Wednesday, 29 April 2015

Bila bercakap lihatlah siapa dia..Ketulahan nanti.

Memanglah kebebasan bersuara.Ilmu orang tua dulu kena pakai juga.Jangan menyesal kalau dah kena.
          Penghayatan ilmu perlu diperluaskan.Pelajari selokbelok berkomunikasi semua makhluk di mukabumi ini.Ambil iktibar dalam setiap kejadian yang berlaku.Bahawasanya tangan-tan
gan kitalah yang menjurus kepada setiap kejadian dengan izin Allah.Sedar atau tidak rupanya kita yang puncanya.

Nice kan? senang bunyinya nak buat refleksi.


1.    Kita perlu mensyukuri nikmat kesihatan badan yang dikurniakan oleh _________

a.    Ibu bapa
b.    Tuhan
c.    Rakan
d.    Guru

2.    Kebersihan hati bermaksud kebersihan dan kekemasan ________.

a.    Mental
b.    Kelas
c.    Padang
d.    Diri



3.    Perbuatan _________ adalah contoh perbuatan menjaga maruah diri yang digalakkan oleh agama.

a.    Beradab sopan
b.    Meninggi diri
c.    Berlagak sombong
d.    Menipu

4.    Guru Halim rajin ________ pelajaran sebelum peperiksaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

a.    Bercerita
b.    Menyesuaikan
c.    Mengulangkaji
d.    Menyediakan

5.    Mereka yang mengamalkan nilai ______ sentiasa beradab sopan dan menggunakan bahasa yang sopan dalam pergaulan mereka.

a.    Kasih sayang
b.    Rajin
c.    Bertimbang rasa
d.    Hemah tinggi


6.
Leela dipulaukan oleh rakan-rakannya kerana menghidap penyakit HIV/AIDS



Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh rakan-rakan Leela?
I.              Mengejek dan mentertawakan Leela
II.            Memberi sokongan moral kepada Leela
III.           Menceritakan penyakit Leela kepada orang lain
IV.          Mengajak Leela bermain bersama-sama

a.    I dan II
b.    I,II dan IV
c.    II dan IV
d.    II,III dan IV

7.    Berikut merupakan kebaikan amalan jujur dalam kehidupan kecuali

a.    Dipercayai oleh rakan dan masyarakat sekeliling
b.    Dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah
c.    Dapat membantu orang tua dengan ikhlas
d.    Dipandang mulia oleh masyarakat

8.    Rakyat Malaysia yang baik hati telah _________ bantuan kewangan kepada mangsa Tsunami di Acheh.

a.    Menghulurkan
b.    Mengambil
c.    Berkongsi
d.    Menggunakan


9.

Kita hendaklah ______ di atas jasa dan pengorbanan bapa kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

a.    Bertimbang rasa
b.    Mengenang budi
c.    Berterima kasih
d.    Berkongsi cerita

10.  Seorang bapa yang baik tidak akan ______ kasih sayang kepada anak-anaknya.

a.    Memberikan
b.    Membeza-bezakan
c.    Menghulurkan
d.    Memberitahu



11.

Jessica berdepan masalah dengan rakan-rakan sekelasnya di sekolah










Tindakan yang boleh diambil oleh Jessica ialah

I.              Meminta pendapat/pandangan ibunya
II.            Berkongsi masalah tersebut dengan ayahnya
III.           Menceritakan keburukan rakannya kepada guru
IV.          Memencilkan diri kerana kesedihan


a.    I dan II
b.    II dan III
c.    I dan IV
d.    II dan IV





12.  Pilih cara-cara yang menunjukkan seseorang individu menyayangi keluarga mereka.

I.              Bersedia membantu ahli keluarga
II.            Patuh nasihat ibu bapa
III.           Tidak menghiraukan masalah yang dhadapi oleh ahli keluarga
IV.          Menghormati ahli keluarga

a.    I,II dan III
b.    II, III dan IV
c.    I,II dan IV
d.    I,III dan IV

13.  Pemimpin yang ______ sentiasa mengambil berat akan kesusahan dan   masalah yang dihadapi oleh rakyat.

a.    Berfikiran terbuka
b.    Jujur
c.    Amanah
d.    Prihatin

14.  Kita boleh mengamalkan nilai semangat bermasyarakat dengan mengamalkan nilai-nilai murni dibawah kecuali:

a.    Memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah
b.    Hidup bertolak ansur antara satu sama lain
c.    Tidak mengambil tahu perihal jiran tetangga
d.    Saling bantu-membantu


