Saturday, 5 September 2015

Warisan daripada datuk nenekku.

Orang dulu tidak berani mengaku dia seorang yang pakar.

Aku cuba merungkai kembali asal keturunan datuk nenekku.Dulu mereka tidak dapat menyebarkan maklumat seperti ini.Cuma berita dari mulut ke mulut dan hilang begitu saja.Sesiapa yang berhajat dan terlalu memerlukan saja yang akan mencarinya sehingga dapat.Tidak akan berhasil jika tiada kesungguhan untuk bertemu dengannya.Jika terdesak maka sampai ketengah malam atau kepagi akan bertandang ke rumahnya.Ini memang lumrah dan tidak dapat disangkal akan hebatnya datuk dan nenekku.
          Sebenarnya aku bukan memanggil nenek tetapi gelaran uwan.Panggilan uwan sudah sebati dengan semua keluargaku.Bapaku begitu mengambil berat akan ibunya iaitu uwan.Sebenarnya uwanku tidak berguru atau belajar dengan sesiapapun.Ini dinyatakan oleh bapaku.Ada bapaku memberitahu aku bahawa uwanku ada memberitahunya apa yang dia lakukan atau bacakan.(Rahsia untuk peribadiku)Memang tidak perlu susah-susah atau berguru dengan sesiapa.Yang penting keikhlasan kita.Lagipun uwanku tidak pandaipun membaca.Segalanya telah diceritakan oleh bapaku kepadaku.Banyak perkara telah disampaikan kepadaku semasa bapaku hidup.Tidak ada yang disembunyikannya walaupun kisah peribadinya bersama ibuku.Dia memang ikhlas memberitahu bahawa kita ini kalau berada dilandasan yang betul atau bergerak kehaluan kekanan dan tidak mengiri dalam apa jua tindakan hidup kita,yakinlah bahawa sesuatu yang baik itu akan sampai kepada kita.Ilmu itu akan datang sendirinya kepada kita dengan syarat jangan mengiri.

Apa yang dibuat ini bukan hendak menjadi orang minyak tetapi ada satu perkara yang telah terjawab dan amat bermakna.Rahsia yang orang ramai belum mengetahuinya.Aku tidak akan memberitahunya kerana belum sampai masanya lagi.
         Siapa boleh mempercayainya bahawa semasa datuk aku hidup dia ada membela sesuatu.Memang unik sekali.Tidak ada orang yang hendak berkawan dan berani dengan binatang ini.Bayangkan kita dapat tengok binatang ini di zoo sahaja tetapi datuk aku bersahabat dengannya sehingga akhir hayatnya.Kata makcik aku yang tinggal bersama dengannya, binatang ini akan datang pada waktu malam sahaja.Dia pernah terserempak dengan binatang ini.Keadaannya punyalah besar dan menyeramkan tetapi tidaklah ia mengganggu kehidupan mereka pada masa itu.
Tok belang ini selalu duduk dan menunggu datukku dibawah tangga rumahnya.
           Menurut kata makcikku arwah datuk memang handal orangnya.Pernah kejadian orang mencuri buah dikebunnya sehinggakan pencuri itu tidak dapat cari jalan keluar.Bayangkan jika dua tiga hari arwah datuk tidak masuk ke kebun,selagi itulah pencuri itu akan mundar mandir di dalam kebun itu.Memang keadaan ini membuatkan orang tidak berani dan menjadi pengajaran kepada sesiapa yang cuba melakukan yang tidak baik.
          Arwah datuk ialah seorang ketua kampung di kampung Bukit Tempurung.Memang orang yang disegani di situ.Gelaran datuk empat memang tidak asing ketika itu.Kenderaannya ketika itu menggunakan kereta lembu untuk berulang alik ke kebun miliknya.Peninggalan hartanya sampai sekarang masih ada dan tidak
diusahakan.(kebun di sungai mangga).

Hj Ahmad Bin Fakih
Ketua Kampung Bukit Tempurung.

Mengenai uwanku pula memang terkenal sebagai bidan kampung.Seperkara lagi beliau pandai mengubat orang.Pelbagai orang dari ceruk negeri samada China dan India datang untuk berubat dengannya.Beliau pernah memiliki geliga ular yang didapati semasa ular bergaduh diperkarangan rumahnya tetapi malang sekali dek kerana terlalu ikhlas dan mempercayai orang langsung geliga ular itu tidak dikembalikan oleh orang yang meminjam dengannya.Hasil urutan tangannya langsung tidak menyakitkan malah berkesan.Cuma dengan menggunakan air ditapak tangannya tubuh seseorang itu akan segar seperti sediakala.
           Begitu juga kalau anak-anak kecil selalu menangis malam,beliau amat memahami dan boleh merawatnya.
            Siapa yang percaya tiada apa yang istimewa pun cara arwah uwan mengubati sesuatu penyakit.Dia ada memberitahu arwah bapa(anaknya)tentang apa yang dibacanya.Memang pelik dan ajaib sebab kalau diikutkan budak-budak sekarang lagi hebat untuk menghafal 30 juzuk Al-Quran.Inikan pula arwah uwan bukan  mendalampun pengajian surah-surah dalam Quran.Cuba bayangkan hanya segelas air sejuk saja sudah dapat membantu pesakit.Ini suatu kurnian yang Allah beri padanya.
            Pada saat beliau uzurpun ada orang yang masih memerlukan perkhidmatannya.Aku masih ingat lagi bagaimana arwah uwan terbongkok-bongkok dibawa oleh orang yang sangat memerlukan perkhidmatannya.Sampaikan anak-anaknya melarang demi kesihatannya.Kalau tidak dapat bergerak keluarpun,beliau hanya membantu dirumah saja.Begitulah perjalanan kehidupannya sehingga akhir hayat.Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang mendapat hidayah.








          

No comments:

Post a Comment