Tuesday, 26 May 2015

Ingat pandai rupanya kena juga.

Ramai yang tertipu dengan kebijakan kedai tayar.

Betapa mudahnya kita percaya dengan kata-kata peniaga kedai tayar.Skru yang bengkok perlu ditukar baru semasa melakukan test skrin aligment kedudukan tayar kereta.Padahal tidak perlu modal untuk ditukar yang baru.Hanya cuma pusingkan semula skru abzober itu kedudukan lain.Maka ia akan seperti sediakala semula.
            Kita cepat termakan dengan kata-kata peniaga kedai tayar ini kerana bagi mereka ini adalah cara mereka untuk membuat keuntungan berlipat ganda dengan mudah.Apabila ditukar mereka dapat duit tetapi jika perbetulkan kedudukan skru ini hanya buang masa dan mengurangkan keuntungan mereka.
            Bayangkan betapa bijaknya mereka.Lebih-lebih lagi bila nanti bunga tayar kereta kita ini makan sebelah saja.Maka kita akan mengikut cakap mereka.Tambahan pula harga tayar sememangnya mahal dan tidak sanggup melihat bunganya botak sebelah.
           Kepada mereka yang lebih duit tidak mengapa dan rela mendermakan duit itu begitu saja sedangkan ia tidak perlu ditukarpun.Tetapi yang pentingnya maklumat ini adalah untuk memberitahu bahawa kita mudah tertipu.

No comments:

Post a Comment