Wednesday, 25 November 2015

Baik-baik sayang.

Lakukan yang mudah ini.

Datuk Veda dengan kuputeh kuputeh,barulah puteh.Wow,jadi jutawan.Hakikatnya sudah tertulis dalam diari pencipta yang Esa bahawasanya kerja tangannya menjadi dan diterima.Jangan dipersoalkan sudah rezekinya.
        Macam kita ini belum nampak bayangnya dimana tanda-tanda kearah hendak menjadi seperti Datuk Veda.Segalanya memerlukan usaha samada kecil atau besar.Yang penting tidak berpeluk tubuh dan menyerah kepada nasip semata-mata.Bolehkah sesuatu yang kita ingini itu datang melayang atau bergolek semata-mata kepada kita tanpa niat dan usaha.
             Niat perlu ada pada peringkat awalnya.Maksudnya kita nekat dan beriya-iya hendakkan yang itu.Bila sudah pasang niat dengan sungguh-sungguh baru ada tekanan untuk bergerak.Tapi jangan buat seperti hangat-hangat tahi ayam.Semasa panas sahaja baru bersungguh bila sejuk langsung senyap.
              Niat itu mempengaruhi gerak daya tubuh kita.Kesungguhan berniat perlu jelas dan mantap dan tidak boleh ala kadar saja.Jangan sebut tak apa..ala, lain kali cuba lagi.Ataupun hati berbalik-balik,kejap cakap yang itu,kejap cakap yang ini,mana satu pendiriannya.Penyebab yang inilah membuatkan kita gagal selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment