Saturday, 24 November 2018
Friday, 17 August 2018
Pengalaman 6 tahun bersama Almera.
Pemilihan awal.
Sebelum membeli kereta ini aku telah membuat pertimbangan mengikut tanggapan sendiri tanpa merujuk kepada sesiapa.
Pelbagai jenama kereta telah aku tinjau dan mencubanya seperti peugeot,mazda,volkswagen dan hyundai.
Tentang mana yang menjadi pilihan kali ini.
Rupanya jangkaan aku meleset sama sekali kerana pilihan aku tidak tepat.Banyak perkara yang aku pertimbangkan tetapi keputusan ini jauh seperti yang diharapkan.
Mengapa dan apakah kesilapannya.
Siapa sangka ingatkan kereta ini boleh bertahan harganya dengan saingan jenama hyundai.Rupanya tidak.Pengalaman yang cukup lama ketika itu bersama hyundai memang tidak dinafikan bahawa kereta hyundai berlaku penurunan susut nilai yang paling ketara.Ini sudah menjadi kenyataan.Tetapi alangkah sedihnya apabila jenama almera amatlah tidak diduga kerana susut nilainyapun lagi menghampakan.Pertama,sudahlah kita terpaksa membayar sepuluh persen daripada harganya berbanding hyundai hanya tunjuk muka saja sudah memadai.Bayangkan disini kita sudah kehilangan wang terkumpul yang amat merugikan.Kedua,ingatkan sparepartnya almera murah kerana jenama nissan sudah terkenal sebagai kereta mampu milik sejak puluhan tahun dulu tetapi ia luar jangkaan.
Ketiga,ketahanan produk almera adalah amat manja dan tidak tahan seperti hyundai yang telah teruji.Bila masuk tahun ketiga penggunaannya satu persatu bahagiannya perlu diganti.(boleh rujuk saya nanti).Siapa sangka selama 12 tahun saya telah menggunakan keluaran hyundai tidak ada masalah seperti almera.
Namun begitu saya sudah dapat petuanya mengenai almera ini bahawa kereta ini sebenarnya adalah berasaskan oldschool yang perlu dipelajari.Tapi apakan daya sudah banyak perbelanjaannya yang sudah saya keluarkan baru saya mengerti akan almera ini.

Monday, 23 July 2018
Kesedaran dan keinsafan.
Ilmu yang mudah.
Setiap kali makan kita akan mengunyahnya.Makanlah apa saja makanan pasti akan mengalami prosesnya.Ada yang berkhasiat dan bervitamin semuanya akan berkumpul diperut.Dari mula prosesnya pengambilan makanan ini sehinggalah berakhirnya akan melalui prosesnya yang tersendiri.Pengumpulan makanan tetap berlaku diperut dan ini bukan kehendak kita untuk menentukan apa yang telah ditetapkan oleh badan.
Begitu juga dengan peranan kita dengan Allah.Apa jua yang dilalui dan dilakukan semestinya hakikat itu terwujud.
Makan yang kita ambil sama juga dengan ilmu yang kita amalkan mempunyai pengertian hakikat yang sama.Segalanya milik Allah.Proses makan yang diterima oleh badan akan melalui kehendak yang telah ditetapkan olehNya.Makanan yang baik-baik pada mulanya akan berakhir dengan proses nyahtinja yang keluar dari padan iaitu taik.Adakah taik itu tidak baik?Adakah taik itu perkara yang asing dan bukankah ia wujud dalam satu proses kesempurnaan proses di dalam badan.Bukankah itu Allah taala jadikan untuk keseimbangan.Inilah yang memerlukan pemahaman bahawa manusia yang menjalani sebagai khalifah di bumi ini akan melalui pelbagai ragam dan perlu dilakukan samada suka atau tidak.Baik buruk perlu diakui bahawa itu datang dari Si Pencipta.Kita tidak ada kuasa untuk menentukan yang baik saja perlu diadakan walhal buruk juga ada kesamaannya.Cuma setiap perbuatan itu dimulakan dengan yang baik dahulu dan prosesnya Allah taala tentukan.
Oleh itu jangan pula dibanggakan bahawa kita dapat melakukan yang baik dan mengharapkan balasan yang setimpal.Pahami bahawa proses hakikat seperti makanan di dalam perut sama juga dengan amal perbuatan yang kita lakukan dengan khudrat.
Perlu dipegang dengan tali Allah bahawa setiap yang kita lalui mengalami proses hakikat iaitu semua yang berlaku mengalami kehendak penciptaNya.Jika baik dilakukan itu adalah lumrah kehidupan tetapi jika yang buruk kesampaian maka jangan dipersalahkan dan ini memerlukan keredhaan semata-mata.Jangan menidakkan proses hakikat kehidupan bahawa kononnya kita sudah beriman dan ikhlas untuk beribadat.
Jangan sampai lupa dan bangga kita sudah sempurna beribadat dan mengharapkan balasan.Ingatkan semula ketika kita makan adakah makanan itu diharapkan untuk menjadi paling berkhasiat untuk badan sedangkan diakhirnya nanti menjadi hampas yang perlu disingkirkan.Kita tidak boleh menahan makan itu diproses semata-mata untuk bekalan sebagai protin,vitamin dan sebagainya sehingga menafikan taik yang terhasil diakhirnya itu buruk kepada kita.Walhal taik itu Allah jua jadikan.Jadi yang mana peranan kita dalam kehidupan sebenarnya.
Oleh itu apajua yang berlaku samada baik dan buruknya dalam perlakuan kita jangan terlalu cepat dan riak bahawa kita adalah yang sempurna.
Beribadat adalah suruhan dan hakikat hubungan dengan Allah.Mendekatkan diri untuk menjalin ikatan adalah tanda bahawa kita bersyukur dengan Allah yang mencipta kita.
BERSAMBUNG...

Sunday, 10 June 2018
Kehidupan memerlukan formula.
Warkah gaib.
Kepada,
Ibu bapaku yang tercinta.
Kehadapan ayahanda dan bondaku yang diingat selalu semoga rohmu berada dalam limpahan rahmat dan kemulian Allah.
Anakanda merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan sanjungan yang tinggi buat roh kedua-duamu yang telahpun selamat kembali menemui pencipta sekalian alam.
Tidak dapat anakanda gambarkan bahawa segala yang berlaku adalah kehendak Maha Pencipta yang lagi Bijaksana.Anakanda panjatkan doa ini untuk kebaikan roh ayahanda dan bonda berdua semoga berkekalan di sisi Allah dengan mendapat limpah rahmatNya.Aamiin.
Sekian.
Menumpang kehidupan di dunia nyata.
Sejak kecil apa yang dilalui itulah azimat pembuktian kebesaran Allah.Layanan dan kesempurnaan hidup yang dirasai tidak pernah diminta malah menerima dan melayan setiap kejadian yang berlaku sehingga sekarang.Alhamdulillah gambaran yang sudah terzahir berkat daripada kandungan ibu yang redha untuk kejadiaanku.
Langkah demi langkah.
Apa yang berhasil sekarang bermula daripada orang tuaku.
1.Aku anak kampung di tanah pinggiran.
2.Bersekolah dalam revolusi pertanian.
3.Guru disanjung tinggi.
4.Masyarakat bergantung penuh dengan kerajaan.
5.Kematangan muncul melalui perubahan yang disalurkan melalui program agensi kerajaan.
6.Berita tv saluran perdana penyampai maklumat utama untuk masyarakat.
7.Peluang terbuka luas dengan ukuran pencapaian akedamik individu.
8.Ayanda dengan semangat dan dengan keterbukaan hikmah Iradhah qalbunya daripada Maha Pencipta telah berusaha untuk meletakkan aku kepintu yang boleh mendapatkan rezeki.
9.Kepercayaan dan penuh yakin bahawa saluran jalinan keluarga boleh membantu untuk menjayakan hasratnya.
10.Syukur,alhamdulillah melalui jalan ini ianya berhasil dengan ketentuan Allah jua.
11.Visi dan misi pegangan ibu ayah yang bersandarkan dimana ada kemahuan disitu ada jalan memberikan hikmah yang besar bahawasanya konsep tarikat yang bersandarkan perjalanan hidup perlu dipimpin dan terarah melalui hubungan sesama manusia untuk mengejar dan mencari Nashnya.
12.Pembuktiannya kini telah terzahir walaupun kemutlakannya hanya Allah yang mengadakanya dan bukan kehendak kita.
13.Perjalanan masih jauh dan harus diterus kan untuk pencarian yang tiada penghujungnya.Rahsia diri belum terbongkar dan jalinan hubungan dengan Maha Pencipta masih belum tamatnya selagi nadi dan denyutan jantung masih diizinkan olehNya.
Zikrullah.Zikrullah.Allah.Allah.
Allah hu.
Ilmu itu ada di mata.
1.Duhai ibu ayah yang telah menyahut seruan Ilahi.Pemergianmu walaupun hilang dimata namun dihati ini masih segar akan kisah ketika dahulu yang menjadi kenangan sehingga kini.
2.Ibu begitu setia dengan ayah dan hubungan menggambarkan tiada kerenggangan dimata.Walau ibu terlantar sakit namun keteguhan jiwa terpancar dengan perilaku yang tetap setia.
3.Bila saat dipenghujung mata yang tidak boleh terhalang lagi dan takdir telah menetapkan segalanya namun ayah kekal keseorangan tiada pengganti.Innalilahiwainnailaihirojiun.
Kajian dekat dimata dan dekat dihati.
Pengenalan ibu.
Ibuku telah balik kepangkuan Ilahi di waktu magrib dalam usia 78 tahun pada tahun 2008.Pemergiannya yang ditentukan oleh takdir dengan penganugerahan sakit oleh Pencipta dihadapi dengan redha oleh kami semua.Sakit yang dianugerahkan kapadanya sebagai ilmu kepada anak-anaknya.Dahulu semasa kami mengalami sakit demam,si ibu dan ayah sedaya upaya berikhtiar mencari ubatnya dan alhamdulillah segalanya diperkenankan oleh Allah sehingga kami dewasa.Namun ketentuan hak penciptaNya bilamana penyakit si ibu tidak dapat anak-anaknya untuk menolak takdir.Allah Maha bijaksana dan sempurna.Ibu balik buat selama-lamanya.
Perjalanan hidup ibu.
Hidup sebagai peneroka sejak tahun 1964 di Tanah Rancangan Sungai Serai telah membuktikan bahawa kaum ibu sama peranannya dengan kaum bapa.Tubuh tulang empat kerat dan bermandikan keringat tidak lekang ditimpa hujan sebagai azimat perkasanya kaum ibu.Ibu dan ayah saling bersandaran mencari rezeki demi membesarkan anak-anaknya.Hasil khazanah bumi dimanfaatkan dan rezeki itu datangnya dari Allah.Tidak adalah sampai kami hidup tidak tertanaknya nasi dan tidak berkocaknya gulai ikan sembilang bersantankan kelapa.Di mana mata memandang di situ rezeki tidak putus untuk dimanfaatkan.Pucuk paku cendawan busut,pucuk ubi direbus air,sambal tumis ikan bilis,nasi panas makan sekeluarga menjadi ingatan air tangan ibu tanda merapatkan hubungan anak-anak sekeluarga.
Setiap pagi ibu sudah bangun dari tidur dan menunaikan solat subuh.Kesejukan air yang ditimba dari aliran mata air menjadi sumber yang memberi inspirasi dan begitu sayangnya Allah kepada makhluknya.Ini tidak memerlukan latihan seperti menghadiri kursus seperti sekarang.Tidak ada apapun ilmu untuk menghadapi cara-cara ikhtiar diri dalam nenghadapi cabaran kehidupan masa itu.Segalanya yang ada didepan mata memang dihadapi dan dijalani seadanya tanpa petunjuk.Zahir diri dan batin telah terolah dengan sendirinya.Tidak ada penyesalan dan rungutan terkeluar dari penduduk di sini.
Kehidupan kais pagi makan pagi kais petang makan petang umpama bidalan haiwan yang diciptakan untuk manusia berfikir bahawa rezeki itu bukan kita yang tentukan.
Ibuku seorang wanita yang gigih dan hebat.Tidak pernah berpeluk tubuh dan mengharapkan rezeki datang bergolek.Ada saja sesuatu yang hendak dibuatnya dan tidak pernah duduk diam.Tenaganya memang kuat dan sentiasa bekerja membanting tulang empat kerat.Tidak ada erti bersenang-senang pada setiap masa.
Malu hendak katakan tenaganya lebih kuat daripada seorang lelaki.Kerja mengapak kayu,menggandar baldi getah,menebas semak samun dan lain-lain lagi yang memang luar biasa.
Tabiatnya memang seorang yang cukup berhemah dalam setiap perbelanjaan dapur.Jika berbelanja memang ikut kemampuannya.Tidak pernah yang tidak cukup berkaitan kewangan malah dalam diam-diam simpanannya menimbun dan tidak seperti orang sekarang.Ini terbukti apabila ibu meninggal aku dapati duit simpanannya mencecah ratusan ribu ringgit.Bayangkan betapa cermatnya beliau berbelanja.
BERSAMBUNG...INSYA ALLAH.

Tuesday, 22 May 2018
Bisikan dan lambaian Seri Kundang.
Pengakuan.
Pada bulan Ramadhan tahun 2018 ini,aku ingin membuat akuan ini bahawa Sk Seri Kundang memang wujud kemisteriannya sendiri.
Berani aku katakan bahawa selama dalam tempoh 30 tahun berada di beberapa buah institusi , tidak wujud seperti di Sk Seri Kundang.Berita tentang empat orang guru telah meninggal dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini menjadi isu untuk aku mencari jawapannya.Adakah ianya kebetulan ataupun sudah suratan.
Bukan fantasi.
Pengalaman singkat semasa berada di bidang ketenteraan dahulu tidaklah sampai warganya mati disebabkan tekanan atau gangguan mistik.Saban hari ketika di sini macam-macam benda aneh berlaku tetapi tidaklah sampai memakan diri.
Begitu juga semasa mengikuti kursus perguruan tidaklah ada para bakal guru yang mati ketika menetap di kampus tersebut.Jika ternampak pelbagai jelmaan itu memanglah wujud dan menakutkan tetapi tidaklah sehingga kematian.
Ketika berkhidmat di empat buah sekolah sebelum ini tidak dinafikan memang ada perkara mistik yang berlaku ketika itu.Namun tiada yang mendukacitakan.
