Thursday, 26 March 2015

Kepuasan itu letaknya di mana?Sudah kelain pula.

Kita akan mendeguk air bila dahaga.Terasa puas bila air yang ditelan membasahi tekak kita.Air yang diminum akan masuk kekerongkong dan terkumpul diperut.Banyak mana kita menelannyapun ia akan terkumpul diperut.Sampaikan boleh menyenakkan perut dan mampu membuatkan kita sendawa.Nasib tidak baik ia boleh keluar semula di mulut atau terkencing.
             Kita yang terkencing terasa puas bila dapat membuangnya dari menahannya.Bayangkan kita dalam keadaan menahan dan bersegera untuk ketandas.Setelah kita sempurnakannya,diri menjadi seperti bias a.Adakah ini meletakkan kita mencapai tahap kepuasannya.Tidak mungkin bagi orang yang tidak mensyukuri nikmatnya.
              Sejak kelahiran di dunia kepuasan kencing tidak sampai ke mana.Walaubagaimana sudah menyempurnakanya ia masih tiada kesudahan.Berapa ramai kita mendengar tangisan baby bila sudah terkencing.Rupa-rupanya lampin atau  pampesnya basah gara-gara air yang telah keluar.
              Orang dewasa sekalipun tidak akan berhenti dari terkencing.Setiap air yang diminum perlu dibuang semula.Kita tidak akan serik untuk meminum air.Menahan atau sebaliknya tidak musytahil untuk kita mengabaikan keperluan air dalam tubuh bad an.Terlalu banyak nasihat dalam pakar kesihatan menyarankan pengambilan air secukupnya.Tubuh badan memerlukan air untuk melancarkan sistem badan.
             Adakah kita berasa puas dengan air yang diminum.Kita lihat pelbagai citarasa dan jenis air yang dijual dipasaran.Pelbagai jenis iklan dipaparkan di khalayak oleh syarikat-syarikat yang mempromosikan produk air mereka.Negara kita,Malaysia kadar penduduknya tidak berapa ramai di bandingkan dengan negara China dan Amerika begitu teruja dalam perniagaan air ini.Masyarakat kita terlalu gemar dan bersaing untuk menghasilkan produk yang terbaik.Adakah citarasa kita yang tiada kepuasan membuatkan kemunculan produk berasaskan air mendapat tempat dalam pasaran.
              Pendidikan sains telah menerangkan bahawa air adalah keperluan untuk hidup.Asas air adalah pokok utamanya.Citarasanya yang pelbagai adalah untuk menambat hati agar terpedaya dengan kelebihannya.Mencari kepuasan dengan meminumnya belum sampai kepenghujungnya kerana dunia perniagaan air adalah untuk keuntungan semata-mata.

              Begitu berjaya syarikat produk bersumberkan air kerana permintaannya begitu tinggi di negara kita.Iklan produk air telah membudayakan kehidupan rakyat kita sehinggakan gaya meminum air yang berjenama telah dikelaskan untuk sesuatu bangs a.Status dan penampilan yang unggul telah memberi tarikan kepada golongan muda kini sehinggakan menarik minat kepada golongan pencen untuk menceburi bidang ini.Tetapi silapnya golongan pencen ini sekadar duduk minum dan menjadi pelanggan sahaja.Umpama selagi hayat dikandung badan,air minuman menjadi hidangan,kencing manis menjadi pujaan,sampai masa tunggu padam.

Syair Orang Pencen

Orang pencen hati gembira,
Hidup aman sebagai pesara,
Kerja tak perlu hidup disara,
Nilai prestasi sudah tak kira.

Cukup bulan dapat bayaran,
Buat belanja lauk sayuran,
Sekali sekala cari hiburan,
Pergi melancong bersama jiran.

Bangun pagi tidak tergesa,
Senaman ringan diri selesa,
Sarapan sedikit sekadar rasa,
Tahap kesihatan sering periksa.

Makan dan pakai hanya ala kadar,
Janganlah sampai masih tak sedar,
Amalan yang buruk wajib dihindar,
Jangan ditentang qada dan qadar.

Perkara yang penting amal jariah,
Menjaga kebajikan surau kariah,
Anak dan cucu menambah meriah,
Tiada masalah bimbang tak payah.

Orang pencen orang hormati,
Teladan baik budi pekerti,
Di sana-sini orang menanti,
Mendengar cerita tersimpan di hati.

Hidup bersara terasa lega,
Tiada musykil serta curiga,
Tak banyak hati perlu dijaga,
Hanya bermesra jiran tetangga.

Orang pencen anak dah besar,
Cucunya ramai sedang membesar,
Rumah selesa biar tak besar,
Yang penting tiada masalah besar.

Begitu kisahnya usia dah tua,
Suami dan isteri tinggal berdua,
Pengalaman hidup dirasa semua,
Kepada yang esa berserah jua.



     

         

No comments:

Post a Comment