Tempat latihan mengajar sebagai guru pelatih maktab perguruan sesi89/91.
Pada hari jumaat 06 mac2015 jam 6.45 petang aku sempat menjenguk semula temp at aku membuat latihan mengajar di sekolah kebangsaan sg karangan,kulim,Kedah.kesempatan ini memberi peluang kepadaku melihat pembangunan yang begitu mendadak setelah sekian lama aku tinggalkan.Rasanya hampir 23 tahun berlalu.Semasa itu aku sebagai guru pelatih mpsah.
Kehadiran kami kesekolah ini tidaklah janggal kerana sebelum kami memasuki maktab perguruan mpsah masing-masing telah pernah menjadi guru sementara selama 2 tahun.
Setiap pagi kami ke sekolah ini dengan menumpang guru-guru yang satu hala perjalanan dari rumah sewa yang kami duduki.Bertuahnya kami kerana ada seorang guru bujang yang menjadi teman rapat dan sanggup serumah dengan kami.cikgu sabri ini mempunyai kereta.Dengan ini kamipun tumpang sekaki.Habis waktu sekolah dan punyai masa terluang kami sempat dibawanya kemana-mana saja.seluruh ceruk kulim,bagan serai,lunas dan sebagainya dapatlah kami dampingi.
Rumah sewa ini umpama menjadi tempat mandi dan tidur saja.setiap hari dan setiap malam memang ada tempat untuk kami.makanan laksa buyung menjadi menu utama kami.
Disini pula tempat aku menerima pengawetan diri.Memang berubah sungguh.maalumlah sudah 23 tahun berlalu.aku mencuba semua ini kerana ketika itu,lagi sebulan aku hendak melangsungkan majlis akad nikah.Orang kata buat ovorhaul kelengkapan diri.alhamdulillah memang menjadi.ITU sebab jejak sampai ke sini.Cuma dulu orangnya bernama pak ngah pencen polis.
Sekarang ini,aku sudah beroleh apa yang dicari.Punyai anak dan isteri.Jawatanpun sudah kukecapi.Apa lagi hendak di cari.KeredhaanMu kupohoni.
No comments:
Post a Comment