Pernah berada di Sk Sungai Kertas semasa tahun pertama sekolah ini dibuka namun semua warganya sihat belaka.Jika hendak dinyatakan memang tempat ini banyak hantunya.Dari hantu langsuwe,polong dan hantu stokin memang sudah tempatnya di sini.Mungkin tapak sekolah ini merupakan lereng kebun dan pokok -pokok tua yang sesuai untuk tempat tinggal benda itu.
Kalau di Sk Sungai Pelong terkenal dengan hantu yang tinggi dan bertubuh besar menunggu di hadapan pintu masuk utama sekolah itu di waktu malam sehingga ke subuh.Juga berok berbulu dan berbadan besar pula berada di PKG di situ.Kesudahan Guru Besar ketika itu meninggal dunia dek dengan derita kehidupanya sendiri.Sebelum itu pernah terjadi muridnya meninggal di sebabkan terjatuh ketika hendak balik dari sekolah.
Aku cepat-cepat menukar haluan dengan memohon untuk bertukar sekolah kerana kata orang cina tidak ada fung suei jika diteruskan di sini.Mungkin ini kebetulan tetapi rasa hati aku tidak mengizinkan untuk berada dalam persekitaran yang tidak baik ketika itu.
Pengalaman di Country Homes Rawang adalah paling cukup lama.Tidak terasa hampir 12 tahun boleh setia untuk berada di sini.Tidak timbul perkara yang menakutkan dan suasana biasa sahaja dan boleh dihadapi dengan baik.Mungkin dengan adanya berbilang kaum di sini perkara-perkara yang karut marut itu tidak ada.Sebenarnya bukan tidak ada langsung tapi tidaklah sampai terdengar kematiaan.
Namun di Country Homes ini tidak membabitkan dalam sekolah, cuma tentang kisah rumah gurunya yang memang ada sesuatu yang pelik berlaku seperti ada penghuni lain yang duduk di situ.Walaupun begitu orang yang duduk di situ amat kuat semangatnya.Ada berlaku tentang kisah lampu rumah ditutup dan dipasang pada tengah-tengah malam secara sendiri dan juga ada terdengar bunyi guli terjatuh dan bergolek dilantai namun ianya tidak menjadi apa-apa kemudaratan kepada sesiapa.Yang ada dan terjadi ialah pasangan guru yang baru berkahwin dan duduk di kuaters ini langsung tidak dikurniakan zuriat dan sering berlaku pendarahan semasa mengandung.
Yang melucukan pula ialah ada penghuni rumah guru di sini yang asyik mendapat untung saja dengan setiap peraduan yang dimasukinya.Ini memang luar biasa bagi mereka yang berfikir dan mengkaji tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku.
Siapa harus menjawab.
Adakah ini wajar untuk diterjemahkan dengan jelas tanpa keraguan bahawa dengan membuat perbandingan di beberapa buah tempat yang tersebut?Apakah pengertian persekitaran yang kondusif itu boleh diabaikan dalam hal-hal yang sedemikian.Ingat lagi akan segmant TV3 yang mewara-warakan jangan biarkan diri anda diselubungi dengan misteri.
Berbalik semula tentang kronologi di Sk Seri Kundang yang menjadi misteri.
A.Guru sakit dan meninggal dunia kerana:
1.kanser.
2.Lumpuh
3.Pendarahan otak.
4.kencing manis.
B.Sakit berpanjangan.
1. Kanser tahap 3.
2. Saraf
C.Permulaaan sakit.
1. Tekanan darah.
2. Platelat tinggi rendah.
3. Kestabilan emosi.
4. Keguguran.
5. Pendarahan semasa hamil.
6. Tiada zuriat.
7. Gangguan mistik.
8. Janda.
9. Masalah hutang.
10. Masalah rumah tangga.
11. Masalah anak sakit.
12. Kemurungan.
13. Tairod.
14. Susah hamil.
15. Anggota tercedera.
16. Tulang pinggul.
Punca di mana-mana.
Adakah bumi seri kundang ini tidak serasi dengan namanya.Jika kita refleksi tentang kisah orang dahulu tentang menamakan anak mereka tentu teori ini boleh diaplikasikan untuk dihujah.Kita mungkin mengabaikan perkara ini malah tentu ada yang menolaknya.Apalah ada pada nama dan apa kaitanya dengan masyarakat.
Sejarah tanah dan asal usulnya perlu tepat dan berfakta untuk makluman orang ramai.Masyarakat yang mendiami tempat ini bukannya dipelopori penduduk asal iaitu kuang.Ia ada kaitan dengan perpindahan kemasukan sesuatu tempat lain ke sini di bawah pemimpin umno ketika dulu.Pengaruh pemimpin umno yang mencari populariti untuk terus berkuasa telah menjadikan kundang ini tempat pertaruhan medan mereka sehingga nama asal tempat-tempat yang ada seperti Kampung Padang Kerbau dan Kampung Bukit Tempurung dilenyapkan dari sejarah.
Betulke seri kundang itu asalnya dari buah kundang?
Kundang ini asalnya hanyalah untuk penempatan orang cina yang di namakan kampung baru cina kundang.
Tempat ini asalnya ialah sebuah kawasan lapang untuk kegiatan mencari bijih timah yang diusahakan oleh tokeh-tokeh cina.Kegiatan yang diusahakan oleh mereka adalah secara besar-besaran dengan penggunaan pam tembak dan kapal korek sehingga wujud lombong-lombong dan kuari yang besar lagi dalam.
Ketika itu kawasan ini amat bising dengan bunyian enjin jentera mereka dari larut malam sehingga kesubuh.Keheningan malam di sini dicemari dengan bunyian mesin mencari bijih timah seperti ketukan besi yang berlaga.Kadang-kadang terdengar kesayupan bunyi yang menakutkan.Setiap malam bunyian kuntang..kuntang..kuntang akan terdengar oleh penduduk asal yang berdekatan dengan kawasan ini.Tidak ada sesiapapun yang berani untuk ke sini melainkan pekerja yang mencari bijih timah ini sahaja.
Untuk mengaburi kegiatan ini supaya dapat memperlihatkan bahawa orang tempatan melayu yang mengusahakannya maka dikeluarkanlah lesen-lesen mendulang untuk anak-anak penduduk tempatan ketika itu.Ianya hanya sekadar bertopengkan lesen yang dikeluarkan semata-mata tetapi lesen-lesen ini dipajakkan semula kepada tokeh-tokeh cina untuk diusahakan.Kegiatan ini akhir ditamatkan dan kawasan ini terbiar menjadi kawasan semak samun dan tiada berpenghuni.
Setelah itu dalam era kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk maka kawasan-kawasan ini diuruskan oleh ketua-ketua kampung dan pengerusi- pengerusi umno kampung yang berhampiran.Malah ada juga segelintir orang cina yang mengusahakan kawasan ini dengan pertanian secara besar-besaran.
Apa kaitannya cerita ini dengan sekolah.
Fakta usul nama yang diberikan untuk seri kundang tidak tepat.Ia bukan berasal dari buah kundang seperti yang dicanangkan oleh segelintir masyarakat.Fakta yang diterima oleh sekolah adalah salah dan itu adalah rekaan pemimpin umno yang cuba untuk melenyapkan identiti Kampung Padang Kerbau dan Kampung Bukit Tempurung.
Faktor utamanya ialah projek penerokaan tanah untuk dikomersialkan oleh pemimpin umno ketika itu.Sebenarnya kuasa mutlak ketika itu di bawah pimpinan ketua kampung tersebut tetapi telah dinafikan hak mereka.Kemasukan penduduk baru yang di bawa oleh umno secara merentas sempadan telah mencantas kuasa dua orang ketua kampung tersebut.Orang tempatan memang tidak ramai yang berpendidikan tinggi dan lemah dalam melahirkan individu yang berfikiran matang.Kalau adapun mereka telah meninggalkan kampung untuk berhijrah ke bandar dengan pendapatan yang tinggi.
Sekarang telah terbukti adalah amat sukar untuk mencari individu asal yang berketrampilan sebagai pemimpin persatuan sekolah seperti seri kundang.

Wednesday, 16 May 2018
Sambutan Hari guru sk seri kundang 2018.
Kundang 16 Mei,2018 - Sk Seri Kundang telah menjayakan sambutan hari guru peringkat sekolah.Seramai 108 orang warga pendidik Sk Seri Kundang terlibat dengan disaksikan oleh murid-murid tahun satu hingga tahun 6.Hari ini satu sesi persekolahan sahaja dijalan secara serentak dan ditamatkan sehingga jam 12.30 tengah hari.
Aturcara sambutan hari guru di peringkat sekolah ini dibuat secara sederhana dengan diawali bacaan Yassin oleh semua warga sekolah.Aktiviti ini dimasukkkan dalam program sambutan sebagai menghargai jasa kalangan guru di sekolah ini yang telah meninggal dunia.Seramai empat orang guru telah meninggal dunia sepanjang berkhidmat di sekolah ini.
Bacaan perutusan dan ucapan wakil murid,ydp pibg dan guru besar beserta ikrar guru menjadi sebahagian aturcara rasmi sambutan hari guru peringkat sekolah.Sebelum aturcara rasmi berakhir para guru menyanyikan lagu kami guru malaysia dan sesi bergambar.
Perjalanan majlis diserikan dengan persembahan murid dan penyampaian cenderahati untuk semua warga pendidik.Pihak pibg telah bermurah hati menaja cenderahati guru disamping para ibu bapa secara khusus melalui anak kepada guru mereka.

Monday, 14 May 2018
Rasa hati bukan bicara.
Kali ke -2 Diri ini berkeadaan meremang dibuatnya.Rasa heran tidak terduga kisah ini ada petandanya.Tidak boleh ditepis perkara yang tiba-tiba muncul dengan tidak disengaja.Apakah ini andaian belaka yang boleh dipermainkan dan dipersendagurauan untuk dibuat cerita.Ada hati boleh rasa dan tidak perlu berbicara.
Pada hari Isnin,14 Mei 2018 lebih kurang jam 6.40 petang,aku berasa seram sehingga meremang bulu roma dibuatnya.Kali ini ia datang secara tiba-tiba.Apakah ini permainan yang hendak menduga.Keliling kelalang tidak nampak sesiapa hanyalah aku seorang diri yang tidak mengesah apa jua.Ruangan bilik pejabat yang sunyi tanpa terdengar suara berbicara hanya tinggal aku seorang diri untuk menyiapkan kerja.
Tiba-tiba terasa meremang bulu roma seketika dengan rasa hati kecut dibuatnya.Kerja-kerja yang hendak disiapkan terbantut dibuatnya dek suasana yang tidak ceria.Hati menjadi gundah dan mulut melemparkan dengan kata-kata.Kau jangan main-main.Kau tak kenal aku ini siapa?Aku ini keterunan Sultan Alam.Bicara dari mulut yang tidak jeran untuk berentap bersemuka menjadi resah dan tidak terdaya.
Lontaran mata terkilas dengan bayangan benda yang melalui hadapan pintu hilang hentah ke mana.Jaluran cahaya yang melayang dengan tiba-tiba seperti angin yang menolak benda telah membuat hati ini tidak sedap dirasa.
Aku mengeluh ketika ini dan segera mengemaskan meja untuk terus pulang tanpa bicara.Aku tutup suiz komputer dan sempat menjeling ke jendela luar sana.Sedetik ini terkilas seorang jaga di luar bawah jendela dengan hilang hentah ke mana.Kilasan umpama cahaya ini menambahkan diri tidak boleh berada lama di sini.
Cepat,cepat,cepat bisikan hati yang tidak sabar untuk beredar keluar meninggalkan tempat ini.Satu persatu suiz dipadamkan seperti rutin biasa.Kali ini terpaksa naik turun tangga kerana ketiadaan kunci seperti biasa.Aku pergi ke kereta untuk mengambil kunci dengan segera.
Ketika ini amat cepat aku bergerak seperti tidak sabar pulang ke rumah.Selamat pintu pejabat sudah dikunci dan aku terus meninggalkan tempat ini.Sampai di pondok pengawal aku dapati seorang pengawal berpakaian baju tshirt hitam yang sedang duduk di dalamnya.
Dia sempat mengangkat tangan dengan aku seketika.Ini menandakan tidak ada seorangpun lagi yang masih berada di sini.
Aku tersenyum,siapakah gerangannya yang terkilas dipandangan aku tadi.Oleh itu dipendekkan cerita,lebih baik ditanyakan rasa dan jangan bawa bicara.
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Kecut dengan bayang-bayang.
Pada 14 Mei 2018,Isnin lebih kurang jam 6.40 petang terasa seram
Sampai ketika ini,aku sudah menulisnya panjang lebar perkara ini tapi..
Aku tidak dapat berkongsi perkara ini.

Saturday, 12 May 2018
Tangan rakyat bentuk tsunami .9mei18.
Nampak dacing tali dah putus,
Nampak bulan asyik mengambang,
Undi rakyat akhirnya meletus,
Cuba teka parti mana yang tumbang?
Bendera hijau nampak bulan,
Gambar dacing bendera biru,
Penyokong keadilan tidak boleh ditelan,
Pakatan harapan sudah jadi penentu.
Semua dacing kena bungkus,
Hal ehwal pertubuhan buat pemeriksaan,
Kalaulah betul SPR tak telus,
Buktikanlah sesiapa kita yang perasan.
Dulu-dulu orang kampung pangkah dacing,
Sama berat sama dijinjing,
Siapa yang perasan asyik kena kencing,
Rupanya pemimpin BN memang kala jengking.
Mula-mula nampak lain,
Dulu Nasional sekarang Harapan,
Ini negara jangan buat main-main,
Tun M yang mara ke depan.
Cita rasa rakyat sudah dizahir,
Cakap-cakap rakyat kena ada bukti,
Adakah betul dunia sudah berakhir,
Pemimpin yang penipu menjadi realiti?
Cakaplah apa nak cakap,
Tak suka tak apa,
Tun M orangnya yang memang cekap,
Dato,datok lain tak boleh buat apa.
Kata sepakat dengan pakatan harapan,
Dacing yang usang jangan dipakai,
Tunggu-tunggu untuk hadapi masa depan,
Manalah tahu poket kita tak pokai.
Agi hidup agi gelaban,
Keliling kita banyak yang tak boleh pakai,
Universiti kehidupan jadi kenyataan,
Ilmu Yakin dan Redha tak boleh dirungkai.
Peniaga dulu pakai dacing,
Kedai runcit orang aceh,
Orang sekarang suka bela kucing,
Kerja yang mudah jadi leceh.
Pangkah memangkah sudah berakhir,
Pru ke 14 tunjuk jari hitam,
Duduk dirumah tunggu berita mutakhir,
Akhirnya Najib dan Rosmah kena hentam.

Friday, 11 May 2018
Allah memberi petunjuk.
Di mana terdampar di situ diabadikan.
Petunjuk dizahirkan.
Jam 9.00 pagi sempat aku memuji kebesaran Allah dengan alunan zikir dan karamah Ilahi.Pujian bagi Allah yang mencipta alam semesta.Tiada yang dapat menanggani kuasaanNya.Tahilan untuk mendekatkan diri pada Ilahi dengan kyusuk dan tafakur dengan semata-mata mendampingkan diri dan insaf akan keagunganNya.Ucapan terima kasih Allah dan sanjungan yang tinggi kepada nabi Muhammad bersama keluarga dan sahabat beserta para penegak agama Islam.
Kekusyukan dan tawaduk menjadi bertambah keyakinan dan aman dengan turunnya hujan pagi ketika itu.
Sebaik sahaja lafaz-lafaz itu disantunkan kepada pencipta yang maha besar maka tidak ketinggalan juga dibisikkan ucapan terima kasih kepada emak dan abah yang telah pergi meninggalkan alam ini.Bisikan hati kecil ini dengan hati yang pilu dan sedih agar kemakmuran dan kesejahteraan mereka dapat pengurniaan kelas pertama di sisi Allah.Titisan air mata mengalir dengan kesebakan hati yang rindu kepada mereka.Doa dibacakan memohon pada Ilahi agar segalanya mendapat rahmat untuk kelansungan hidup buat seluruh isi alam ini.
Alhamdulillah tenang seketika dan aku sempat berehat dan tertidur sebelum hendak bertugas seperti biasa.
Tersentak dari tidur dan dapat melihat hujan masih berterusan dan tidak ada tanda-tanda untuk reda.Akhirnya aku keluar dari kaben ini dengan mengharungi air hujan yang membasahi diri.Aku merasai nikmat dengan air hujan yang lebat ketika ini.Ia amat nyaman sekali kerana sebelum ini aku pernah bermandikan hujan seperti ini ketika menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama.Tetapi setelah hampir 12 tahun tidak menggunakan motosikal lagi suasana seperti ini tidak dihadapi.Hari ini hujan yang mencurah-curah bagaikan mutiara keseronakan yang tidak tergambar.
Kabenku untuk pengabadian diri.
Hampir 10 minit meninggalkan kaben untuk bersiap pergi bertugas namun hujan masih tidak henti-henti.Kelihatan paras air sungai telah melimpahi tebing dan menunjukkan air sudah naik meratai laman rumah kakakku.Air sudah meratai laman rumah namun hujan masih berterusan.
Terpaksalah membuka pakaian kerja dan menyarung pakaian lain.Aku terus keluar dan pergi ke tempat kabenku.Ketika ini air sungai bagaikan tiada aliran seperti biasa.Paras air sungai sudah serata dengan persekitan di situ.Air semakin naik dan alirannya amat deras tersasar dari alur sedia ada.Melihat dari jauh ke arah kabenku.Seperti tidak percaya bahawa tadi aku baru sahaja mengabadikan diri di sini tetapi ia hilang cara tiba-tiba atau aku yang bermimpi ketika ini.Hendak melangkah ke arah itu tidak kesampaian kerana limpahan air begitu deras dan amat berbahaya.Aku redha dengan keadaan ini.Biarlah beribu ringgit ku hilang kerana kaben ini asalkan tauhidku tidak tergelincir kepadaNya.
Aku balik kerumah untuk membantu kakak mengalihkan barangan yang perlu.
Akhirnya kau di sini kaben.
Disini kau hanyut disini tanda kekuasaan Allah.
Bermula tingkatkan kemakrifatan diri.

Saturday, 28 April 2018
Jangan fikir tapi rasa.
Diri sendiri.
Macam-macam hal berlaku.Tapi kita hendak ikut mana.Berita sana-sini kita dengar tapi itu sandiwara dan mainan belaka.Belum tentu itu kita terima bulat-bulat.Jangan silap.Kita ini ada senjata paling mustajab iaitu rasa.Rasa adalah keputusan yang terhebat milik kita sendiri.Kita sendiri yang dapat tentukan dan tidak sama dengan orang lain.Oleh itu gunakan rasa untuk petindak utama dalam menentukan hala tuju diri kita.
Yakin dan pegang pada tali Allah.
Engkau miskin,engkau kaya,engkau dato',engkau tukang cuci dan engkau orang besar pun adalah mainan dan lakonan semata-mata.Memanglah itu semua ada di depan mata kita.Tapi kita ini jika macam ini juga apakah kita menyesalinya.Janganlah salahkan pada yang terjadi ini.Makin kita cari segala-gala yang diingini maka tidak tentu lagi itu kesudahan dan penamatnya.Jika itu yang kita miliki dan hadapi sehingga kini anggaplah itu sandiwara yang sudah terkarang dan terlayar untuk ditontoni dengan hati yang terbuka.Permulaan mesti ada penamatnya.Perjalanan yang kita tempuhi ini bukan kehendak kita.Oleh sebab itu mari kita undur kebelakang sikit supaya kita tidak menyalahkan takdir.Kisah lama bukan untuk cemerlangkan diri tetapi untuk muhasabah diri bahawa perjalanan kita ini bukan kita minta dan inginkan.Yang pasti sesuatu itu ada hikmahnya yang kita tidak sedari.
Monday, 23 April 2018
50an baru faham.
Aku hidup berkeluarga.
Syukur dengan anugerah ini kerana
1.aku mempunyai pasangan.
2.aku mempunyai anak-anak.
3.aku diberi tanggungjawab.
4.aku diberi amanah.
Aku mempunyai kerjaya.
Tujuan untuk
1.memikul tanggungjawab dan amanah.
2.mendapat habuan dan pendapatan.
3.mengurus dan mengolah sebuah kehidupan.
4.berbakti kepada ciptaan Allah.
5.membantu dan menolong diri sendiri.
6.menyempurnakan kewajipan.
7.membantu dan memberi sokongan kepada ibu bapa.
8.contoh dan tauladan.
9.berbuat baik kepada semua.
10.keredhaan,keyakinan dan kesyukuran.
Aku punyai harta.
Sekadar anugerah daripada Ilahi dan tidak kaya.
1.Harta pusaka.
2.hasil pencarian semasa.
3.isteri,anak dan cucu.
5.rumah
6.kenderaan
7.kebun
Rahsia dalam rahsia.
Ini maklumat yang tidak perlu diketahui pembaca kerana
1.Aku dan Allah.
2.Ilmu yakin dan redha.
3.pengertian berbeza.
4.elak diri dari sombong dan ego.
5.aku tidak wujud.
6.aku tidak punyai apa-apa
7.sekadar ketentuan Allah.

Wednesday, 7 March 2018
50 tahun lagi.
Rencana dan perancangan.
Kehidupan itu sudah dimenjadikan.Siapa buat dia dapat namun ada juga tanpa diundang ia beroleh dan muncul tiba-tiba.Apakah ia sebuah suratan atau kebetulan.Ini menjadi pertikaian dalam erti sebuah kehidupan.Adalah menjadi salah pengertian apabila kita hidup tidak memerlukan perencanaan dan perancangan.Pendek cerita jika dihadapan laluan kita sudah terbentuk lubang yang boleh menjerumuskan kita ke dalamnya masakan kita akan meneruskan untuk melaluinya.Pasti jika sudah nampak kita akan cuba mengelaknya.Hanya orang yang terlindung pandangannya sahaja akan merempuh jalan itu atau orang yang sudah hilang kewarasannya sahaja akan terus masuk ke dalam lubang itu.Sanggupkah kita untuk menerima padah yang sudah terang-terang jalan itu boleh memudaratkan kita.Tetapi jika kita termasuk juga ke dalam lubang itu,apakah ini kemahuan yang kita kehendaki.
Siapa yang inginkan kegagalan dan berapa ramai yang mahukan kejayaan.Kita bertindak dengan kata putus ya atau tidak.Namun ada juga mengangguk-anggukkan kepala tetapi mulut terkumit-kumit kata tidak.Bak umpama terpaksa rela
demi menjaga hubungan.
Inilah kehidupan.Permainan dan sandiwara untuk melengkapkan ruang dan waktu yang tercipta.Mahu tak mahu layan sajalah kerana sesuatu itu sudah terbentang untuk dilalui.Akhirnya seperti games bola sepak dengan sasaran untuk menjaringkan gol untuk mendapatkan kemenangan.Namun jangan kecundang dengan tektik dan ragam permainan yang memerlukan kawalan dan strategi.Walaupun kesudahannya dengan rasa kepuasan atau penyesalan.Ada yang seronok dan ada yang sedih dalam setiap pertaruhan.Tetapi ia tidak terhenti di situ kerana mungkin dihari nanti dapat dipertaruhkan lagi.
Kita yang hidup begitulah keadaannya.Tidak ada erti berhenti dan tamatkan ikut sesuka hati.Pertaruhan tetap menanti dengan games yang dianjur oleh pelbagai agensi.Sekali masuk perlawanan memerlukan perencanaan dan perancangan yang padu agar tidak membuang wang ringgit,ruang dan waktu.

Himpunan keluarga besar.
Subscribe to:
Posts (Atom)