Saturday, 14 November 2015

Alkisah merokok.

Bila engkau mula merokok lim?

Mula cuba merokok masa umur 13 tahun lagi.Masa itu aku test hisap gudang garam yang aku ambil dari kepunyaan abangku.Setakat main-main saja.Hisap tidak sampai satu batangpun.Cukup sekadar setengah batang, lepas itu aku simpan untuk esok-esok pulak.

Ketagih ke?

Tidaklah sampai macam itu.Cuma buat main-main saje.Kalau tidak hisappun tidak rasa apa yang kurangpun.Malah pernah rasa pening kepala dibuatnya dan tidak selesa pada diri.

Sebelum cuba rokok sebenar,pernah tak terlintas untuk merokok seperti orang tua dulu?

Aku masih teringat lagi bagaimana kawan-kawan sekampung cuba membuat rokok sendiri
dengan daun pisang kering yang dibalut dengan kertas.Terbatuk terbahak-bahak dibuatnya semasa menyedut rokok ini.Ada juga yang kreatif membuat paip menggunakan buah pinang yang menggunakan tembakau daun pisang kering.Masa itu perkara ini buat suka-suka saja umpama main-main.





Emak abah tahu tak?

Perkara ini kita orang sembunyi-sembunyilah dari orang tua.Lagipun mana-mana perkara seperti ini tidaklah dibuat depan mata orang tua.

Kenapa buat benda ini semua?

Budak kampung masa itu sangat kreatif dan mudah meniru gaya orang tua-tua masa dulu.Tidak banyak gambaran kehidupan yang buruk tentang merokok.Tambahan lagi bila orang itu tua dan duduk kampung mesti tabiat merokok seiring dalam kehidupan mereka.Lebih-lebih lagi mereka ini akan suka duduk kedai kopi untuk minum secawan tea atau kopi sambil merokok menjelang pagi atau petang.Perkara ini yang mudah nampak depan mata.Agaknya inilah yang mudah menjadi tiruan masa itu.



Bapa merokok tak?

Ada pernah nampak merokok tetapi tidaklah menjadi perokok tegar.Mungkin itu rokok orang bagi semasa ada majlis kenduri kahwin.Masa itu rokok sebagai satu bahan pemberian wajib untuk orang buat kerja hari kenduri kendara.(rokok penangga)Memang bapa seorang yang bukan perokok kerana tidak pernah nampakpun kotak-kotak rokok bersamanya.Hisap depan akupun tidak pernah nampak.Pelikkan.

Bilakah begitu ketara merokok?

Aku masih ingat lagi,selepas habis menduduki SPM di afats segenting kem,Port Dickson,masa itu aku menjalani hukuman tahanan,menghisap rokok adalah satu aktiviti untuk hilangkan bosan.Sebenarnya menghisap rokok dengan cara sembunyi-sembunyi.Rokokpun rokok paling murah yang mampu dibeli.

Rokok apakah yang biasa dibeli?

Macam-macam jenis rokok yang pernah aku hisap.Masa itu tidaklah semahal sekarang.Tahun-tahun 1980an rokok memang mampu dibeli.Harga dari RM3.00 hingga RM6.90 .Kalau tak silap.

Kebanyakan jenis rokok apa yang menjadi pilihan?

