Tuesday, 26 May 2015

Ingat pandai rupanya kena juga.

Ramai yang tertipu dengan kebijakan kedai tayar.

Betapa mudahnya kita percaya dengan kata-kata peniaga kedai tayar.Skru yang bengkok perlu ditukar baru semasa melakukan test skrin aligment kedudukan tayar kereta.Padahal tidak perlu modal untuk ditukar yang baru.Hanya cuma pusingkan semula skru abzober itu kedudukan lain.Maka ia akan seperti sediakala semula.
            Kita cepat termakan dengan kata-kata peniaga kedai tayar ini kerana bagi mereka ini adalah cara mereka untuk membuat keuntungan berlipat ganda dengan mudah.Apabila ditukar mereka dapat duit tetapi jika perbetulkan kedudukan skru ini hanya buang masa dan mengurangkan keuntungan mereka.
            Bayangkan betapa bijaknya mereka.Lebih-lebih lagi bila nanti bunga tayar kereta kita ini makan sebelah saja.Maka kita akan mengikut cakap mereka.Tambahan pula harga tayar sememangnya mahal dan tidak sanggup melihat bunganya botak sebelah.
           Kepada mereka yang lebih duit tidak mengapa dan rela mendermakan duit itu begitu saja sedangkan ia tidak perlu ditukarpun.Tetapi yang pentingnya maklumat ini adalah untuk memberitahu bahawa kita mudah tertipu.

Saturday, 9 May 2015

Kenapa saya pilih Hyundai dan Nissan.

Kita tidak sama.

Saya terlalu detail bab-bab untuk membeli kenderaan.Pelbagai faktor perlu diteliti dari harga hinggalah rekabentuknya.Begitu juga dengan ketahanan kompenan setiap bahagian kereta itu adalah penting untuk saya membuat perbandingan.Saya tidak mengikut citarasa seperti orang lain.Lebih-lebih lagi terpengaruh dengan iklan-iklan yang menampilkan kehebatan kenderaan tersebut.Saya sedar jika membeli ikutlah kemampuan tetapi alangkah ruginya jika harga yang dibeli itu tidak sepadan dengan kemampuan dan ketahanan kenderaan tersebut.


           Sekarang ini pengaruh iklan begitu kuat dalam kalangan masyarakat sehingga kita terpedaya dan mudah terikut dengan trent kemewahan.Kadang-kadang  harga asal barangan itu adalah harga paling murah tetapi telah dimanipulasi oleh pihak yang mengaut keuntungan yang berlipat ganda sehingga menjadi barangan mewah dan berprestej.Iklanlah yang memainkan peranan dalam mengologamikan pemikiran masyarakat kita.


          Lihat orang yang memakai kenderaan seperti BMW,nampak bergaya dan berduit.Mengapa boleh jadi begini.Bukankah kereta itu sama saja.Begitu juga dengan orang yang mendiami rumah banglo,nampak tersergam dan binaan kukuh.Jika kita bandingkan dengan rumah kampung yang bertangga dan beratap zing dan kita nampak macam mana.Walhal itupun rumah juga.
          Jikalah orang-orang yang duduk jauh dipedalaman dan terpisah dengan info-info perkembangan dunia,rasanya adakah mereka ini heran dengan lambang kekayaan itu semua.
Tiada makna itu semua kepada mereka kerana tiada saingan dalam keperluan harta-harta terse but.


        Yang menjadi masalahnya sekarang ialah banyak penanaman benih-benih kemewahan hidup dalam kepala otak kita ini.Dimana puncanya atau sumber penyaluran benih-benih kemewahan ini.Hari-hari otak kita diasak dengan gambaran-gambaran yang menyeronokkan,kemewahan dan persaingan.Malah jadi bangga jika kita dapat menguasai sesuatu itu.Ini tidak akan hilang dalam benak fikiran kita.Hanya seorang yang boleh dijadikan contoh iaitu Almarhum tg Nik Aziz(bekad mb Kelantan).Bolehkah kita meniru gaya hidupnya.Tepuk dada tanya selera.

BAB KENDERAAN PILIHAN SAYA.

Latar belakang saya.

           Saya seorang yang meminati semua perkakasan yang berenjin bermula dari kereta mainan,mesin rumput,motosikal dan kereta.Malah apajua barangan berenjin adalah menjadi bahan ilmiah untuk saya.
          Bermula dengan membuka skru enjin mesin rumput sehinggalah kenderaan beroda.Daripada mencuba sesuatu yang orang tidak pernah buat,saya telah mencubanya keatas kenderaan saya sendiri dengan risikonya ditanggung oleh saya.Begitu juga dengan mengecat kenderaan yang saya lakukan sendiri tanpa mendapat latihan dari mana-mana.


         Buka pasang komponen seperti kaburetor,contec point dan macam-macam lagi sudah menjadi biasa.Tiada erti takut dalam membuat ini semua.Prinsip yang digunakan ialah kita yang membuatnya.Begitu juga penukaran sistem brek kereta akan saya lakukan sendiri.Saya yakin dan berjaya lakukan apabila kenderaan tersebut berjaya berkali-kali untuk sampai ke Kelantan.Pada mulanya rasa bimbang juga maalumlah perjalanannya dengan jarak melebihi 430 km sehala.
         Perkara pertama kali yang menjadi pengajaran sampai mati ialah kereta tidak dapat dihidupkan semula setelah berhenti buat seketika.Alangkah ceteknya ilmu masa itu maalumlah pertama kali memakai kenderaan ini.Perkaranya kerana kemampuan enjin kereta ini kecil dengan 1.1cc saja membuatkan enjinnya panas setelah berjalan tanpa henti dari Melor,kota bharu ke Kuala lipis.Tiba-tiba tidak dapat dihidupkan semula enjinnya.Bayangkan betapa cemas dibuatnya lalu mencari formen di situ.Bila formen datang,dia juga gagal hendak menghidupkan enjin.Hentah macam mana muncul satu idea daripada saya untuk menyuruhnya menuangkan petrol sedikit ke dalam kaburetor.Tidak semena-mena boleh hid up enjinnya semula bila distart.Bila kedengaran bunyi enjin kereta ini dapat dihidupkan,amat bersyukur sekali dan dapat meneruskan perjalanan.Dalam pada itu otak ini tidak habis-habis berfikir untuk mencari jawapan.Malah saya tersenyum dibuatnya kerana saya pulak yang mengajar formen.
             Kesimpulan dari kejadian itu rupanya kereta ini telah begitu jauh pergerakannya tanpa henti.Tanpa disedari keupayaan enjinnya  tidak boleh menjangkau untuk terlalu jauh dipandu memandangkan ciri-ciri kipas kereta ini untuk menyejukkan enjinnya tidak kuat  kerana sumber kuasanya dari enjin semata-mata dan tidak seperti kuasa kipas kereta sekarang.
           Saya juga telah menukar sistem pam minyak manual kepada fiul pam automatik.Ini saya lakukan sendiri dan terbukti berjaya untuk sampai ke kota bharu.Malah banyak lagi ten tang penukaran alatan kereta ini.Sampaikan ada alatan jenama kereta lain boleh dimasukkan dalam kereta ini.
          Oleh kerana berlaku perubahan citarasa malah umur kereta inipun sudah tua maka saya hentikan seketika perkhidmatannya.Bukan kerana rosak tetapi mengubah angin selera dan mengikut keperluan keluarga.Namun begitu saya terus menyimpan kereta ini walaupun sudah lama tidak bergerak.


Sebelum kereta ini menjadi kereta utama,saya juga pernah menggunakan kereta Mazda 808.Ketika itu bajet saya cuma boleh menggunakan kereta yang harganya rendah namun boleh sampai ke selatan dan pantai timur.Kalau dikirakan darisegi kos penyelenggaraan memang tidak memberatkan.Cuma kesesuaian penampilannya tidak berapa gah.

