa ini.Bukan bermakna orang yang gagal ketika itu dalam pelajaran akan kecundang dalam kehidupan.Pelajaran bukan menjadi ukuran pada seseorang untuk berjaya di hari kelak.Walaupun kita telah melabur begitu banyak untuk pelajaran demi mendapatkan hasil yang lumayan di suatu hari yang tidak pasti tetapi halatuju tetap tidak berubah.Kelulusan menjadi pegangan utama.Sehingga kini kita telah dilambakkan dengan orang yang berkelulusan tetapi tidak terjamin untuk berjaya dalam bidang yang mendatangkan keberuntungan.
             

Friday, 25 March 2016

Aku meneruskan mercu martabat keturunan keluarga.



Ku teruskan langkahku.

Keturunanku sememangnya sudah bertapak sebagai seorang pemimpin sejak dahulu lagi.Daripada datuk yang sudah menjadi ketua kampung dan kepimpinan masyarakat.Manakala pula bapa yang menjadi kepimpinan nazir di masjid.

Sekarang aku perlu meneruskan kesinambungan ini tanpa perlu menoleh kebelakang.Jika diikut rasa hati sememangnya lebih baik berdiam diri tanpa melibatkan dengan perkara ini.Namun,gerak hati dan takdir menentukan untuk aku berubah kepada yang lebih mencabar.



Sebelum ini aku pernah berpeluang lebih daripada yang ada ini,tetapi halangan yang membuatkan aku terkandas seketika.

Peluang ini kuterima dengan hati yang penuh terbuka demi untuk melakukan yang terbaik kepada sesama manusia.

Pembabitan aku dengan masyarakat tidak dapat dipisahkan akhirnya.Kronologiku sebelum ini pernah bergiat aktif di kampung sebagai pengerusi sekolah kafa integrasi selama 20 tahun,sebagai ketua pemuda umno cawangan,sebagai setiausaha umno cawangan,sebagai pengerusi PIBG,sebagai Setiausaha Jkkk kampung,sebagai ketua unit pertubuhan peladang Dan kerja-kerja NGO yang lain.Sekarang aku beralih kepada kerjaya yang baru setelah berakhir untuk itu semua.Semoga aku terus dapat menabur jasa sesama manusia.



Tuesday, 22 March 2016

Apa yang dapat aku kata.

3 detik.11.40 mlm,22Mac2016.

Bagaimana sekarang?

Saat aku memandang dan berkata aku sudah dapat merasa ada sesuatu yang tidak kena.Aku sudah menduga bahawa halangan telah menimpa.



           Kita refleksi semula apa yang telah berlalu dalam sebelum ini.Jangan disembunyikan apa yang dilalui selama ini.Perjalanan hidup kita yang cukup tersusun seperti barisan semut yang melata di bumi ini menjadi tidak terarah bila terhalang dengan sesuatu perkara yang diluar jangkaan mereka.Namun semut ini dapat memandu arah perjalanan mereka apabila setiap semut itu memainkankan peranannya semula.Sesekor demi seekor bertaup semula dalam satu barisan setelah mereka saling membantu tanpa mengira siapa perlu jalan dahulu kehadapan.Akhirnya mereka berjaya membina satu landasan yang kukuh untuk sampai ke tempat yang dituju.


             Luaran sana berapa ramai yang memandang.Lihat depan,kiri dan kanan masing-masing dengan landasannya yang tersendiri.Toleh kebelakang rupanya aku seorang saja yang menjeling.Muka-muka yang mengadapku tetap memandang kehadapan.Apakah mereka memandang kehadapanku dan terus begini.

Sunday, 20 March 2016

universiti kehidupan.

Belajar sepanjang hayat.

Setiap diri kita berbeza pandangan dan pendapat.Malah makan minum berbeza.Tempat tinggal berbeza dan juga pendapatan pun tak sama.Begitu juga mandipun tak sama.Namun begitu tujuan dan matlamatnya adalah untuk keselesaan yang kita hendaki.


           Jika pandangan dan pendapat pada setiap diri kita ini dikumpulkan sudah semestinya seribu satu malam tidak akan habis hendak mendengarnya.Bagi yang pandai bercakap dan berkata-kata tidak akan berhenti untuk bersuara dan seolah-olah dunia ini dia yang punya.Tetapi yang kelu lidah untuk berbicara jangan disangkapula dunia ini tidak boleh bergegar dibuatnya.Bercakap tidak semestinya berjaya kerana kadang-kadang macam tin kosong saja.Orang yang diam jangan disangka ibarat didalam air tenang tidak ada buaya.Bila sampai masa meletup dibuatnya.
             Kita jangan lupa anggota badan kita boleh berbicara apabila sampai masa di alam akhirat nanti.Mulut tidak akan berperanan lagi seperti di dunia lagi.Oleh itu jika kita pandai manapun sampai belajar peringkat master dan PhD bukan bererti kita sudah berjaya.Itu hanya ukuran kejayaan segulung kertas yang tidak sama dengan luasnya nilai sebuah kehidupan di dunia ini.Berjaya dalam kertas cuma kepingan lapisan biasa yang belum tentu penyudahnya.Tapi yang pasti kepingan yang dibanggakan semasa universiti tidak boleh ditukar ganti kepada warisnya.Ianya akan habis dimamah usia bila tidak bernafas lagi di dunia ini.Itu akan jadilah ia sebagai kenangan saja kepada anak cucu.Anak cucuk tidak akan dapat mengambil tempat itu untuknya seperti sediakala.


            Alam persekolahan sebagai tempat permulaan untuk kita mengenali dunia luar.Waktu itu kita sudah kenali sahabat kita yang pandai dalam pelajaran.Alangkah bertuah kepada mereka yang berjaya dan tergambar betapa senangnya hidup rakan kita ini apabila tamat persekolahan kelak.Masing-masing membawa haluan sendiri mengikut tahap yang diperolehinya semasa peperiksaan.Rakan yang ada kelulusan sudah tentu terarah kebidang yang ditawarkan.Dari sini berpisahlah kita dengan rakan-rakan persekolahan masa itu.Ini tidak mungkin disatukan kembali seperti za man persekolahan dahulu.

               Setelah sekian lama dan hampir 35 tahun tidak ketemu tiba-tiba rakan persekolahan lama kita dulu dapat bertaup semula.Dulu kita kenali mereka dengan mesranya dan kenal siapa mereka.Ada yang pendiam,ada yang nakal,ada yang macam-macam kisah tidak tentu pangkalnya.Tiba-tiba bila berjumpa tidak kurang hebatnya rakan yang kukenali dahulu.Dulu mereka gagal dan ramai yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Saturday, 19 March 2016

Bila mata memandang.

Mata dan hati.


Begitu jauh perjalanan ini untuk aku tempuhi.Pelbagai kenangan yang ku abadi dalam diri namun tidak puas untuk Ku menurut kehendak diri.Ikutkan hati merana diri dan tidak mungkin sampai kedestinasi yang dicari.
            Hari-hari aku tempuhi namun tidak serik rasa di hati untuk ditangguhkan kemahuan diri.



Kemana hendak dicari sesuatu yang belum pasti.Apakah perjalanan ini sesuai dengan langkah yang tersusun selama ini.Masa terus berlalu dan tidak akan berulang kembali.Detik saat yang pergi tidak akan dapat dikumpul semula dalam satu masa. Detik terus berlalu meninggalkan seribu ungkapan yang tidak boleh dicari.


Perahu yang terdampar ditolak ombak akhirnya tersadai ditepian pantai.Tiupan angin yang menderu seolah-olah menolak halangan untuk tidak mengulangi lagi kisah hari ini untuk diteruskan kembali.Biar yang lalu dan kembalikan kisah yang baru.

Tuesday, 15 March 2016

5W/H

Apa yang tergambar.

Apa yang terlihat.

             Bila kita bertanya pada diri apa yang terpendam di dalam naluri ini.Ini membuatkan kita tidak dapat menjawabnya dengan sebetulnya.Mengapa perkara ini berlaku.Bila kita dapat menjelaskan dengan jujur pada diri sendiri.Sampai bila penyelesaian ini berakhir.Dimana harus diarahkan diri ini.Siapa sebenarnya diri ini.

Jangan pandang pada bicara yang manis.


          Alangkah bertuah seseorang yang petah dan lancar pertuturannya.Setiap butiran bicaranya teratur dan indah akan kata-katanya malah mudah difahami oleh orang mendengarnya membuatkan ada yang cepat mesra dengannya.Tetapi bagaimana orang yang tidak memiliki kebolehan itu.

Saturday, 5 March 2016

Aku diberi peluang lagi.

Rezekiku tidak terputus.

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Ilahi dengan pemberian olehNya yang aku miliki.Doa yang Ku panjatkan kepadaMu Allah, telah menginsafkan aku bahawa sesungguhnya Engkau Maha pemurah dan Maha mengasihani hambaMu ini.Hanya Engkaulah segala-galanya tempat aku mencurahkan isi hati ini.Perjalanan hidup ini adalah percaturan yang telah Kau redhoi.Aku insan kerdil yang tidak punyai apa-apa melainkan hanya kurnian daripadaMu ya Allah yang dapat membawa dan memberi segala nikmat di dunia ini.


Aku diberi peluang lagi.

Rezekiku masih bersinar.

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Ilahi dengan rezeki dan peluang yang masih aku perolehi.Aku insaf akan peluang yang kumiliki ini.Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala doa yang kupanjatkan kehadratMu ya Allah telah Kau buka kepadaku untuk meneruskan kesenambungan maruah diri dan keluargaku.KeredhaanMu dalam apa jua pelayaran kehidupan ini adalah segala-galanya.Kali ini aku diberi peluang lagi untuk mencapai hasrat memikul amanah dalam hubungan sesama manusia agar keberkatan ilmu kalamullah dapat sampai kepada yang hakNya.
            Sesungguhnya tiada yang dapat Kurungkaikan bahawa Engkaulah yang Maha berkuasa.Aku antara insan lain yang telah Kau beri peluang ini yakin bahawa ini adalah satu permulaan dan perluasan dalam menginsafi kekuasaanMu.