15.  Antara berikut, yang manakah BUKAN masalah gejala sosial yang melanda negara kita?

a.    Vandalisme
b.    Meniru
c.    Gengsterisme
d.    Buli
16.

Antara tindakan berikut, yang manakah BOLEH diambil bagi memastikan perkara diatas tidak berlaku.

a.    Mengitar semula bahan buangan
b.    Membela ikan di dalam sungai
c.    Membuang botol plastik di dalam sungai
d.    Membina kilang berdekatan dengan sungai





17. Berikut adalah beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang mengalami kepupusan KECUALI:

a.    Pokok bakau
b.    Pokok limau
c.    Periuk kera
d.    Pokok palma

18.  Seseorang yang ingin bercuti ke luar negara hendaklah mempunyai ______ terlebih dahulu.

a. Sijil lahir
b. Kad pengenalan
c. Pasport antarabangsa
d. Lesen memandu

19.  Antara perlakuan di bawah,yang manakah menunjukkan sikap pemimpin yang bertanggungjawab kepada negara?

a.    Mempertahankan rahsia negara dari pihak luar
b.    Memberitahu maklumat sulit kepada negara lain
c.    Mendedahkan rahsia negara kepada pihak luar
d.    Memburuk-burukkan nama negara








20.  Antara berikut, yang manakah kebaikan mengekalkan perpaduan kaum?

I.              Masyarakat mementingkan diri masing-masing
II.            Dapat hidup aman dan damai
III.           Mengelakkan ancaman luar
IV.          Keharmonian negara

a.    I,II dan III
b.    II,III dan IV
c.    I,II dan IV
d.    I,II,III dan IV





















2.    Fahami pantun dan jawab soalan-soalan berikut.
Pergi ke kedai bersama Ramu,
Untuk membeli sebungkus laksa,
Tuntutlah ilmu tanpa jemu,
Jangan mudah berputus asa.

Berehat sebentar di tepi ladang,
Sambil melihat burung berkicauan,
Usaha kecewa jika kecundang,
Sabar menghadapi segala ujian.

Kucing dan anjing berlari-lari,
Sambil mengejar si rama-rama,
Rajin berusaha setiap hari,
Hidup bahagia kejayaan menjelma












Tuesday, 28 April 2015

Akhirnya sama.Penyudahnya sama.Penamatnya sama.Arahnya sama.

Betulkah anda sudah mencapai matlamatnya.

            APA yang perlu dikeluhkan.Apa yang perlu dikesalkan.Apa yang perlu dibandingkan.Mereka dapat memiliki sedangkan kita macam biasa,tidak ada yang berhasil dari seperti sediakala.Lihat betapa orang itu berjaya memilikinya dan beruntung tidak seperti kita.Mulalah kita menyalahkan nasib diri yang malang tidak tentu pasal.
            Pandangan mata memang nampak membahagiakan bila orang lain mengecapinya namun kita tidak merasainya.



          Pangkat ini membuktikan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan kita yang sama berjuang sejak dibangku sekolah.Betapa hebatnya bila menyarung pangkat ini sehingga  sampai keperingkat tinggi.

   
         Akhirnya mereka yang berjaya akan dijulang dan diarak.Setakat itu saja kejayaan kita dimata orang disekeliling kita.

Friday, 24 April 2015

Maafkan aku SARSUS.

