Di mana terdampar di situ diabadikan.
Petunjuk dizahirkan.
Jam 9.00 pagi sempat aku memuji kebesaran Allah dengan alunan zikir dan karamah Ilahi.Pujian bagi Allah yang mencipta alam semesta.Tiada yang dapat menanggani kuasaanNya.Tahilan untuk mendekatkan diri pada Ilahi dengan kyusuk dan tafakur dengan semata-mata mendampingkan diri dan insaf akan keagunganNya.Ucapan terima kasih Allah dan sanjungan yang tinggi kepada nabi Muhammad bersama keluarga dan sahabat beserta para penegak agama Islam.
Kekusyukan dan tawaduk menjadi bertambah keyakinan dan aman dengan turunnya hujan pagi ketika itu.
Sebaik sahaja lafaz-lafaz itu disantunkan kepada pencipta yang maha besar maka tidak ketinggalan juga dibisikkan ucapan terima kasih kepada emak dan abah yang telah pergi meninggalkan alam ini.Bisikan hati kecil ini dengan hati yang pilu dan sedih agar kemakmuran dan kesejahteraan mereka dapat pengurniaan kelas pertama di sisi Allah.Titisan air mata mengalir dengan kesebakan hati yang rindu kepada mereka.Doa dibacakan memohon pada Ilahi agar segalanya mendapat rahmat untuk kelansungan hidup buat seluruh isi alam ini.
Alhamdulillah tenang seketika dan aku sempat berehat dan tertidur sebelum hendak bertugas seperti biasa.
Tersentak dari tidur dan dapat melihat hujan masih berterusan dan tidak ada tanda-tanda untuk reda.Akhirnya aku keluar dari kaben ini dengan mengharungi air hujan yang membasahi diri.Aku merasai nikmat dengan air hujan yang lebat ketika ini.Ia amat nyaman sekali kerana sebelum ini aku pernah bermandikan hujan seperti ini ketika menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama.Tetapi setelah hampir 12 tahun tidak menggunakan motosikal lagi suasana seperti ini tidak dihadapi.Hari ini hujan yang mencurah-curah bagaikan mutiara keseronakan yang tidak tergambar.
Kabenku untuk pengabadian diri.
Hampir 10 minit meninggalkan kaben untuk bersiap pergi bertugas namun hujan masih tidak henti-henti.Kelihatan paras air sungai telah melimpahi tebing dan menunjukkan air sudah naik meratai laman rumah kakakku.Air sudah meratai laman rumah namun hujan masih berterusan.
Terpaksalah membuka pakaian kerja dan menyarung pakaian lain.Aku terus keluar dan pergi ke tempat kabenku.Ketika ini air sungai bagaikan tiada aliran seperti biasa.Paras air sungai sudah serata dengan persekitan di situ.Air semakin naik dan alirannya amat deras tersasar dari alur sedia ada.Melihat dari jauh ke arah kabenku.Seperti tidak percaya bahawa tadi aku baru sahaja mengabadikan diri di sini tetapi ia hilang cara tiba-tiba atau aku yang bermimpi ketika ini.Hendak melangkah ke arah itu tidak kesampaian kerana limpahan air begitu deras dan amat berbahaya.Aku redha dengan keadaan ini.Biarlah beribu ringgit ku hilang kerana kaben ini asalkan tauhidku tidak tergelincir kepadaNya.
Aku balik kerumah untuk membantu kakak mengalihkan barangan yang perlu.
Akhirnya kau di sini kaben.
Disini kau hanyut disini tanda kekuasaan Allah.
Bermula tingkatkan kemakrifatan diri.

No comments:
Post a Comment