Wednesday, 7 March 2018

50 tahun lagi.

Rencana dan perancangan.

Kehidupan itu sudah dimenjadikan.Siapa buat dia dapat namun ada juga tanpa diundang ia beroleh dan muncul tiba-tiba.Apakah ia sebuah suratan atau kebetulan.Ini menjadi pertikaian dalam erti sebuah kehidupan.Adalah menjadi salah pengertian apabila kita hidup tidak memerlukan perencanaan dan perancangan.Pendek cerita jika dihadapan laluan kita sudah terbentuk lubang yang boleh menjerumuskan kita ke dalamnya masakan kita akan meneruskan untuk melaluinya.Pasti jika sudah nampak kita akan cuba mengelaknya.Hanya orang yang terlindung pandangannya sahaja akan merempuh jalan itu atau orang yang sudah hilang kewarasannya sahaja akan terus masuk ke dalam lubang itu.Sanggupkah kita untuk menerima padah yang sudah terang-terang jalan itu boleh memudaratkan kita.Tetapi jika kita termasuk juga ke dalam lubang itu,apakah ini kemahuan yang kita kehendaki.
            Siapa yang inginkan kegagalan dan berapa ramai yang mahukan kejayaan.Kita bertindak dengan kata putus ya atau tidak.Namun ada juga mengangguk-anggukkan kepala tetapi mulut terkumit-kumit kata tidak.Bak umpama terpaksa rela
demi menjaga hubungan.
             Inilah kehidupan.Permainan dan sandiwara untuk melengkapkan ruang dan waktu yang tercipta.Mahu tak mahu layan sajalah kerana sesuatu itu sudah terbentang untuk dilalui.Akhirnya seperti games bola sepak dengan sasaran untuk menjaringkan gol untuk mendapatkan kemenangan.Namun jangan kecundang dengan tektik dan ragam permainan yang memerlukan kawalan dan strategi.Walaupun kesudahannya dengan rasa kepuasan atau penyesalan.Ada yang seronok dan ada yang  sedih dalam setiap pertaruhan.Tetapi ia tidak terhenti di situ kerana mungkin dihari nanti dapat dipertaruhkan lagi.
          Kita yang hidup begitulah keadaannya.Tidak ada erti berhenti dan tamatkan ikut sesuka hati.Pertaruhan tetap menanti dengan games yang dianjur oleh pelbagai agensi.Sekali masuk perlawanan memerlukan perencanaan dan perancangan yang padu agar tidak membuang wang ringgit,ruang dan waktu.
       

Himpunan keluarga besar.

No comments:

Post a Comment