Fikiran saya jumud.

             Kenapa tidak pilih Honda.Bukankah ia menjadi pilihan orang ramai.Saya mengenali jenama Honda sejak saya kecil lagi.Bermula dengan seorang China yang menoreh getah di belakang rumah dengan menaiki motor Honda.Hinggakan namanya melekat dengan panggilan China Honda .Sebenarnya namanya lain tetapi oleh kerana kenderaan motornya itulah yang mudah mengenalinya.Masa itu penduduk kampung belum lagi boleh memakai motor sepertinya untuk pergi menoreh getah.Sehinggakan sampai sekarang sebut Honda teringat China penoreh getah itu.


             Kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila motorsikal Honda rider saya hilang di sungai petani.Amat menyedihkan sekali kerana hasil titik peluh yang dikumpul selama ini telah hilang sekelip mata.Ini membuatkan saya melopong dan ternganga kerana tidak ada rezeki.Saya pasrah dengan ketentuan ilahi.
          Bila kawan-kawan membeli kereta Honda saya sempat melihat akan rekaan enjin kereta tersebut.Masa itu keluaran kereta Honda lebih kepada kereta kecil.Ada masanya bila kawan membuka bonet enjin dihadapan dapatlah saya melihatnya dengan jelas.Saya dapat lihat be tapa serabutnya wayar-wayar dibahagian enjin itu.Saya bandingkan dengan kereta Toyota KE35 milik saya dan dapat saya simpulkan bahawa enjin Toyota milik saya begitu ringkas seolah-olah komponan asas sahaja didalamnya dan mudah untuk melakukan penyelenggaraan sendiri.Lagi satu alat ganti Toyota amat murah berbanding Honda.Perkara ini memang diakui oleh kawan-kawan saya.
               Saya memerlukan kereta untuk keluarga dan bukan untuk penampilan.Semasa itu juga Wang gaji saya kecil dan tidak setimpal untuk membeli sebuah kereta baru.Namun begitu saya dapat membelinya dengan kemampuan yang ada.
             Bila ada rezeki bertambah mulalah beralih kepada jenama proton saga.Alhamdulillah keluaran kereta Malaysia yang pertama ini memang lasak enjinnya Dan tidak menimbulkan kerenah.Cuma darisegi ekonnya saja yang bermasalah.Rasanya banyak juga kos untuk baikpulih ekon kereta proton saga ini.Mungkin juga makenik China ini yang menipu.
           Setelah 5 tahun berlalu,keinginan untuk menukar kepada yang baru mula terasa dihati.Pengeluaran kereta baru telah muncul dengan begitu cepat.Iklan sudah mula memaparkan kelebihan pelbagai jenis kereta untuk pengguna.Bagi saya faktor ekonomi seseorang itu penting untuk menentukan kelayakan seseorang untuk membelinya.
           Pada awal tahun 2000 muncul sebuah kereta perodua kenari baru.Pertama kali melihat kereta ini dibilik pameran perodua,says terus menempahnya tanpa membuat usul periksa.Fikiran saya hanya inginkan sebuah kenderaan yang menjimatkan dan sesuai untuk pemandu wanita.Lantas saya bernekat untuk membelinya.Dalam panda itu,termakan juga dengan kata-kata jurujual disini.Kereta ini memang lain daripada yang lain,bercirikan keselesaan dan serbaguna.
           Saya adalah orang pertama di kawasan kuang yang menggunakan kereta ini.Bila dibawa memandu ke mana-mana,ia menjadi perhatian.Nampak macam pelik tetapi bila perhatikan lama-lama ia amat menarik dan comel.Hampir sepuluh tahun saya menggunakan kereta ini.Nampaknya keluaran ini mendapat sambutan apabila melihatkan anak-anak muda menyoleknya dengan pelbagai citarasa.Saya berpuashati kerana ramai yang membelinya selepas saya.
           Daripada pengalaman saya,keluaran pertama memang mempunyai masalah darisegi ekonnya.Pernah syarikat perodua mengeluarkan surat untuk menghantar semula kereta ini ke pusat servis untuk penukaran sistem ekonnya.Tetapi saya tidak membawanya kerana kesuntukan masa.Segalanya saya tanggung sendiri untuk baikpulih kerosakan tersebut.Jika dikira kosnya daripada saya mula memakai sehingga sepuluh tahun adalah amat besar.Ini kerana selalu ditipu oleh formen cina.
           Perkara ini terjawab setelah saya menjumpai seorang mekanik melayu di batu 17,kuang yang telah membaiki ekon kereta ini.Bayangkan asalnya dihantar di formen China tetapi dia memerlukan masa yang lama dan banyak alasannya mengatakan semua bahagian perlu dibuka.Saya menjadi fobia kerana sebelum-sebelum inipun begitu juga dan kosnya memakan beratus ringgit hingga hampir mencecah seribu lebih.
            Kali ini saya tidak mahu terjadi seperti dulu-dulu lagi.Memang dasar China ini asyik hendak menekan kita saja.Akhirnya saya terkejut besar memandangkan kosnya hanya RM 60.00 sahaja.Saya selut pada mekanik melayu ini dan langsung hilang kepercayaan kepada semua mekanik China.Semoga Allah memberkati hasil pekerjaan mekanik melayu ini dan dapat memperluaskan kerjayanya di masa- masa akan datang.Sejak itu saya cukup berhati-hati.