Setelah sekian lama aku abadikan diri ini untuk penubuhan dan kelancaran sekolah agama rakyat kampung sungai serai,kuang,rawang,Selangor,maka sudah sampai masanya tahun 2015 ini,aku berundur dari sini untuk membebaskan diri dengan semua urusan berkaitan dengan sekolah ini.Aku terpaksa melakukannya demi menjaga kepentingan untuk semua pihak.Ya Allah,ya Rahman,ya Karim,hambaMu yang tidak bermotivasi lagi ini berharap keputusan ini wajar dan terbaik demi kelangsungan sekolah ini terus dipelihara.
             Aku mengambil keputusan untuk menyerahkannya kepada kepimpinan kampung agar ia dapat menambahkan kemajuan sekolah ini.Tiada dapat ku gambarkan betapa hebat dan mulianya orang-orang tua dahulu yang sama-sama berjuang untuk menubuhkan sekolah agama di kampung ini.Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan mereka yang telah menyumbang tenaga,harta dan idea dalam pembangunan sekolah ini dari mulanya.Aku sebagai seorang waris dalam kumpulan terse but terpanggil dengan rasa gerak hati untuk tidak meneruskan peneraju sekolah ini.Hanya Allah saja tempat aku memanjatkan doa agar keputusan ini mungkin ada hikmah disebaliknya.
           Terima kasih kepada semua samada ibu bapa dan anak-anak yang telah menuntut ilmu agama di sekolah ini.Kepada tenaga pengajar diucapkan terima kasih dan semoga Allah membalas jasa baik ustaz dan ustazah.
            Barang yang lama jangan dikenang,kalau dikenang merana badan,Benda yang baik kita teruskan,supaya SARSUS menjadi penerang.

            Sekian.

         Daripada Pengerusi
                           Kelas Kafa Integrasi Kg Sg Serai.
                            Sekolah Agama Rakyat
                            Kampung Sg Serai,Kuang.

Tuesday, 21 April 2015

Aura jahat seperti ibu tiri perlu dalam mendidik pelajar masa kini.

Dunia semakin mencabar.Pelbagai dugaan perlu diharungi dalam menentukan kelancaran kehidupan ini.Ramai manusia menjadi rakus dalam setiap tindakan.Bermula dibangku sekolah sampailah kedunia pekerjaan manusia sering sibuk dalam menghadapi tugas harian.
           Budak-budak sekolah sudah terdedah dengan aktiviti yang penuh dengan kesibukan tanpa batas.Mereka tidak ada ruang untuk bebas sepenuhnya dalam sebarang aktiviti.Pantang ada sedikit ruang yang boleh mencelah maka akan digunakan untuk bersem bang.Segala yang dimuatkan dalam satu masa menjadi serabut dan menjadi amalan dalam setiap hari.Mereka semakin kronik tanpa ada pembebasan dalam ruang dihati mereka.
            Berlarutan sehingga sekarang dunia kanak-kanak sekolah telah diterapkan dengan amalan tiada ruang untuk berehat bagi mereka.Ada saja pengisian yang diisikan daripada pagi sampai ke malam.Segalanya dipandu untuk memastikan kelancaran rutin harian mereka.Setiap tindakan perlu pengawasan yang drastik tanpa memikirkan hal-hal lain.

Saturday, 18 April 2015

Jangan pandang rendah.Ego letak tepi.

Kita jangan sesekali memandang rendah setiap pencapaian orang lain dengan diri kita.Walaupun sekarang ini pencapaian kita tinggi berbanding dengan orang di sekeliling kita namun ia bukan jalan muktamad.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Begitu juga dengan manusia,secerdik manapun atau sekaya-kayapun dia tidak pasti ia kekal untuk selama-lamanya.Oleh itu insafilah diri sebelum terlambat.
            Banyak contoh boleh kita jadikan iktibar disekeliling kita dengan apa yang berlaku.Orang yang berpangkat besar jangan katakan dia pandai semuanya.Semasa masih bekhidmat bolehlah dia berkuasa dan mengawal orang bawahannya mengikut telunjuknya.Cadang sana,buat itu,komen sana malah apa-apa saja semuanya perlu dipatuhi dan sekat orang lain  jika mengancam kedudukannya.Nampakkan kuasa yang dia miliki supaya orang takut untuk membuat teguran.Akhirnya urusan menjadi mudah dan boleh bertindak sesuka hati.
                 Berapa ramai yang jujur untuk bertindak secara adil dalam membuat sebarang keputusan.Biarpun bertindak kejam asalkan selamat untuk dia duduk disitu.Jangan jadikan alasan untuk menghalang sesuatu cadangan yang boleh merendahkan kepimpinan seseorang itu.Beri mereka peluang dengan sebaiknya.Tidak rugi manapun jika kita menjadi pak turut.Hari ini hari dia.Untuk kita, tunggu pula nanti sampai masanya.Tetapi sanggupkah kita membiarkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku menjadi duri yang boleh menghancurkan semua.Yang betul kita ikut manakala yang songsang wajib diperbetulkan.

Thursday, 16 April 2015

Sumpah seranah.

Indah khabar dari rupa.Cakap tak serba bikin.Banyak songeh.Kurang asam punya orang.Santeng wa'ang ko.Malah pelbagai lagi kata-kata yang keluar dari mulut orang yang tidak berpuas hati bila berhadapan dengan sesuatu situasi yang tidak memihak kepadanya.
              Orang melayu yang kuat melatah lagi dasyat jika sesuatu yang terkeluar dari mulutnya.Walaupun yang terkeluar itu bukan melambangkan kemarahan pada dirinya dan hanya sekadar gurauan tetapi ia boleh jadi trajis jika ia amat melampau.
              Bagaimana pada orang yang normal jika ia tidak berpuas hati dengan keadaan sesuatu.Adakah ia hanya sekadar menyebut perkataan yang tidak manis dibibir saja sebagai melepaskan kegeraman hatinya.Begitu juga kata-kata yang terkeluar itu cuma setakat itu saja tanpa tindakan perbuatan lain.
              Barangkali ia baik untuk sipelaku untuk melepas emosi.Tetapi bagaimana orang yang terkena sumpah seranah ini.Tentu berdesing telinga yang mendengarnya.Sanggupkah kita mendengarnya dan bersimpati dengannya.
               Mengapakah terjadi begini.
              

Sunday, 12 April 2015

Kaya duit atau tenaga?Mana lebih baik.

Aku melalui banyak pengalaman dari kehidupan ini.Dalam pelbagai bidang aku cuba melakukannya bagi memuaskan diri ini.Apa-apa saja aku boleh lakukan melalui tenaga yang aku ada.Aku punyai nafsu dan pengharapan seperti orang lain juga.Cuma tidak kesampaian untuk mempunyai kewangan yang banyak seperti saudagar-saudagar minyak,emas dan balak.Kalau sekarang umpama gelaran hartawan.Bagaimana hendak sampai ke situ.Tidak ada terbau langsung untuk aku menjadi golongan seperti itu.Namun aku gigihkan kudrat yang aku ada.Itu yang aku mampu lakukan.
               Cuma apa yang aku lakukan tidaklah seperti seorang yang mewah seperti jutawan.Golongan seperti ini bayar saja apa yang dikendaki.Hendak saja macam itu,macam ini semuanya beres.Asalkan duit ada ditangan.Beruntung golongan seperti ini dan tidak seperti aku yang terpaksa terjengkit-jengkit,terbongkok-bongkok dan kadang-kadang mencangkung.Semuanya aku rasai dengan tenang dan dapat aku melalui untuk memuaskan kehendak hati.Cuma tidaklah bertaraf lima bintang.Asalkan nampaklah sikit mengikut perubahan zaman.

              Sanggupkah untuk melakukan ini semua.Aku tidak terfikir kalau ada orang hendak lakukan jika dia mempunyai kewangan yang mencukupi.Bukankah senang duduk saja dan bayar saja berapa kos yang dikehendaki.Tidak perlu penat-penat dan bersusah payah hendak lakukan ini semua.Sememangnya kerja-kerja ini menyusahkan dan remeh bagi yang berhasrat melakukannya.Tetapi apakan daya aku tidak mampu untuk melantik kontraktor dalam kerja-kerja ini.Oleh itu buatlah sampai siap asalkan hati puas.



