Angkara perbuatan musuh yang tidak diundang.
Aku cuba melindungi engkau selagi mampu dengan menyediakan makan dan tempat berlindung.Tetapi ajalmu tidak dapat Ku tentukan kerana sudah ketentuan dari penciptanya.Masakan aku sanggup membiarkan engkau diserang tanpa belas kasihan sehinggakan nyawamu menjadi pertaruhan oleh makhluk lain yang sama hidup di dunia ini.Aku tidak mampu mengawalmu seadanya hanya berserah kepada penciptanya.
Sebagai kenangan abadi dariku,Ku semadikan jasadmu di sini sebagai pilihan terbaik bahawa engkau adalah makhluk yang pernah kusayangi.Harapan agar tempat ini menjadi saksi dan tanda yang aku tidak menganiayamu di dunia ini.
Persemadian bersama kawan-kawanmu yang lain di sini mungkin dapat memberi pengharapan untuk aku dalam mengenal hukum alam yang terbentang luas.
Matinya Syusi,Bunga,Misya,Jerry dan Jenny membuatkan aku terus memburu sebagai usaha terakhirku.Begitu juga telah Ku sediakan tempat istimewa buat rakan mu yang masih setia dan berkongsi belaian hidup denganku.
Jenny yang mengandung.

Bunga.
Tempat persemadian kucing-kucingku.
Kau tetapku lindungi.Biarpun rakan-rakanmu telah menjadi gadaian pertaruhan kehidupan yang tidak pasti bilakan berakhir.
Masih setia dan insaf akan kewujudanmu disisi.
No comments:
Post a Comment