           Refleksi kereta perodua kenari.

Enjinnya tiada bermasalah.Hanya 2 Kali sahaja dihantar dipusat servis perodua.Seterusnya dilakukan sendiri.Puncanya kerana servis ke 2,kereta ini tidak dapat meluncur seperti pemanduan yang mula-mula(baru keluar).Saya tahu kenapa jadi begini.Ini kerana penggunaan minyak enjin(minyak Hitam)yang bermutu rendah telah digunakan oleh pusat servis perodua.
              Keseluruhannya di atas penyelenggaraan sendiri adalah lebih baik dan dapat bertahan sehingga 10 tahun lamanya.
              Kereta perodua kenari tidak begitu mantap dijalanraya jika masih menggunakan tayar dan rim asalnya.Begitu juga kadar muatan penumpangnya jangan berlebihan kerana boleh mengurangkan keseimbangan kereta ini.Pernah hampir berlaku kemalangan semasa melalui lingkaran jalan batu caves di mana kereta ini tiba-tiba meluncur ketepi pembahagi jalan secara sendiri sedangkan steringnya tidak dipusing.Mujur penumpang disebelah saya dapat membantu membalas pusingan stering kereta ini dengan cepat.Peristiwa ini masih tertanya-tanya dan menjadi pengajaran.
              Sejak kejadian itu saya tidak berani memandu secara laju lebih-lebih lagi bukan jalan lurus.Perkara ini cukup membuat saya lebih berhati-hati dan terus mengkaji dalam semua aspek samada muatannya lebih,tayar yang tidak lebar dan tidak berkualiti ataupun struktur kerangka kereta ini.Ataupun keadaan jalan yang basah dan banyak lagi.

           Membuat tinjauan kepada semua kereta.