Monday, 22 February 2016

Bisa yang terpendam yang memakan diri.

Tercungkil alkisah yang tidak nampak.

Mata memandang hati terasa namun tidak ada siapa yang mengisahkan.Ia pergi bagaikan ditiup angin hilang hentah kemana.Dicari arahnya tapi tiada siapa yang dapat menentukannya.Semakin lama semakin menjadi gegaran yang tidak diketahui dimana puncanya.Hanya tiba-tiba ia menular nun jauh singgah memakan mangsanya.Kenapa terjadi begini,apakah penyebabnya dan bagaimana.

Renungan dengan muhasabah seketika.

Lihat pada luaran tidak ada apa-apa tanda.Keadaan cantik mata memandang dan puas rasa dihati.Gambaran mata yang kabur ditutupi dengan sinar mentari merah membuatkan suasana menjadi indah namun ia bagaikan mimpi tidak seindah yang diucapkan.

Wednesday, 27 January 2016

Langkahkahku diperhatikan.

Tanda memberi makna.

Aku melangkah ketempat baru dengan penuh pemerhatian nyata.Muncul dengan pertama kali telah memberi seribu andaian oleh penghuni di sini.Tiada siapa yang mengetahui bahawa aku akan bertugas di sini.Salam diberi dan perhatian mula menjadi tandatanya.Siapakah orang itu.
             Aku mendaftar sebagai salah seorang kakitangan di sini.Perjumpaanku buat pertama kalinya dengan kepimpinan utama di sini telah dilayan dengan sempurna.Aku melapor diri seperti yang diarahkan.Pertemuan yang pertama hanya sebagai mukadimah yang ringkas.Inipun telah dapat aku membuat andaian awal bahawa kepimpinan utamaku ini belum begitu luas dan berpengalaman sebagai seorang pemimpin.Aku patuh sahaja apa yang disampaikan.
             Segalanya aku terima dengan perasaan yang tenang tanpa memperdulikan cabaran Dan halangan yang bakal aku hadapi.Aku tanamkan semangat dan jati diri sebagai petugas perkhidmatan awam.

Tuesday, 19 January 2016

Sedarlah anda telah diubah.

Pencapaian diri bukan seratus peratus bermula dalam diri anda.

Mengapa telah diubah dalam hidup anda.
Tanpa kita sedari sesuatu itu telah mula menyusul dalam kehidupan seseorang.Dulu
anda pernah impikan untuk memilikinya.Tapi tidaklah berhasil dengan mudahnya.Maka kitapun bertewaduk kepada Ilahi.Berkali-kali kita seru dan lafazkan dalam hati agar Allah mendengari permintaan ini.Letih dan tanpa jemu kata-kata diungkapkan agar rintihan ini didengari.Saban hari niat diselitkan dalam sanubari.Hari demi hari dan tidak terhitung jumlahnya bibit hati berbunyi.

          Apakah ini sudah cukup kuat untuk didengari.Apakah ungkapan ini diberi pilihan untuk dikotai.Namun tiada bingkisan hati yang dapat dilunasi.Dimana halangan yang membatasi semua ini.Tiada satupun yang dapat didakapi.

          Tersedar dan tersentak nadi-nadi dalam diri yang membatasi kekuatan Ilahi.Degupan nafas yang tinggi rendah ini mengucup syahdu pedoman dari Ilahi.Sedar atau tidak bilangan hari ditambahi bulan dan tahun yang memboloti zaman.

Mengupas diri dengan salutan yang diwarnai keupayaan diri tidak dapat dijangkakan siapa punya rezeki ini.Datang dengan tiba-tiba tanpa disedari rupanya akulah yang terpilih kini.



Saturday, 16 January 2016

Arahan baru sudah bermula.

Peluang atau cabaran.

Tiba-tiba dapat panggilan dari pejabat supaya hadir jam 2.30 petang ini.Timbul dalam fikiran kenapa,mengapa dan buat apa.

Sekarang sudah terjawab,mulai 2016 tempat bertugas seperti yang diarahkan.Tiada apa-apa bantahan dan mengikut seperti yang dicatatkan dalam surat perlantikan baru.
             Semasa menerima tugas baru ini,sesi taklimat pendek diberikan agar mematuhi dan menjayakan amanah dan tanggungjawab yang diberi.
             Ini bermakna langkah permulaan untuk meneruskan kesinambungan yang dahulu.Tiada apa-apa perasaan yang luarbiasapun memandangkan aku pernah diberi peluang untuk kejawatan yang lebih dari ini.Syukur dan alhamdulillah dengan segala peluang yang masih kucapai.Teruskan kehadapan dan tidak perlu menoleh kebelakang lagi.