Wednesday, 6 May 2015

Hidup itu sebuah perjuangan.

Aku bermimpi menuntut aku membuat keputusan.Hendak diteruskan atau sebaliknya.Masa begitu pantas menghampiri penentuan jawapan.Ya atau tidak.Kelengkapan sudah diuruskan dan menunggu empunya badan saja untuk menjadikan kisah barunya.

           Asakan bertalu-talu dengan mendapat sokongan kuat daripada keluarga,teman dan rakan sekerja.Tidak ada kata-kata untuk menyarankan agar ini harus dihentikan.Malah rakan sekerja siap menyediakan kenderaan basikal roda tiga untuk menghantar aku.Tetapi mereka semua hanya memenuhkan ruangan penumpang saja.Aku yang terpaksa menjadi pengayuhnya untuk membawa mereka ini.Sempat juga aku menegur mereka dengan mengatakan pedal basikal ini terlalu tinggi dan sukar kakiku untuk membuat kayuhan.Namun semua ini tidak menjadi penghalang kerana kegigihan yang ada telah berjaya untuk mengerakkan beca ini.

             Saat yang dinantikan semakin hampir dan aku menjadi serba salah untuk membuat keputusan ini.Ruang fikiranku masih berlegar-legar dengan penentuan jawapan muktamad daripadaku.Teruskan atau tidak.

           Namun begitu kenapa aku boleh bertindak sebegini sebelum ini.Tidak menyesal langsung dan rasa bersalah.Walaupun tersekat dengan ancaman paranormal yang menggagalkan kehendak hati tetapi bagaimana cerita ini boleh berlaku.Fikiranku masih tertanya-tanya.



Aku terbangun lalu membuat kesimpulan bahawa hidup itu sebuah perjuangan.Perjuangan yang boleh ditentukan dengan tiga keadaan iaitu dalam bentuk situasi menang,situasi kalah dan situasi menang-menang.Pilihlah dimana perjuangan kita.

No comments:

Post a Comment