              Pertama sekali saya letakkan faktor harga untuk sesebuah kereta.Orang kata ukur baju,dibadan sendiri.Saya tidak meletakkan kereta itu sebagai harta yang boleh memberi  pulangan besar selepas membelinya.Jika saya membelinya RM100,000.00 hari ini,bukan bermakna saya boleh dapat kembali sebanyak itu selepas 3 atau 4 tahun nanti.Malah setengah harga pun tidak mungkin tercapai.Oleh itu saya beranggapan kereta ini seumpama kasut yang dipakai.Kita belilah semahal manapun tidak akan dapat semula dengan harga yang mula-mula kita beli.Melainkan sebuah rumah atau hartanah yang boleh berganda-ganda harganya di masa hadapan.Dengan itu ikutlah kemampuan kita ataupun prinsip sendiri.
            Faktor kedua ialah keselesaan,ketahanan dan selamat untuk penumpang.Bagi saya keselesaan penting untuk sesebuah kereta.Saya memikirkan penggunaan kenderaan itu bagi saya adalah untuk perjalanan lebih jauh.Bila menaikinya tidak terasa penat,lenguh dan seperti beristirehat.Umpama perabot sofa dirumah.Bila kita duduk biarlah sedap dan puas.Jangan sampai melenguhkan punggung dan badan terasa sakit-sakit bila duduk berjam-jam lamanya.Lebih-lebih lagi pada mereka yang telah berumur,segala segi perlu diberi perhatian.Tambahan lagi bila pemanduan yang cukup jauh melebihi 450 km dan kenderaan itu boleh bergerak tanpa henti.


              Jalanraya yang kita gunakan begitu sesak dengan pelbagai jenis kenderaan bermula dari yang kecil hinggalah yang besar.Kadang-kadang kita berada berjam-jam lamanya sehingga boring kerana keadaan trafik yang sesak.Selalunya benda yang besar tentu akan menang bila berjuang apatah lagi jika saingan itu ialah kenderaan di jalanraya yang pelbagai kemungkinan boleh kita ramalkan.Begitu juga kekuatan fizikalnya mana lebih kuat besinya.Lihat kereta kebal milik ATM kenapa direka sebegitu rupa.


Jika rekabentuknya dijual seperti ini kepada pengguna adakah kita hendak hendak membelinya.

         Faktor ketiga ialah kereta itu mudah diselenggara.Adalah lebih beruntung jika kita membelinya terus kita menggunakannya tanpa membuat penyelenggaraan setelah 5 tahun memakainya.Ini tidak mustahil kerana saya telah berjaya mempraktikkannya.Apa yang saya lihat sekarang ini,tren pengeluar kereta memang sengaja hendak mencari untung dengan kualiti alatan yang tidak bermutu.Kita sebagai pengguna mudah tertipu dan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak demi sebuah kereta.Cuba kita buat refleksi kenderaan sekitar tahun 70an kebawah prinsip alatan tidak perlu ditukar dan cukup hanya diservis saja selagi mampu bertahan.Begitu juga segala bahan yang berunsurkan getah yang digunakan pada kereta tersebut mampu bertahan sehingga 20 tahun sejak dari kereta itu dikeluarkan.Tetapi sekarang amat menyedihkan seperti contoh kereta di negara kita.Memanglah konon harganya berpatutan tetapi ia memerangkap pengguna itu sendiri.
                 Faktor keempat ialah sistem sewabeli kereta.Pengguna terpaksa mengeluarkan wang pendahuluan yang banyak untuk permulaan.Selebihnya kita membuat pinjaman di bank.Inilah yang memeritkan kita.Jika difikirkan ini menunjukkan kereta ini tidak mempunyai nilai dagangan sebagai cagaran bank.Oleh itu mengapa kita tidak beralih saja kepada pembiayaan seratus peratus oleh pihak bank.Kalau ada yang menyediakan kemudahan ini,mungkin produk kereta yang belum popular di hati rakyat negara kita.
             Faktor kelima ialah selidik kesungguhan syarikat pengeluar jenama kereta tersebut.Bagaimana jenama kereta tersebut dipasarkan untuk pelanggan.Adakah ianya untuk peringkat global atau sebaliknya.Begitujuga adakah jenama kereta ini mampu bersaing pada peringkat dunia walaupun ianya bukanlah yang termahal dan bertaraf lima bintang.Kita jangan mudah terpedaya dengan lambang-lambang sesebuah kereta kerana era industrial dunia telah berubah.Apa yang utama ialah pembuatannya yang mengikut perkembangan yang bercirikan saingan teknologi moden yang diperakui oleh pendaftar pembuat kereta dunia.

Cara saya memilih kereta.

