Wednesday, 4 November 2015

MENGHAMPIRI TAHUN 2016.

Tersentak dibuatnya.

Tinggal 2 bulan lagi melangkah ke tahun 2016.
Pejam celik pejam celik je sampai pula ke tahun baru.Perlu buat cek list,mana-mana yang tertangguh,perlu buat refleksi balik.Apa yang tidak kena.Ataupun setakat itu saja kemampuan yang terdaya maalumlah umur makin bertambah,prestasi tidak seperti awal dulu lagi tambah lagi kurang daya saingan untuk terus kekal seperti dulu.Namun hakikatnya gaya hidup  ini akan berubah dek peredaran zaman yang semakin mencabar.Walaubagaimanapun jangan buat banyak alasan selagi masih kekal dan dibolehkan berkhidmat lakukanlah dengan sebaik mungkin.Semua rezeki itu ketentuan Allah.Jika dulu dari tidak berempunya,sekarang sudah ada,jika dulu masa sekolah tidak pandai,maka hari ini sudah pandai membaca dan menulis.Dulu naik bas saja pergi ke mana-mana tapi sekarang boleh tunggang dan pandu kenderaan sendiri.Dulu duduk rumah menu pang dengan emak dan abah tapi sekarang duduk rumah sendiri bersama isteri dan anak.Malah segalanya sudah ada.Itu rezeki yang Allah bagi.Jangan terlupa nikmat yang Allah beri bukan untuk megah-megah diri namun hakikatnya tanggungjawab kita kepadaNya adakah cukup untuk kita menginsafinya dalam mengukur rekod prestasi diri dalam pengabadian terhadap kehendak Ilahi.


Penemuan ilmu yang sudah basi tetapi sangat berguna sampai ke hari ini.

Sememangnya kita kerap mengabaikan dan memperkecil-kecilkan tentang kelebihan pemakanan tradisional orang-orang dahulu.Kononnya tidak bersih,bau busuk,tidak berkhasiat dan sebagainya.Namun pada hari ini saya ingin mengembalikan khazanah lama yang amat berharga dan istimewa.Malah amat menjimatkan wang kita.Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini banyak berlaku desakan hidup berpunca dari kewangan sehinggakan kita tidak mampu membuat rawatan yang menelan belanja yang tinggi.Bukan itu sahaja,mood kehidupan kitapun semakin tidak gembira.Banyak makan ubatanpun tidak sembuh-sembuh dan duit banyak habis ke situ.Begitu juga masa kita banyak terbuang begitu sahaja kerana terpaksa menunggu para doktor membuat pemeriksaan terhadap tubuh kita.
Sebenarnya kita perlu membuat muhasabah diri.Namun zaman sekarang,banyak kekangan masalah.Biarlah orang lain berbicara untuk kita.Ataupun amati semula kandungan surah umul-kitab antaranya tunjukkanlah aku jalan yang lurus..(anda lebih maalum lagi dari saya)
Ilmu ini yang ingin saya kongsikan.

Ketahuilah bahawa kehidupan mengajar kita.Semua orang boleh ditabalkan pengijazahan selepas tamat pengajian dalam universiti kehidupan yang nyata ini.Cuma pengkelasannya berbeza-beza dari yang tinggi  dan rendah.Tetapi kena ingat jangan sampai hari konvokesyennya bila tubuh kita diusung dengan keranda di  kuburan.Ini tiada maknanya.Untuk itu bila masanya untuk kita menerima pengijazahan ini.Bukankah konsep sekarang ini pembelajaran sepanjang hayat dan tiada masa yang ditetapkan kepada kita.Realitinya secara formal kehidupan seseorang itu memerlukan pujian atau penghargaan selepas menamati ilmu yang diperolehinya.Tidak cemerlang masa belajar di sekolah tentu tidak berpeluang terima hadiah semasa hari kecemerlangan.Itu bukan penyudahnya kerana kita masih banyak peluang lagi mengikut katogeri lain.Maksudnya pujian dan penghargaan daripada yang punyai ramai kawan.Tentu menyeronokkan berbanding kepada yang kurang berkawan.

OK.Kita berbalik semula kepada ilmu yang basi tetapi kembali menyinar kehidupan kita.Tubuh kita umpama tunggul kayu yang boleh lapuk jika tidak diminyakkan.Itu sebab rumah papan  orang dahulu boleh tahan jika kayunya disapu dengan minyak.Tetapi sekarang rumah batu orang sekarangpun boleh diserang anai-anai sampai kebumbung.Kita ingatkan tiada anasir yang boleh merosakkan dan menembusi batu tembok dinding rumah kita.Segalanya banyak kemungkinan boleh berlaku kerana kurangnya ilmu pada kita.
         Tubuh kitapun umpama sebuah rumah yang perlu penjagaannya.Jika tidak dijaga maka akan meruntuhkan kehidupan kita.Jangan sampai ada lapuknya pada bahagian tubuh kita.Faham betul-betul.Jangan sampai ada lapuknya pada bahagian dalam dan luar tubuh kita.Subhanallah.Ini semua kerja Allah.Namun kita sang pelakunya saja,semoga semua kerja kita ini diterima olehnya.
           Adakah memerlukan belanja yang besar.Jawapannya tidak.

Saya cuba hendak berkongsi dengan ilmu yang sudah basi.Sangat mujarab untuk serba serbi tubuh kita.Tidak susah hendak membuatnya malah menjimatkan segala-galanya.Mereka yang ada lapuk-lapuk pada dalam atau luar tubuh digalakkan lakukan dengan segera.Cuba baca semula keterangan yang saya kirimkan di atas.Jika ada senarai yang berkaitan dengan diri anda bolehlah berhubung terus dengan saya.InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment