Wednesday, 16 May 2018

Sambutan Hari guru sk seri kundang 2018.

Kundang 16 Mei,2018 - Sk Seri Kundang telah menjayakan sambutan hari guru peringkat sekolah.Seramai 108 orang warga pendidik Sk Seri Kundang terlibat dengan disaksikan oleh murid-murid tahun satu hingga tahun 6.Hari ini satu sesi persekolahan sahaja dijalan secara serentak dan ditamatkan sehingga jam 12.30 tengah hari.
          Aturcara sambutan hari guru di peringkat sekolah ini dibuat secara sederhana dengan diawali bacaan Yassin oleh semua warga sekolah.Aktiviti ini dimasukkkan dalam program sambutan sebagai menghargai jasa kalangan guru di sekolah ini yang telah meninggal dunia.Seramai empat orang guru telah meninggal dunia sepanjang berkhidmat di sekolah ini.
           Bacaan perutusan dan ucapan wakil murid,ydp pibg dan guru besar beserta ikrar guru menjadi sebahagian aturcara rasmi sambutan hari guru peringkat sekolah.Sebelum aturcara rasmi berakhir para guru menyanyikan lagu kami guru malaysia dan sesi bergambar.
           Perjalanan majlis diserikan dengan persembahan murid dan penyampaian cenderahati untuk semua warga pendidik.Pihak pibg telah bermurah hati menaja cenderahati guru disamping para ibu bapa secara khusus melalui anak kepada guru mereka.


No comments:

Post a Comment