Bagi aku,gudang garam menjadi pilihan utama.Rokok yang tidak ada penapis.Rokok ini apabila menghisapnya,pasti berlubang-lubang baju atau seluar dibuatnya.Ini kerana bunga cengkih yang ada dalam rokok ini membuatkan bara puntungnya meletup-letup dalam sesuatu ketika.Baunya memang lain dari yang lain.Aku perasan ada ketikanya orang sekeliling tidak selesa dengan baunya.Namun begitu aku mengikut keadaan juga.Jika berhadapan dengan ramai orang,aku akan membeli rokok lain asalkan tidak mempunyai penapis.Rokok-rokok yang ada penapis aku rasa tidak puas.Kadang-kadang rasa macam hendak membuang air besar(terberak)bila menghisap rokok seperti dunhill,benson,peter yakni rokok yang mempunyai penapis.Ini memang yang betul-betul aku alami.Dulu aku pernah menghisap rokok gudang garam warna coklat batangnya.Tapi lama-kelamaan rokok ini tidak dijual dipasaran sini lagi.Aku dapat rasakan rokok ini memang power.Sebab ada keistimewaannya sendiri.Yang pasti kekuatan tenaga lelaki memang berhasil.Perkara ini aku pernah lakukan kajian sendiri bahawa rokok yang dijual dipasaran sememangnya boleh membantutkan daya juang tenaga lelaki.(orang tua-tua kata tidak kuat berkokok).Lebih ketara sekali rokok yang mempunyai menthol,memang melemahkan daya juang lelaki.Secara logiknya benda sejuk yang masuk kerongga tubuh badan boleh mengecutkan.Ini yang bahaya ni.Pendapat aku mungkin tidak disedari oleh para lelaki yang merokok kerana nilai orang tegar merokok tidak mahu ambil peduli tentang perkara yang paling berharga senjata lelaki.Kadang-kadang kita terlepas pandang perkara ini.Orang dulu tidak sama dengan sekarang.Lagipun kilang buat rokok dahulu belum ada agenda perkara ini.Tembakau dahulu memang ada kualiti.Sekarang ini,susah hendak cakap dan terpulanglah pada kauorang semua.Agenda musuh memang hendak menghancurkan kita saja dengan pelbagai cara.
Lebih-lebih lagi rokok-rokok keluaran luar negara yang dipasarkan di sini.Namun begitu awasi juga rokok-rokok murah(seludup),kualiti rokok memang tidak ada.Banyak kemungkinan tembakau yang digunakan itu tidak berkualiti.Maklumlah mengejar keuntungan semata-mata.

Bolehkah merokok memberi cabang ilmu?

Ini banyak tafsiran boleh dibuat.Ada siperokok umurnya menjangkau 85 tahun atau lebih.Pasal hidup mati itu bukan kerja kita.Orang yang tidak merokokpun mati juga.Mungkin ada amalan sampingan yang tidak sama.Ada orang kampung aku masa dulu,hisap curut pulak tu.Ada juga yang hisap paip.Darisegi pemerhatian aku,mereka ini elok saja seperti orang yang tidak merokok.Cuba bayangkan.
Dulu-dulu kalau rokok daun,sudah menjadi
biasa.Malah orang-orang yang mengaji pondokpun tidak tinggal benda ini.Tapi yang paling membezakan ialah tembakaunya yang ditanam sendiri.Ingat lagi tak negeri kelantan pengeluar tembakau utama negara ini.Memang ada kelas tetapi sayang,oleh kerana ada agenda yang tersembunyi maka ianya telah dilenyapkan  semuanya.Kononnya rakyat diundang dengan masalah kesihatan dan pembaziran.Betul ke perkara ini.Cuba kita buat kajian yang mendalam tentang perkara ini.
Sekarang ini,rakyat merokok juga.Terpaksa juga membelinya dengan kadar yang mahal.Malah tahap kesedaran tentang bahaya merokok umpama cerita penglipur lara saja.Isu-isu rokok ini bukan boleh selesai sampai bila-bila kerana selagi ada kejadian apa jua bentuk asappun di mata manusia,selagi itulah benda ini terpaut dihati mereka.Macam budak kecil yang suka main buih,begitu juga dengan orang dewasa yang nalurinya sukakan asap.Cuma pendekatan untuk menanggani isu ini perlu diperhalusi.Kita jadi malu dibuatnya kerana umpama cakap tak serba bikin.Ada segelintir puak itu cakap begini,yang satu lagi cakap begitu,mana satu yang betul.Buat iklan tentang bahaya merokok pada kotak-kotak rokok tetapi pada masa yang sama hasil penjualan rokok meningkat.Buat iklan kawasan larangan merokok konon membahayakan pada orang yang tidak merokok.Hasilnya ramai juga orang yang sakit bukan kerana asap tetapi faktor lain.Jika kerana asaplah punca banyak penyakit tentulah rakyat negara ini ramai yang mati akibat jerebu asap yang berlaku saban tahun.Ini lagi membimbangkan kita.Namun tidak nampakpun perkara yang lebih teruk berlaku.Jerebu ini kalau dibandingkan dengan asap rokok lagi dasyat.Hidup mati tentang ancaman asap ini kepada manusia bukan kerja kita.Banyak-banyak muhasabah diri.
Siperokok memang degil kalau hendak berhenti merokok.Kenapa susah hendak tinggalkan rokok ini.Semakin hari bilangan orang yang merokok meningkat.Malah anak muda yang masih dibangku sekolahpun terjebak dengan aktiviti merokok.Ianya akan terus meningkat sehingga akhir zaman.Memang amat mendukacitakan perkara ini dan pelbagai langkah telah diambil.Nampaknya semua formula yang diketengahkan oleh pakar-pakar dalam menanggani isu rokok ini tidak menjadi penawar.Rasanya lebih elok dilucutkan saja taraf pakar-pakar tersebut kerana mempersenda-sendakan taraf ilmu yang diiktirafkan.
            Perkara utama perlu diberi perhatian ialah tabiat atau amalan perlakuan seseorang.Ada orang suka makan pedas dan ada yang tidak boleh.Sebab kekuatan perut kita berbeza dan tidak sama.Begitu juga ada yang suka manis dalam masakan.Begitu juga ada makanan tidak perlu dimasak menggunakan api malah dimakan begitu saja.Ini adalah ragam dalam penyajian makanan kita.Cuba kita perhatikan bila memasak makanan pada api tentu ada mengeluarkan asap hasil pembakarannya.Kalau membakar sate sudah pasti asapnya lebih teruk dari sepuntung rokok.Cuma bahan pembakarannya berbeza dan tidak menggunakan daun tembakau.
         Kisah asap ini terlalu luas untuk dibicarakan dan sukar untuk menentukan adakah ia benar-benar bahaya selain bahan kimia.Mungkin juga gambaran asap ini boleh mencemaskan bagi orang yang tidak beriman.Yakni orang yang sudah tahu bahawa tanda-tanda asap itu sebagai salah satu tanda menghampiri kiamat.Ini kena tanya orang dalam bidang agama.Untuk itu memang betullah pendapat mengatakan kita ini berada dalam akhir zaman yang hampir dengan kiamat kerana tangan-tangan kita yang mempercepatkan menghasilkan asap dengan banyaknya di alam ini.
             Asap ini memang ada pengkelasannya.Ada yang gred A dan yang paling bawah sekali.Cuma kita tidak diketengahkan ilmu asap ini sebab ia adalah ilmu yang sukar untuk didapati.Orang yahudi memang sudah lama mengetahuinya bahawa gred asap yang berkualiti boleh memberi energi kepada seseorang.Cuba kita kaji tokoh-tokoh ilmuan yang menjadi model rekacipta dan pakar dalam sesuatu bidang masa dahulu.Rasanya puntung curut atau rokok tidak lekang daripada tangan mereka.Tetapi masa itu bahannya berbeza dari sekarang.Jadi oleh kerana kaum yahudi ini takut kalau ada orang-orang yang dapat menandingi mereka maka bahan rokok tiruan ini telah diwujudkan dengan bahan yang boleh membantutkan daya kretiviti,pemikiran dan rangsangan positif kearah kejayaan.Maksudnya boleh melemahkan daya luar biasa otak seseorang yang memang diunugerahkan sejak azali lagi.

Perlukah diketengahkan pantang larang merokok ataupun adap semasa merokok?

Jawapan saya ia adalah perlu dan mustahak.Kerana siperokok tidak dididik perkara ini.Apa yang wara-warakan ialah hanya larangan merokok atau tidak merokok.Orang kita unik sikit dengan perkataan tidak.Perkara tidak itulah yang membuatkan semakin hari ramai yang merokok.Begitu juga dengan iklan kementerian kesihatan tentang bahaya merokok.Tampallah sebesar manapun iklan dengan gambaran yang pelbagai tidak akan membawa apa-apa erti.Malah yang untung sipembuat iklan sahaja.
             Maksud pantang larang di sini ialah peraturan atau tata cara merokok.Patutkah merokok ketika memandu kereta atau menunggang motor.Mengapa perlu merokok ketika ini.Bukankah merokok itu untuk santai-santai saja dan bukan untuk memaksa diri memasukkan asap ke mulut kita.Udara yang disejukkan dengan akon paling tidak sesuai untuk merokok malah boleh mengundang bahaya kepada  kita.Ini wajib diketengahkan dan perlu ambil serius.Begitu juga bila sedang menunggang motor,jangan sekali-kali menghisap rokok kerana tekanan udara yang datang dari depan ketika menunggang boleh membuatkan tekanan oksigen dalam paru-paru kita berlawan dengan asap rokok yang kita sedut.Ramai sudah saya perhatikan perlakuan ini boleh memendekkan nyawa secara mengejut.Kita tidak perasan perkara ini yang boleh mengundang gejala paru-paru berair,sesak dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment