Friday, 13 March 2015

Zaman 70an menggamit kenangan.

Masih segar dalam ingatan.

Ketika ini aku berada dalam darjah satu.Foto ini diambil dengan gaya bersantai di bahagian pelantar dapur rumah.Ruangan inilah tempat aku mandi diwaktu pagi sebelum pergi ke sekolah.Air paip belum ada ketika itu.Air mandian terpaksa disimpan di dalam baldi  dengan mengambilnya di tobek pada sebelum sebelah petangnya.Sebenarnya tempat mandian seisi keluarga ketika itu terletak 150meter dari rumah.Tempat yang dinamakan tobek begitu popular disini.Airnya menyamankan.Penggunaannya meliputi dalam semua keperluan asas utama untuk 6 hingga 10 rumah.Setiap hari tobeklah tempat kunjungan kami.Istilah takut terpaksa dilupuskan dalam perasaan.Kehadiran pelbagai jenis haiwan seperti ular,babi,beruk,kera dan banyak lagi ke sini memang tidak disangkal.Kalau ular sahaja,macam-macam rupa yang ada dari berkepala dua,berwarna kuning dan sebagainya.
Alahai orang asli manalah ni.









No comments:

Post a Comment