Sunday, 12 April 2015

Kaya duit atau tenaga?Mana lebih baik.

Aku melalui banyak pengalaman dari kehidupan ini.Dalam pelbagai bidang aku cuba melakukannya bagi memuaskan diri ini.Apa-apa saja aku boleh lakukan melalui tenaga yang aku ada.Aku punyai nafsu dan pengharapan seperti orang lain juga.Cuma tidak kesampaian untuk mempunyai kewangan yang banyak seperti saudagar-saudagar minyak,emas dan balak.Kalau sekarang umpama gelaran hartawan.Bagaimana hendak sampai ke situ.Tidak ada terbau langsung untuk aku menjadi golongan seperti itu.Namun aku gigihkan kudrat yang aku ada.Itu yang aku mampu lakukan.
               Cuma apa yang aku lakukan tidaklah seperti seorang yang mewah seperti jutawan.Golongan seperti ini bayar saja apa yang dikendaki.Hendak saja macam itu,macam ini semuanya beres.Asalkan duit ada ditangan.Beruntung golongan seperti ini dan tidak seperti aku yang terpaksa terjengkit-jengkit,terbongkok-bongkok dan kadang-kadang mencangkung.Semuanya aku rasai dengan tenang dan dapat aku melalui untuk memuaskan kehendak hati.Cuma tidaklah bertaraf lima bintang.Asalkan nampaklah sikit mengikut perubahan zaman.

              Sanggupkah untuk melakukan ini semua.Aku tidak terfikir kalau ada orang hendak lakukan jika dia mempunyai kewangan yang mencukupi.Bukankah senang duduk saja dan bayar saja berapa kos yang dikehendaki.Tidak perlu penat-penat dan bersusah payah hendak lakukan ini semua.Sememangnya kerja-kerja ini menyusahkan dan remeh bagi yang berhasrat melakukannya.Tetapi apakan daya aku tidak mampu untuk melantik kontraktor dalam kerja-kerja ini.Oleh itu buatlah sampai siap asalkan hati puas.



Terlalu banyak perlu aku habiskan masa untuk kerja-kerja ini.Dari membancuh simen sampailah menampal tail.Bermandikan peluh hingga ke petang.Itupun tidak sempat kering ditambah lagi keesokan harinya.

                    Paling memeritkan bila hendak membancuh simen.Habis tenaga dibuatnnya.Sakit pinggang dan lenguh seluruh badan.

Begitu juga bila mencangkung lama-lama,habis urat peha jadi tegang.Masa membuatnya memanglah leka dan tidak sedar akan perkara ini.


Sempat juga bergambar untuk dijadikan kenangan bahawa aku boleh lakukan dengan baik walaupun aku bukanlah seorang yang mempunyai wang yang banyak.Semangat dan keinginanku yang banyak memberi rangsangan untuk menjayakan kerja-kerja ini.
Melalui kerja-kerja ini aku telah dapat mengumpul pelbagai peralatan untuk kegunaan kerja-kerja seumpama ini.Sampai sekarang aku menyimpannya untuk kegunaan yang lain pula.

RUMUSANNYA.

                    Orang seperti aku memang semuanya hendak buat sendiri.Lepas satu,satu kerja lain yang hendak dilakukan.Sampaikan aku terfikir sampai bila aku harus begini.Oleh itu belajar-belajarlah menyimpan duit dengan banyak,agar mudah aku serahkan segala tugas dengan orang lain.Aku hanya duduk untuk bersantai dan membayar saja berapa kos yang dikenakan.Lagipun selagi tenaga masih kuat dan masih sihat,bolehlah lakukan ini semua.
                   Namun begitu,aku sedar tenaga perlu disimpan juga agar tidak cepat ditelan usia.Lihatlah di sekeliling kita,bagaimana keadaan orang yang senang tanpa bekerja kuat.Mereka punyai kulit yang licin,muka yang jernih dan tangan yang halus.Mukapun tidak berkerak dan berminyak.Nampak bersih dan jernih.Tidak nampak keletihan dan bercahaya tidak seperti buruh kontrak.Semua ini telah berlalu hampir 7 tahun.Percaya atau tidak saja, rupa-rupanya aku telah membuatnya dengan keringatku sendiri tanpa mempelajarinya daripada sesiapa.Aku menginsafi semua ini.Allahhurabbi.

No comments:

Post a Comment