Sunday, 27 March 2016

Situasi Petang.

Rutin di sk seri kundang.

Jam 12.05. Aku sudah berada di sekolah.Aku akan melihat murid-murid yang berkumpul di dewan dan di kantin.Memang ada murid yang datang awal ke sekolah.Mereka ini perlu diperhatikan dari masa ke semasa.

Saturday, 26 March 2016

Matlamat kita berbeza.

Kita belajar disekolah yang sama.Guru yang mengajar kita menerima.Tidak ada lebih dan kurangnya ilmu yang kita pelajari.Cuma bila kita diuji semasa itu barulah kita perasan bahawa antara kita markahnya berbeza.Ada yang mendapat markah tinggi dan tidak kurang juga ada yang sedikit.Masa itu kita tidak memahami lagi akan kelebihan pada seseorang.Cuma kita dipaksa untuk mencapai sasaran yang dikehendaki oleh guru.Ini semua untuk melihat kita berjaya dalam pelajaran dan tidak cicir dalam pelajaran.Maka dengan itu kita bertungkus lumus sehingga bersengkang mata untuk mengejar hasrat itu.Setelah sekian lama meninggalkan dunia persekolahan ini barulah kita mengerti bahawa pelajaran itu boleh membantu kita dalam mengharungi dunia ini.
             Namun begitu hasrat kejayaan dalam pelajaran bukanlah jaminan untuk hidup senang di masa ini.Bukan bermakna orang yang gagal ketika itu dalam pelajaran akan kecundang dalam kehidupan.Pelajaran bukan menjadi ukuran pada seseorang untuk berjaya di hari kelak.Walaupun kita telah melabur begitu banyak untuk pelajaran demi mendapatkan hasil yang lumayan di suatu hari yang tidak pasti tetapi halatuju tetap tidak berubah.Kelulusan menjadi pegangan utama.Sehingga kini kita telah dilambakkan dengan orang yang berkelulusan tetapi tidak terjamin untuk berjaya dalam bidang yang mendatangkan keberuntungan.
             

Friday, 25 March 2016

Aku meneruskan mercu martabat keturunan keluarga.



Ku teruskan langkahku.

Keturunanku sememangnya sudah bertapak sebagai seorang pemimpin sejak dahulu lagi.Daripada datuk yang sudah menjadi ketua kampung dan kepimpinan masyarakat.Manakala pula bapa yang menjadi kepimpinan nazir di masjid.

Sekarang aku perlu meneruskan kesinambungan ini tanpa perlu menoleh kebelakang.Jika diikut rasa hati sememangnya lebih baik berdiam diri tanpa melibatkan dengan perkara ini.Namun,gerak hati dan takdir menentukan untuk aku berubah kepada yang lebih mencabar.



Sebelum ini aku pernah berpeluang lebih daripada yang ada ini,tetapi halangan yang membuatkan aku terkandas seketika.

Peluang ini kuterima dengan hati yang penuh terbuka demi untuk melakukan yang terbaik kepada sesama manusia.

Pembabitan aku dengan masyarakat tidak dapat dipisahkan akhirnya.Kronologiku sebelum ini pernah bergiat aktif di kampung sebagai pengerusi sekolah kafa integrasi selama 20 tahun,sebagai ketua pemuda umno cawangan,sebagai setiausaha umno cawangan,sebagai pengerusi PIBG,sebagai Setiausaha Jkkk kampung,sebagai ketua unit pertubuhan peladang Dan kerja-kerja NGO yang lain.Sekarang aku beralih kepada kerjaya yang baru setelah berakhir untuk itu semua.Semoga aku terus dapat menabur jasa sesama manusia.



Tuesday, 22 March 2016

Apa yang dapat aku kata.

3 detik.11.40 mlm,22Mac2016.

Bagaimana sekarang?

Saat aku memandang dan berkata aku sudah dapat merasa ada sesuatu yang tidak kena.Aku sudah menduga bahawa halangan telah menimpa.



           Kita refleksi semula apa yang telah berlalu dalam sebelum ini.Jangan disembunyikan apa yang dilalui selama ini.Perjalanan hidup kita yang cukup tersusun seperti barisan semut yang melata di bumi ini menjadi tidak terarah bila terhalang dengan sesuatu perkara yang diluar jangkaan mereka.Namun semut ini dapat memandu arah perjalanan mereka apabila setiap semut itu memainkankan peranannya semula.Sesekor demi seekor bertaup semula dalam satu barisan setelah mereka saling membantu tanpa mengira siapa perlu jalan dahulu kehadapan.Akhirnya mereka berjaya membina satu landasan yang kukuh untuk sampai ke tempat yang dituju.


             Luaran sana berapa ramai yang memandang.Lihat depan,kiri dan kanan masing-masing dengan landasannya yang tersendiri.Toleh kebelakang rupanya aku seorang saja yang menjeling.Muka-muka yang mengadapku tetap memandang kehadapan.Apakah mereka memandang kehadapanku dan terus begini.

Sunday, 20 March 2016

universiti kehidupan.

Belajar sepanjang hayat.

Setiap diri kita berbeza pandangan dan pendapat.Malah makan minum berbeza.Tempat tinggal berbeza dan juga pendapatan pun tak sama.Begitu juga mandipun tak sama.Namun begitu tujuan dan matlamatnya adalah untuk keselesaan yang kita hendaki.


           Jika pandangan dan pendapat pada setiap diri kita ini dikumpulkan sudah semestinya seribu satu malam tidak akan habis hendak mendengarnya.Bagi yang pandai bercakap dan berkata-kata tidak akan berhenti untuk bersuara dan seolah-olah dunia ini dia yang punya.Tetapi yang kelu lidah untuk berbicara jangan disangkapula dunia ini tidak boleh bergegar dibuatnya.Bercakap tidak semestinya berjaya kerana kadang-kadang macam tin kosong saja.Orang yang diam jangan disangka ibarat didalam air tenang tidak ada buaya.Bila sampai masa meletup dibuatnya.
             Kita jangan lupa anggota badan kita boleh berbicara apabila sampai masa di alam akhirat nanti.Mulut tidak akan berperanan lagi seperti di dunia lagi.Oleh itu jika kita pandai manapun sampai belajar peringkat master dan PhD bukan bererti kita sudah berjaya.Itu hanya ukuran kejayaan segulung kertas yang tidak sama dengan luasnya nilai sebuah kehidupan di dunia ini.Berjaya dalam kertas cuma kepingan lapisan biasa yang belum tentu penyudahnya.Tapi yang pasti kepingan yang dibanggakan semasa universiti tidak boleh ditukar ganti kepada warisnya.Ianya akan habis dimamah usia bila tidak bernafas lagi di dunia ini.Itu akan jadilah ia sebagai kenangan saja kepada anak cucu.Anak cucuk tidak akan dapat mengambil tempat itu untuknya seperti sediakala.


            Alam persekolahan sebagai tempat permulaan untuk kita mengenali dunia luar.Waktu itu kita sudah kenali sahabat kita yang pandai dalam pelajaran.Alangkah bertuah kepada mereka yang berjaya dan tergambar betapa senangnya hidup rakan kita ini apabila tamat persekolahan kelak.Masing-masing membawa haluan sendiri mengikut tahap yang diperolehinya semasa peperiksaan.Rakan yang ada kelulusan sudah tentu terarah kebidang yang ditawarkan.Dari sini berpisahlah kita dengan rakan-rakan persekolahan masa itu.Ini tidak mungkin disatukan kembali seperti za man persekolahan dahulu.