             Sebelum ini saya hanya membeli kereta terpakai sahaja.Bermula dari kereta Toyota ke35,Mazda 808,mitshubisi dan proton saga.Kesemuanya telah dapat memberi pengalaman kepada saya cara-cara pengendalian kereta dengan lebih dekat lagi.
             Setelah hampir enam tahun berdamping dengan kereta-kereta lama maka saya melangkah untuk mencuba yang baru dan masih dibalut dengan plastik.Ini bermakna saya tidak perlu meluangkan masa untuk memikirkan perkara-perkara seperti sebelum ini.
            Perkara pertama yang menjadi asas pembelian kereta baru ini ialah penjimatan petrol.Memandangkan bahanapi ini penting maka secara spontan saja melalui pemerhatian awal saya terus membeli kereta kenari daripada syarikat poradua.Saya mengetahui bahawa kereta ini sebenarnya adalah milik daihatsu maka membuatkan saya tidak bimbang dan percaya akan keistimewaan kereta ini.Saya tidak melakukan proses pandu uji pun terhadap kereta ini.Terus sahaja kereta ini dipamerkan pada hari pertama saya terus membookingnya.
Sebaik saja kereta ini keluar,saya telah memandunya sehingga ke Johor.Memang tepat apa yang telah saya fikirkan.
             Namun begitu kereta ini sesuai untuk dijadikan kereta kedua saja.Walaupun pada peringkat awalnya saya gunakan sehabis-habis yang boleh pada kereta ini.Pada tahap itu saya dapat mengetahui kelebihan dan kekurangannya.Selama sepuluh tahun kereta ini boleh bertahan dengan saya.Itupun oleh kerana tidak mencukupi ruang untuk menyimpannya maka ia terpaksa dijual.  
                Memandangkan anak-anak sudah remaja dan berat badan keluarga sudah bertambah,juga perjalanan kami semakin jauh maka saya tercari-cari sebuah kereta baru yang lain.Ketika itu majalah-majalah kereta selalu saya dampingi bagi melihat kesesuaian kereta yang bakal dibeli lagi.Hampir dua bulan untuk saya mentelaah buku-buku dan majalah.Begitu juga semasa berada dijalanraya mata hati saya selalu memandang akan model-model kereta yang sesuai.Hentah bagaimana,ketika balik dari perjalanan ke Cameron Highland menuruni tanah tinggi telah terpandang sekumpulan kereta dengan pendaftaran nombor singapura lalu memerhatinya dengan teliti.Pada mulanya saya tidak mengenali jenama kereta ini kerana tidak pernah melihat sebelum ini.Lalu saya mengekorinya dengan lebih dekat lagi.Barulah saya nampak akan lambang kereta ini.Hati saya berkenan akan kereta ini.

                         












Thursday, 7 May 2015

Pakar untuk Printer semua model canon.

Boleh membantu anda untuk baikpulih printer semua model canon.



Sudah sampai masanya untuk saya membantu anda untuk membaiki printer anda yang bermasalah.Ini sekadar ingin membuat jasa sebagai khidmat bakti saya kepada sesama kita.Tidak guna saya diamkan diri dengan rezeki ilmu yang saya miliki.


           Kepada yang inginkan perkhidmatan ini,saya boleh lakukan agar kerja-kerja anda tidak tertangguh dan berjalan lancar seperti sediakala.


           Jangan risaukan perbelanjaannya kerana urusan anda itu adalah lebih utama.Begitu juga saya mudah berkira dalam bajet anda.Paling penting saya hendak membantu sesama orang melayu kita.Pengalaman sebelum ini,bila berurusan dengan pemilik cina amat memeritkan kerana alatan printer ini sama seperti sebuah kenderaan yang memerlukan makenik yang mahir.
         Jangan bimbang kerana bagi saya alatan printer itu mudah bagi saya untuk merawatnya. 

Pengertian sebuah hubungan.

Pertemuan manusia dengan Pencipta yang Maha Agong akan sampai tanpa disedari dalam alunan yang kita cipta sendiri.Ketentuan Ilahi tidak siapa yang dapat menduga walaupun ia sekadar sekelip mata dan hilang buat selama-lamanya. Namun penghayatan yang telus terpancar dalam setiap tindakan diri dengan setiap seruan rintihan hati melalui butir-butir pengucapan memanggil seruan Ilahi.Walaupun sebagai hiburan untuk tatapan yang memenuhi santapan naluri namun akhirnya penokhtah mengakhiri menyahut seruan Ilahi.Tanpa diduga lirik-lirik alunan mendayu telah dikenani buat Pencipta yang diAgongi untuk memanggilnya kembali kerana seruannya menjadi dan berjaya menghampiri  Ilahi.
              Tinggallah kenangan untuk selama-lamanya.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan orang yang beriman.Al-fatehah.

Kenangan tinggal kenangan.

Wednesday, 6 May 2015

Hidup itu sebuah perjuangan.

Aku bermimpi menuntut aku membuat keputusan.Hendak diteruskan atau sebaliknya.Masa begitu pantas menghampiri penentuan jawapan.Ya atau tidak.Kelengkapan sudah diuruskan dan menunggu empunya badan saja untuk menjadikan kisah barunya.

           Asakan bertalu-talu dengan mendapat sokongan kuat daripada keluarga,teman dan rakan sekerja.Tidak ada kata-kata untuk menyarankan agar ini harus dihentikan.Malah rakan sekerja siap menyediakan kenderaan basikal roda tiga untuk menghantar aku.Tetapi mereka semua hanya memenuhkan ruangan penumpang saja.Aku yang terpaksa menjadi pengayuhnya untuk membawa mereka ini.Sempat juga aku menegur mereka dengan mengatakan pedal basikal ini terlalu tinggi dan sukar kakiku untuk membuat kayuhan.Namun semua ini tidak menjadi penghalang kerana kegigihan yang ada telah berjaya untuk mengerakkan beca ini.

             Saat yang dinantikan semakin hampir dan aku menjadi serba salah untuk membuat keputusan ini.Ruang fikiranku masih berlegar-legar dengan penentuan jawapan muktamad daripadaku.Teruskan atau tidak.

           Namun begitu kenapa aku boleh bertindak sebegini sebelum ini.Tidak menyesal langsung dan rasa bersalah.Walaupun tersekat dengan ancaman paranormal yang menggagalkan kehendak hati tetapi bagaimana cerita ini boleh berlaku.Fikiranku masih tertanya-tanya.



Aku terbangun lalu membuat kesimpulan bahawa hidup itu sebuah perjuangan.Perjuangan yang boleh ditentukan dengan tiga keadaan iaitu dalam bentuk situasi menang,situasi kalah dan situasi menang-menang.Pilihlah dimana perjuangan kita.

Friday, 1 May 2015

Aku fikir afats tempat syurga(AFATS).

Dulu punya cerita ingat sampai mati.Ianya menjadi kenangan manis walaupun perit ketika itu.Pengalaman yang sangat bermakna kepada setiap anggota perantis dalam menempuh situasi dalam menjalani latihan ketenteraan.
            Kepada semua bekas AFATS yang memakai nombor pengenalan diri seperti aku 532256 tidak akan hilang dalam lipatan ingatan begitu saja.Walaupun sekarang sudah melebihi 30 tahun aku meninggalkannya namun daki-daki keringat yang pernah kering ditubuh ini tidak akan hilang walaupun disental dan ditonyoh sekuat-kuatnya.Betapa kuatnya cengkaman dan palitan yang bertaup dijiwa ini sehingga membakar seluruh diri dengan simbahan ombak ke seluruh badan namun bekasnya tidak akan hilang dan lenyap meninggalkan bumi yang nyata ini.
             Ikrar dan sumpah taat setia dikongkong sehingga jiwaraga terpenjara demi kesetiaan tidak berbelahbagi terhadap negara.