Friday, 6 March 2015

Tetapkan pendirianmu.Onak dan badai telah kau harungi.

Aku tidak tewas.

Aku nekad untuk melangkah ke alam hijau.Fikiranku adalah untuk berdikari dan tidak mahu menyusahkan ibu dan bapaku.Aku sudah terfikir bahawa untuk mendapat pekerjaan selepas alam tamat sekolah adalah  amat susah dan bersaing.Ini adalah peluang bagiku.Aku sendiri yang mengisi borang untuk memasuki sekolah afats ini.Sesi temuduga telah kuhadiri dengan jayanya.
 Setelah menerima tawaran untuk memasuki afats,aku bersedia untuk melakukan latihan program di situ.sepanjang 1 bulan menjalani latihan lasak di sini,duniaku dengan kawan-kawan di kampung adalah jauh sekali berbeza.Umur ketika itu dalam lingkungan 16 tahun dan masih budak mentah.Pelbagai pahit  getir terpaksa dilalui dengan tabah.Pelbagai halangan dapat ditembusi walaupun hati ini merintis kehibaan di at as apa yang terpaksa diharungi hari demi hari.
Hari demi hari perjalanan aktiviti harian dapat kusesuaikan sehingga lupa diri.
 Kehidupan Ku disini ada riang,ada sepi,ada sakit hati dan macam-macam lagi.Kesemuanya terpaksa demi menjaga diri.
 Sekali sekala memang rasa hati hendak mencarut dibuatnya.Maaflah sebutan maki memaki,carut mencarut sudah menjadi-jadi di sini.Dah masak mendengarnya.
 Aku boleh melawannya.Aku tidak gentar dengan apa jua cabaran namun doaku dimakbulkan tuhan.sekiranya aku menyimpang akan jalanMu,keluarkanlah aku dari sini.sesungguhnya mungkin diluar sana lebih baik.
Aku perlu membuat keputusan semula.

No comments:

Post a Comment