Tuesday, 22 May 2018

Bisikan dan lambaian Seri Kundang.

Pengakuan.

Pada bulan Ramadhan tahun 2018 ini,aku ingin membuat akuan ini bahawa Sk Seri Kundang memang wujud kemisteriannya sendiri.

         Berani aku katakan bahawa selama dalam tempoh 30 tahun berada di beberapa buah institusi , tidak wujud seperti di Sk Seri Kundang.Berita tentang empat orang guru telah meninggal dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini menjadi isu untuk aku mencari jawapannya.Adakah ianya kebetulan ataupun sudah suratan.

Bukan fantasi.

         Pengalaman singkat semasa berada di bidang ketenteraan dahulu tidaklah sampai warganya mati disebabkan tekanan atau gangguan mistik.Saban hari ketika di sini macam-macam benda aneh berlaku tetapi tidaklah sampai memakan diri.

          Begitu juga semasa mengikuti kursus perguruan tidaklah ada para bakal guru yang mati ketika menetap di kampus tersebut.Jika ternampak pelbagai jelmaan itu memanglah wujud dan menakutkan tetapi tidaklah sehingga kematian.



          Ketika berkhidmat di empat buah sekolah sebelum ini tidak dinafikan memang ada perkara mistik yang berlaku ketika itu.Namun tiada yang mendukacitakan.

          Pernah berada di Sk Sungai Kertas semasa tahun pertama sekolah ini dibuka namun semua warganya sihat belaka.Jika hendak dinyatakan memang tempat ini banyak hantunya.Dari hantu langsuwe,polong dan hantu stokin memang sudah tempatnya di sini.Mungkin tapak sekolah ini merupakan lereng kebun dan pokok -pokok tua yang sesuai untuk tempat tinggal benda itu.

          Kalau di Sk Sungai Pelong terkenal dengan hantu yang tinggi dan bertubuh besar menunggu di hadapan pintu masuk utama sekolah itu di waktu malam sehingga ke subuh.Juga berok berbulu dan berbadan besar pula berada di PKG di situ.Kesudahan Guru Besar ketika itu meninggal dunia dek dengan derita kehidupanya sendiri.Sebelum itu pernah terjadi muridnya meninggal di sebabkan terjatuh ketika hendak balik dari sekolah.

           Aku cepat-cepat menukar haluan dengan memohon untuk bertukar sekolah kerana kata orang cina tidak ada fung suei jika diteruskan di sini.Mungkin ini kebetulan tetapi rasa hati aku tidak mengizinkan untuk berada dalam  persekitaran yang  tidak baik ketika itu.

           Pengalaman di Country Homes Rawang adalah paling cukup lama.Tidak terasa hampir 12 tahun boleh setia untuk berada di sini.Tidak timbul perkara yang menakutkan dan suasana biasa sahaja dan boleh dihadapi dengan baik.Mungkin dengan adanya berbilang kaum di sini perkara-perkara yang karut marut itu tidak ada.Sebenarnya bukan tidak ada langsung tapi tidaklah sampai terdengar kematiaan.

            Namun di Country Homes ini tidak membabitkan dalam sekolah, cuma tentang kisah rumah gurunya yang memang ada sesuatu yang pelik berlaku seperti ada penghuni lain yang duduk di situ.Walaupun begitu orang yang duduk di situ amat kuat semangatnya.Ada berlaku tentang kisah lampu rumah ditutup dan dipasang pada tengah-tengah malam secara sendiri dan juga ada terdengar bunyi guli terjatuh dan bergolek dilantai namun ianya tidak menjadi apa-apa kemudaratan kepada sesiapa.Yang ada dan terjadi ialah pasangan guru yang baru berkahwin dan duduk di kuaters ini langsung tidak dikurniakan zuriat dan sering berlaku pendarahan semasa mengandung.

               Yang melucukan pula ialah ada penghuni rumah guru di sini yang asyik mendapat untung saja dengan setiap peraduan yang dimasukinya.Ini memang luar biasa bagi mereka yang berfikir dan mengkaji tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku.

Siapa harus menjawab.

               Adakah ini wajar untuk diterjemahkan dengan jelas tanpa keraguan bahawa dengan membuat perbandingan di beberapa buah tempat yang tersebut?Apakah pengertian persekitaran yang kondusif itu boleh diabaikan dalam hal-hal yang sedemikian.Ingat lagi akan segmant TV3 yang mewara-warakan jangan biarkan diri anda diselubungi dengan misteri.

             Berbalik semula tentang kronologi di Sk Seri Kundang yang menjadi misteri.

             A.Guru sakit dan meninggal dunia                     kerana:

             1.kanser.
             2.Lumpuh
             3.Pendarahan otak.
             4.kencing manis.

             B.Sakit berpanjangan.

               1. Kanser tahap 3.
               2. Saraf

             C.Permulaaan sakit.

                1. Tekanan darah.
                2. Platelat tinggi rendah.
                3. Kestabilan emosi.
                4. Keguguran.
                5. Pendarahan semasa hamil.
                6. Tiada zuriat.
                7. Gangguan mistik.
                8. Janda.
                9. Masalah hutang.
                10. Masalah rumah tangga.
                11. Masalah anak sakit.
                12. Kemurungan.
                13. Tairod.
                14. Susah hamil.
                15. Anggota tercedera.
                16. Tulang pinggul.
             
Punca di mana-mana.

            Adakah bumi seri kundang ini tidak serasi dengan namanya.Jika kita refleksi tentang kisah orang dahulu tentang menamakan anak mereka tentu teori ini boleh diaplikasikan untuk dihujah.Kita mungkin mengabaikan perkara ini malah tentu ada yang menolaknya.Apalah ada pada nama dan apa kaitanya dengan masyarakat.

            Sejarah tanah dan asal usulnya perlu tepat dan berfakta untuk makluman orang ramai.Masyarakat yang mendiami tempat ini bukannya dipelopori penduduk asal iaitu kuang.Ia ada kaitan dengan perpindahan kemasukan sesuatu tempat lain ke sini di bawah pemimpin umno ketika dulu.Pengaruh pemimpin umno yang mencari populariti untuk terus berkuasa telah menjadikan kundang ini tempat pertaruhan medan mereka sehingga nama asal tempat-tempat yang ada seperti Kampung Padang Kerbau dan Kampung Bukit Tempurung dilenyapkan dari sejarah.

 Betulke seri kundang itu asalnya dari buah kundang?

               Kundang ini asalnya hanyalah untuk penempatan orang cina yang di namakan kampung baru cina kundang.

              Tempat ini asalnya ialah sebuah kawasan lapang untuk kegiatan mencari bijih timah yang diusahakan oleh tokeh-tokeh cina.Kegiatan yang diusahakan oleh mereka adalah secara besar-besaran dengan penggunaan pam tembak dan kapal korek sehingga wujud lombong-lombong dan kuari yang besar lagi dalam.

             Ketika itu kawasan ini amat bising dengan bunyian enjin jentera mereka dari larut malam sehingga kesubuh.Keheningan malam di sini dicemari dengan bunyian mesin mencari bijih timah seperti ketukan besi yang berlaga.Kadang-kadang terdengar kesayupan bunyi yang menakutkan.Setiap malam bunyian kuntang..kuntang..kuntang akan terdengar oleh penduduk asal yang berdekatan dengan kawasan ini.Tidak ada sesiapapun yang berani untuk ke sini  melainkan pekerja yang mencari bijih timah ini sahaja.

              Untuk mengaburi kegiatan ini supaya dapat memperlihatkan bahawa orang tempatan melayu yang mengusahakannya maka dikeluarkanlah lesen-lesen mendulang untuk anak-anak penduduk tempatan ketika itu.Ianya hanya sekadar bertopengkan lesen yang dikeluarkan semata-mata tetapi lesen-lesen ini dipajakkan semula kepada tokeh-tokeh cina untuk diusahakan.Kegiatan ini akhir ditamatkan dan kawasan ini terbiar menjadi kawasan semak samun dan tiada berpenghuni.

              Setelah itu dalam era kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk maka kawasan-kawasan ini diuruskan oleh ketua-ketua kampung dan pengerusi- pengerusi umno kampung yang berhampiran.Malah ada juga segelintir orang cina yang mengusahakan kawasan ini dengan pertanian secara besar-besaran.

Apa kaitannya cerita ini dengan sekolah.

             Fakta usul nama yang diberikan untuk seri kundang tidak tepat.Ia bukan berasal dari buah kundang seperti yang dicanangkan oleh segelintir masyarakat.Fakta yang diterima oleh sekolah adalah salah dan itu adalah rekaan pemimpin umno yang cuba untuk melenyapkan identiti Kampung Padang Kerbau dan Kampung Bukit Tempurung.

          Faktor utamanya ialah projek penerokaan tanah untuk dikomersialkan oleh pemimpin umno ketika itu.Sebenarnya kuasa mutlak ketika itu di bawah pimpinan ketua kampung tersebut tetapi telah dinafikan hak mereka.Kemasukan penduduk baru yang di bawa oleh umno secara merentas sempadan telah mencantas kuasa dua orang ketua kampung tersebut.Orang tempatan memang tidak ramai yang berpendidikan tinggi dan lemah dalam melahirkan individu yang berfikiran matang.Kalau adapun mereka telah meninggalkan kampung untuk berhijrah ke bandar dengan pendapatan yang tinggi.
                  Sekarang telah terbukti adalah amat sukar untuk mencari individu asal yang berketrampilan sebagai pemimpin persatuan sekolah seperti seri kundang.

           

No comments:

Post a Comment