Terlalu banyak perlu aku habiskan masa untuk kerja-kerja ini.Dari membancuh simen sampailah menampal tail.Bermandikan peluh hingga ke petang.Itupun tidak sempat kering ditambah lagi keesokan harinya.

                    Paling memeritkan bila hendak membancuh simen.Habis tenaga dibuatnnya.Sakit pinggang dan lenguh seluruh badan.

Begitu juga bila mencangkung lama-lama,habis urat peha jadi tegang.Masa membuatnya memanglah leka dan tidak sedar akan perkara ini.


Sempat juga bergambar untuk dijadikan kenangan bahawa aku boleh lakukan dengan baik walaupun aku bukanlah seorang yang mempunyai wang yang banyak.Semangat dan keinginanku yang banyak memberi rangsangan untuk menjayakan kerja-kerja ini.
Melalui kerja-kerja ini aku telah dapat mengumpul pelbagai peralatan untuk kegunaan kerja-kerja seumpama ini.Sampai sekarang aku menyimpannya untuk kegunaan yang lain pula.

RUMUSANNYA.

                    Orang seperti aku memang semuanya hendak buat sendiri.Lepas satu,satu kerja lain yang hendak dilakukan.Sampaikan aku terfikir sampai bila aku harus begini.Oleh itu belajar-belajarlah menyimpan duit dengan banyak,agar mudah aku serahkan segala tugas dengan orang lain.Aku hanya duduk untuk bersantai dan membayar saja berapa kos yang dikenakan.Lagipun selagi tenaga masih kuat dan masih sihat,bolehlah lakukan ini semua.
                   Namun begitu,aku sedar tenaga perlu disimpan juga agar tidak cepat ditelan usia.Lihatlah di sekeliling kita,bagaimana keadaan orang yang senang tanpa bekerja kuat.Mereka punyai kulit yang licin,muka yang jernih dan tangan yang halus.Mukapun tidak berkerak dan berminyak.Nampak bersih dan jernih.Tidak nampak keletihan dan bercahaya tidak seperti buruh kontrak.Semua ini telah berlalu hampir 7 tahun.Percaya atau tidak saja, rupa-rupanya aku telah membuatnya dengan keringatku sendiri tanpa mempelajarinya daripada sesiapa.Aku menginsafi semua ini.Allahhurabbi.

Friday, 10 April 2015

Orang kaya tidak akan pecahkan rahsianya bagaimana boleh kaya.

