Nampak dacing tali dah putus,
Nampak bulan asyik mengambang,
Undi rakyat akhirnya meletus,
Cuba teka parti mana yang tumbang?
Bendera hijau nampak bulan,
Gambar dacing bendera biru,
Penyokong keadilan tidak boleh ditelan,
Pakatan harapan sudah jadi penentu.
Semua dacing kena bungkus,
Hal ehwal pertubuhan buat pemeriksaan,
Kalaulah betul SPR tak telus,
Buktikanlah sesiapa kita yang perasan.
Dulu-dulu orang kampung pangkah dacing,
Sama berat sama dijinjing,
Siapa yang perasan asyik kena kencing,
Rupanya pemimpin BN memang kala jengking.
Mula-mula nampak lain,
Dulu Nasional sekarang Harapan,
Ini negara jangan buat main-main,
Tun M yang mara ke depan.
Cita rasa rakyat sudah dizahir,
Cakap-cakap rakyat kena ada bukti,
Adakah betul dunia sudah berakhir,
Pemimpin yang penipu menjadi realiti?
Cakaplah apa nak cakap,
Tak suka tak apa,
Tun M orangnya yang memang cekap,
Dato,datok lain tak boleh buat apa.
Kata sepakat dengan pakatan harapan,
Dacing yang usang jangan dipakai,
Tunggu-tunggu untuk hadapi masa depan,
Manalah tahu poket kita tak pokai.
Agi hidup agi gelaban,
Keliling kita banyak yang tak boleh pakai,
Universiti kehidupan jadi kenyataan,
Ilmu Yakin dan Redha tak boleh dirungkai.
Peniaga dulu pakai dacing,
Kedai runcit orang aceh,
Orang sekarang suka bela kucing,
Kerja yang mudah jadi leceh.
Pangkah memangkah sudah berakhir,
Pru ke 14 tunjuk jari hitam,
Duduk dirumah tunggu berita mutakhir,
Akhirnya Najib dan Rosmah kena hentam.
Nampak bulan asyik mengambang,
Undi rakyat akhirnya meletus,
Cuba teka parti mana yang tumbang?
Bendera hijau nampak bulan,
Gambar dacing bendera biru,
Penyokong keadilan tidak boleh ditelan,
Pakatan harapan sudah jadi penentu.
Semua dacing kena bungkus,
Hal ehwal pertubuhan buat pemeriksaan,
Kalaulah betul SPR tak telus,
Buktikanlah sesiapa kita yang perasan.
Dulu-dulu orang kampung pangkah dacing,
Sama berat sama dijinjing,
Siapa yang perasan asyik kena kencing,
Rupanya pemimpin BN memang kala jengking.
Mula-mula nampak lain,
Dulu Nasional sekarang Harapan,
Ini negara jangan buat main-main,
Tun M yang mara ke depan.
Cita rasa rakyat sudah dizahir,
Cakap-cakap rakyat kena ada bukti,
Adakah betul dunia sudah berakhir,
Pemimpin yang penipu menjadi realiti?
Cakaplah apa nak cakap,
Tak suka tak apa,
Tun M orangnya yang memang cekap,
Dato,datok lain tak boleh buat apa.
Kata sepakat dengan pakatan harapan,
Dacing yang usang jangan dipakai,
Tunggu-tunggu untuk hadapi masa depan,
Manalah tahu poket kita tak pokai.
Agi hidup agi gelaban,
Keliling kita banyak yang tak boleh pakai,
Universiti kehidupan jadi kenyataan,
Ilmu Yakin dan Redha tak boleh dirungkai.
Peniaga dulu pakai dacing,
Kedai runcit orang aceh,
Orang sekarang suka bela kucing,
Kerja yang mudah jadi leceh.
Pangkah memangkah sudah berakhir,
Pru ke 14 tunjuk jari hitam,
Duduk dirumah tunggu berita mutakhir,
Akhirnya Najib dan Rosmah kena hentam.
No comments:
Post a Comment