Kita jangan sesekali memandang rendah setiap pencapaian orang lain dengan diri kita.Walaupun sekarang ini pencapaian kita tinggi berbanding dengan orang di sekeliling kita namun ia bukan jalan muktamad.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Begitu juga dengan manusia,secerdik manapun atau sekaya-kayapun dia tidak pasti ia kekal untuk selama-lamanya.Oleh itu insafilah diri sebelum terlambat.
Banyak contoh boleh kita jadikan iktibar disekeliling kita dengan apa yang berlaku.Orang yang berpangkat besar jangan katakan dia pandai semuanya.Semasa masih bekhidmat bolehlah dia berkuasa dan mengawal orang bawahannya mengikut telunjuknya.Cadang sana,buat itu,komen sana malah apa-apa saja semuanya perlu dipatuhi dan sekat orang lain jika mengancam kedudukannya.Nampakkan kuasa yang dia miliki supaya orang takut untuk membuat teguran.Akhirnya urusan menjadi mudah dan boleh bertindak sesuka hati.
Berapa ramai yang jujur untuk bertindak secara adil dalam membuat sebarang keputusan.Biarpun bertindak kejam asalkan selamat untuk dia duduk disitu.Jangan jadikan alasan untuk menghalang sesuatu cadangan yang boleh merendahkan kepimpinan seseorang itu.Beri mereka peluang dengan sebaiknya.Tidak rugi manapun jika kita menjadi pak turut.Hari ini hari dia.Untuk kita, tunggu pula nanti sampai masanya.Tetapi sanggupkah kita membiarkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku menjadi duri yang boleh menghancurkan semua.Yang betul kita ikut manakala yang songsang wajib diperbetulkan.
No comments:
Post a Comment