Terlintaskah difikiran kita bagaimana ada orang boleh kaya.Adakah ia meminta kekayaan itu miliknya.
        Siapa hendak pecahkan rahsia sebenarnya dia boleh kaya.Jika ada orang bagi tip-tip bagaimana hendak menjadi kaya,itu hanya sekadar cerita-cerita wayang saja.Tidak akan dipecahkan rahsia yang sebenarnya.Ini umpama mengelakkan kekayaan itu jatuh ketangan orang lain.
        Kita boleh jadikan iktibar daripada kemenjadian madu yang diusahakan oleh kumpulan lebah.Bagaimana peringkat awalnya lebah-lebah ini boleh bertapak disarangnya.Tanpa mempunyai apa-apa yakni madu disarangnya.Antara kita pasti sudah mengetahuai bahawa tonggak utama pada sarangnya ialah queen mereka.Inilah sumber permata kegemilangan lebah-lebah  ini untuk mengumpul kekayaan(madu) mereka.Tanpa Queen kebanggaan mereka sudah pasti tidak akan berhasil perjuangan mereka.
            Bagaimana jika Queen ini merajuk atau hilang daripada mereka.Sudah pasti kemenjadian madu tidak akan tercapai.Begitu juga jika ada ancaman pada sarang mereka,sudah pasti kumpulan madu tidak akan terbentuk malah sarangnyapun akan kesepian tanpa penghuni didalamnya.Oleh itu lebah-lebah ini cukup teliti dan berhati-hati setiap kerja atau rutin harian mereka.Mereka cukup mengetahui bahawa betapa bernilainya manisan yang dikumpulkan oleh setiap ahli lebah mereka.Akhirnya sarang mereka makin hari makin membesar dan sarat dengan bahan yang bernilai.Madu bertambah maka keanggotaan ahli lebah baru juga akan bertambah bila cukup matang.
            Begitulah secara ringkas operasi perkhidmatan lebah dalam mengumpul dan menambah keahlian mereka sehingga banyaknya tanpa tidak terkira.Operasi yang berlaku menghasilkan nilai yang berharga dan selagi tidak musnah permata mereka ini selagi itulah kesetiaan keanggotaan mereka tidak berkecai.Rahsia mereka hanya Allah yang mengetahui akan kemenjadiannya.
            Renungkan pada lebah-lebah ini yang cukup menjaga sarang dan madunya agar terus berhasil(kemenjadian)tanpa had batasan.Inikan pulak manusia pasti tidak akan mendedahkan kekayaan mereka.Sama prinsip dengan lebah jika rahsia terdedah didalamnya pasti ada ancaman besar terhadap kekayaan mereka.Begitu juga tentu ada tunggaknya seperti queen lebah ini(ibu duit)supaya menjadi bertambah-tambah.Yakinilah tentu ada sesuatu bagi kemenjadian orang kaya itu.Mereka tidak akan memecahkan rahsia disebaliknya.Lagipun kekayaan itu bukan semua orang boleh memilikinya.Hanya pada golongan tertentu sahaja mengikut ketentuan Allah.Perkara ini sudah disuratkan dalam buku kehidupan kita oleh Allah.Hanya kita sebagai hambanya bolehlah memanjatkan doa agar kita seperti orang-orang terdahulu yang telah beroleh kejayaan.(rujuk umul kitab)

Thursday, 9 April 2015

Nampak dimata,tak sama dihati.

Pesanan orang tua jangan jadi seperti ikan kering.Mata terbuka luas tapi tak nampak sekeliling.
          Mata yang dimiliki adalah anugerah Allah beri kepada kita.Melihat pada asasnya tanpa mempunyai penghayatan yang sejati adalah sia-sia belaka.Ini samalah juga dengan bahan yang dibaca tetapi tidak memahami maksudnya adalah suatu yang merugikan.

Wednesday, 8 April 2015

Peluang raikan diri sendiri.

Mencuba lakukan sendiri untuk meraikan diri .

Mengambil peluang untuk diarak.
         Macam kejadian yang betul-betul berlaku.
Selamat tinggal semua.Ku mulakan misi baru.

Monday, 6 April 2015

Kampungku terjual.

Era 70an penduduk begitu semangat untuk membangunkan kampung.Gerakan jkkk memang bersemangat dan beriltizam dalam melakukan sebarang aktiviti demi kemajuan kampung.Bapa-bapa dan ibu-ibu berganding bahu dalam menambahkan ekonomi keluarga.Keseluruhan penduduk ekonominya berasaskan pengeluaran getah dan pertanian.
          Kehidupan penduduk amat teratur dan membanggakan mengikut acuan kehendak kerajaan.Tidak nampak cacat celanya dan tidak pernah kehilangan sumber pencarian.Suasana hidup aman damai dan ceria sepanjang masa.
         Walaupun letaknya kami jauh dari pedalaman dan terpinggir dari kemajuan pekan serta bandar.Orang luar memang menganggap kami penduduk yang tinggal jauh ke hulu.Tidak siapa yang mahu ke sini.Tambahan lagi pengangkutan awam seperti bas operasinya berjadual dan amat memeritkan.Laluan ataupun jalanrayanya berliku-liku dan menyeramkam.Sekelilingnya dipenuhi tumbuhan hijau dan suasana sepi sepanjang masa.Tiada siapa boleh menduga perubahan bakal melenyapkan keadaan itu semua.
         Sejajar dengan kemajuan yang diwara-wara pada ketika itu memang membuahkan hasil dan kenikmatan yang dirasai sedikit sebanyak memberi sinar kepada seluruh penduduk di sini.
          Namun begitu segala bentuk perubahan yang tidak disangkakan ini adalah hasil daripada kepimpinan ketua kampung dan gerakan jkkk itu sendiri.Sesiapapun tidak boleh menyangka keadaan ini boleh berlaku.Dalam menyalurkan agenda-agenda kerajaan untuk mensejahterakan masyarakat amat berkesan dan jumud dalam setiap keputusan kerajaan.Seratus peratus sokongan adalah untuk kerajaan yang memerintah dan tidak ada berbelah bagi untuk sokongan negeri mahupun daerah.
             Penduduk amat berterima kasih kepada pati umno yang memerintah termasuklah ketua-ketuanya dari atas sampailah keakar umbinya.
Sepanjang ketuanan umno yang memerintah nampak sungguh pembangunan yang diidam-idamkan oleh penduduk.Pada masa itu pakcik-pakcik,makcik-makcik memang telus dan jujur demi kelancaran kemajuan kampung.Sememangnya pemikiran penduduk amat cetek dan dangkal dalam soal hasil pulangan yang mereka dapat daripada lonjakan pembangunan kampung.Rata-rata penduduk tidak berpendidikan dan pemikiran hanya untuk kebahagian rumah tangga dan soal apa akan berlaku untuk anak cicit di masa hadapan tidak tertanam dalam benak hati mereka.
          Wakil penduduk yang bertunjangkan ketua kampung dan jkkk adalah pemain utama dalam membuat keputusan.Lebih-lebih lagi jawatan ketua kampung adalah orang nombor satu dalam menentukan apa jua dapatan-dapatan dari pihak luar samada daerah atau negeri.
          Batasan-batasan beginilah yang melenyapkan hak-hak setiap penduduk di sini.
Rupa-rupanya kepimpinan melayu itu sendiri yang makan melayu.Ketua-ketua umno dan pegawai-pegawai melayu yang muncul dengan kelulusan tinggi telah memainkan agenda tersembunyi untuk mengumpul kekayaan.Maalumlah orang sudah maju dan tahap pemikiran sudah jauh kehadapan dan tidak setanding dengan pakcik-pakcik di bawah.
Diberi gula-gula langsung kelu lidah nak bersuara.Orang melayu yang berkelulusan tinggi nampak nak buat duit dan penuhkan kantung sendiri saja.
            Kampungku yang umpama lubuk emas telah mendapat perhatian daripada ketua-ketua umno yang disatukan pada peringkat bahagian.Wakil kampung tidaklah dapat memikirkan apa agenda mereka.Bila setiap kali asyik di beri gula-gula,lama kelamaan penyakit kencing manis yang dapat.
          Ketua yang berkelulusan universiti dengan idea untuk memajukan penduduk melayu telah memperkenalkan pertubuhan peladang.Tanah-tanah kosong yang beratus-ratus ekar telah disarankan untuk pertanian.Walhal kawasannya untuk penduduk tempatan namun telah diwara-warakan untuk ahli bahagian.Maka dengan itu berlumba-lumbalah orang kampung daripada pakcik dan anak-anak kampung membuka kawasan pertanian baru.Hutan belantara yang penuh dengan pokok-pokok besar telah diteroka sampaikan ada mendapat musibah minimpa diri.Penduduk kampung memang bersemangat lebih-lebih lagi telah mendapat lampu hijau dari seorang ketua berkelulusan universiti.
             Pihak luar yang mengambil kesempatan atas tiket ahli peladang bahagian tidak melepaskan peluang.Maka berlakulah percaturan untuk menentukan kawasan.Pihak pejabat tanahpun masuk juga untung-untung kami pun dapat juga.Orang-orang ini ada kepandaian malangnya penduduk kampung hanya semborono saja.Orang kampung yang tahu pegang cangkul dan parang berjaya untuk menanam sehingga berhasil.Tetapi menjadi trajis hasil penat peluh mereka telah diluputkan angkara kebijaksanaan orang melayu yang belajar di universiti ini.
           Rupa-rupanya permainan gula-gula oleh orang melayu yang berpelajaran telah memainkan jarumnya dengan ketua dan jkkk peringkat kampung di sini.Banyak pihak mengambil bahagian samada dari kepimpinan umno,pejabat tanah dan ahli dewan undangan negeri.Situasi ini menidakkan hak orang kampung asal di sini.Peralihan hak tanah kosong dalam kawasan kampung telah dinodai bersandarkan kepada kepentingan pertubuhan peladang.
            Hari ini ia menjadi penempatan baru dengan kejayaaan pemimpin melayu makan melayu.Terdirinya rumah-rumah teres dengan kejayaan hasil pertubuhan peladang tidak menampakkan hasil untuk penduduk.Penduduk hanya bangga untuk pembangunan tetapi tiada manafaat untuk anak watan di sini.Mungkinkah selama ini ketua peringkat kampung mendapat hasilnya namun bagaimana anak-anak watan di sini.Menjadi tandatanya.Kesimpulannya FASA satu agenda ini telah terjual.Bongoknya anak-anak watan di sini.Bijaknya pemimpim melayu umno yang belajar di universiti.

Wednesday, 1 April 2015

Kepimpinan hipokrit.

Dewasa ini ramai kelahiran ketua-ketua atau pemimpin seperti umpama ketam mengajar anaknya berjalan.Calon yang diketengahkan untuk menjadi pemimpin itu sekadar melepaskan batuk ditangga.Maka dengan itu ramailah yang berlumba-lumba untuk menjadi ketua kerana pendedahan tanggungjawab dan kerja-kerja sebagai pemimpin sangat kabur di mata pihak yang berkeinginan menjadi pemimpin.Secara dasarnya memanglah kerjanya mengarah sana-sini dan menyuruh untuk dilaksanakan.Cakap sana,suruh sini memanglah mudah tanpa melihat kesediaan dan keupayaan.Betapa ramai keluaran pemimpin yang pada dasarnya dia tidak layak kerana keupayaannya sendiri tidak sampai ketahap yang membanggakan.Naik menjadi pemimpin dek kerana ada orang kenalan diatas dan laluan mudah untuk duduk dikerusi itu.Pembabitan sebelum ini seperti  umpama hampas dan sampah sarap yang kena sapu.
              Selama ini hasil kerja macam cirit bertaburan.Tut..Tut bila ada tawaran untuk ke situ,dia tunjuk belang pulak.Adakah patut kemenjadian begini.Amat menyedihkan situasi begini.
            Perkara ini semakin berluasan sehingga ramai pihak yang betul-betul bendul dengan tugasnya tidak sampai kemana.Siapa harus disalahkan kejadian begini.

Duit bukan segala-galanya.

Hari ini semuanya memerlukan duit.Manakala dunia tanpa memerlukan duit pula bila kita sudah tiada di dunia ini lagi.Namun begitu ia boleh memberi kesan jika kita tinggalkan bekas-bekas duit kita itu pada orang yang masih tinggal di dunia ini.Bekas-bekas yang ditinggalkan itu maksudnya dengan duit yang digunakan semasa kita hidup itu boleh mem
bawa kebahagia atau penderitaan kepada kita di kemudian hari nanti.Bekas itu umpama pelayaran yang telah kita tempuhi semasa hidup.Samada pelayaran yang kita tempuhi itu dikelilingi dengan air yang tenang atau ombak yang bergelora.Kesannya pada kita yang akan mati nanti dan berada dalam dunia lain.
          Falsafah yang menyebut duit tidak boleh dibawa mati tetapi jika tidak ada duit,rasa macam hendak mati.Begitu juga duit tidak boleh beli kasih sayang tetapi jika tidak ada duit kasih sayang boleh melayang.
          Malah duit juga tidak boleh beli kesihatan tetapi jika hendak sihat kita kena ada duit.Duit tidak boleh beli kebijaksanaan tetapi tidak ada duit susah hendak cari ilmu.
         Lihatlah di dunia ini,duit kadang-kadang orang bodoh nampak cerdik tetapi orang cerdik bila tidak ada duit nampak bodoh.Betapa besarnya makna yang tersirat akan kata-kata semua itu pada kita.