               Setelah sekian lama dan hampir 35 tahun tidak ketemu tiba-tiba rakan persekolahan lama kita dulu dapat bertaup semula.Dulu kita kenali mereka dengan mesranya dan kenal siapa mereka.Ada yang pendiam,ada yang nakal,ada yang macam-macam kisah tidak tentu pangkalnya.Tiba-tiba bila berjumpa tidak kurang hebatnya rakan yang kukenali dahulu.Dulu mereka gagal dan ramai yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Saturday, 19 March 2016

Bila mata memandang.

Mata dan hati.


Begitu jauh perjalanan ini untuk aku tempuhi.Pelbagai kenangan yang ku abadi dalam diri namun tidak puas untuk Ku menurut kehendak diri.Ikutkan hati merana diri dan tidak mungkin sampai kedestinasi yang dicari.
            Hari-hari aku tempuhi namun tidak serik rasa di hati untuk ditangguhkan kemahuan diri.



Kemana hendak dicari sesuatu yang belum pasti.Apakah perjalanan ini sesuai dengan langkah yang tersusun selama ini.Masa terus berlalu dan tidak akan berulang kembali.Detik saat yang pergi tidak akan dapat dikumpul semula dalam satu masa. Detik terus berlalu meninggalkan seribu ungkapan yang tidak boleh dicari.


Perahu yang terdampar ditolak ombak akhirnya tersadai ditepian pantai.Tiupan angin yang menderu seolah-olah menolak halangan untuk tidak mengulangi lagi kisah hari ini untuk diteruskan kembali.Biar yang lalu dan kembalikan kisah yang baru.

Tuesday, 15 March 2016

5W/H

Apa yang tergambar.

Apa yang terlihat.

             Bila kita bertanya pada diri apa yang terpendam di dalam naluri ini.Ini membuatkan kita tidak dapat menjawabnya dengan sebetulnya.Mengapa perkara ini berlaku.Bila kita dapat menjelaskan dengan jujur pada diri sendiri.Sampai bila penyelesaian ini berakhir.Dimana harus diarahkan diri ini.Siapa sebenarnya diri ini.

Jangan pandang pada bicara yang manis.


          Alangkah bertuah seseorang yang petah dan lancar pertuturannya.Setiap butiran bicaranya teratur dan indah akan kata-katanya malah mudah difahami oleh orang mendengarnya membuatkan ada yang cepat mesra dengannya.Tetapi bagaimana orang yang tidak memiliki kebolehan itu.

Saturday, 5 March 2016

Aku diberi peluang lagi.

Rezekiku tidak terputus.

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Ilahi dengan pemberian olehNya yang aku miliki.Doa yang Ku panjatkan kepadaMu Allah, telah menginsafkan aku bahawa sesungguhnya Engkau Maha pemurah dan Maha mengasihani hambaMu ini.Hanya Engkaulah segala-galanya tempat aku mencurahkan isi hati ini.Perjalanan hidup ini adalah percaturan yang telah Kau redhoi.Aku insan kerdil yang tidak punyai apa-apa melainkan hanya kurnian daripadaMu ya Allah yang dapat membawa dan memberi segala nikmat di dunia ini.


Aku diberi peluang lagi.

Rezekiku masih bersinar.

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Ilahi dengan rezeki dan peluang yang masih aku perolehi.Aku insaf akan peluang yang kumiliki ini.Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala doa yang kupanjatkan kehadratMu ya Allah telah Kau buka kepadaku untuk meneruskan kesenambungan maruah diri dan keluargaku.KeredhaanMu dalam apa jua pelayaran kehidupan ini adalah segala-galanya.Kali ini aku diberi peluang lagi untuk mencapai hasrat memikul amanah dalam hubungan sesama manusia agar keberkatan ilmu kalamullah dapat sampai kepada yang hakNya.
            Sesungguhnya tiada yang dapat Kurungkaikan bahawa Engkaulah yang Maha berkuasa.Aku antara insan lain yang telah Kau beri peluang ini yakin bahawa ini adalah satu permulaan dan perluasan dalam menginsafi kekuasaanMu.