Kita belajar disekolah yang sama.Guru yang mengajar kita menerima.Tidak ada lebih dan kurangnya ilmu yang kita pelajari.Cuma bila kita diuji semasa itu barulah kita perasan bahawa antara kita markahnya berbeza.Ada yang mendapat markah tinggi dan tidak kurang juga ada yang sedikit.Masa itu kita tidak memahami lagi akan kelebihan pada seseorang.Cuma kita dipaksa untuk mencapai sasaran yang dikehendaki oleh guru.Ini semua untuk melihat kita berjaya dalam pelajaran dan tidak cicir dalam pelajaran.Maka dengan itu kita bertungkus lumus sehingga bersengkang mata untuk mengejar hasrat itu.Setelah sekian lama meninggalkan dunia persekolahan ini barulah kita mengerti bahawa pelajaran itu boleh membantu kita dalam mengharungi dunia ini.
Namun begitu hasrat kejayaan dalam pelajaran bukanlah jaminan untuk hidup senang di masa ini.Bukan bermakna orang yang gagal ketika itu dalam pelajaran akan kecundang dalam kehidupan.Pelajaran bukan menjadi ukuran pada seseorang untuk berjaya di hari kelak.Walaupun kita telah melabur begitu banyak untuk pelajaran demi mendapatkan hasil yang lumayan di suatu hari yang tidak pasti tetapi halatuju tetap tidak berubah.Kelulusan menjadi pegangan utama.Sehingga kini kita telah dilambakkan dengan orang yang berkelulusan tetapi tidak terjamin untuk berjaya dalam bidang yang mendatangkan keberuntungan.
No comments:
Post a Comment