Selepas tamat menjalani kursus perguruan aku telah di tempatkan di sekolah cina.Memang terasa janggal dibuatnya tetapi apakan daya yang penting sudah bekerja tetap dan punyai pendapatan sendiri.Bersyukurlah.Kalau dikenangkan balik memang terasa perit jika tidak punyai pekerjaan tetap.Betapa susah hendak mencari pekerjaan.Pernah menjadi guru sementara tetapi tidak punyai rezeki untuk menyambung kembali.Itupun merasalah bekerja sebagai guru sementara selama 2 tahun.Tiba-tiba hendak sambung semula tidak dapat kerana kuata guru tetap telah mencukupi.Jika tidak bolehlah berpeluang untuk mengikuti kursus dalam cuti sebagai tiket menjadi guru tetap.
Bila saja ditamatkan jawatan guru sementara,mulalah tidak senang duduk.Terpaksalah merayu ke sana ke sini memanjat tangga pejabat pendidikan negeri Selangor sehinggakan ke kementerian pendidikan.Tetapi semuanya hampa.Ketika itu telah merasai betapa susahnya hendak mendapat peluang pekerjaan.Minta sana minta sini,habis ikhtiar sudah dibuat.Mahu tak mahu aku mencuba nasib bekerja di kilang plastik cina.Sudah bekerja di kilang ini,terasa pulak gajinya tidak berbaloi.Penat dan kecewa.Bila dapat gaji,kira duit minyaknya, makannya dan baikpulih motosikal tidak dapat menyimpan.Umpama kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Dapat gaji habis tidak dapat menyimpan.Letih,letih tidak berbaloi.Sudahlah gaji tidak mencukupi malah masa kitapun banyak sia-sia.Orang tidur malam,kita bekerja sampai pagi.Orang keluar siang,kita baru nak tidur.Aduhai,malangnya aku.Bila buat perbandingan masa,waktu dan gaji sememangnya zalim kilang Cina ini.Tenaga kena perah tetapi gaji tidak setimpal dengan keadaan kerja tersebut.
Apa mahu tunggu, cabutlah.Aku buat keputusan, lagi baik aku menoreh getah.Bukan aku minta hendak jadi begini tetapi nasib tuah badan.Hari-hari yang aku lalui memang tidak seindah kata,diri masih muda pulak.Bergelumang dengan susu getah,getah sekerap dan getah beku memang lebih hasil pendapatannya bila dibandingkan dengan bekerja di kilang plastik cina dahulu.Masa,waktu dan hasil masih boleh berkira lagi.Cuma masalah bila hujan,bila sakit dan susu tumpah tidak mendapat hasil.Terpaksalah aku lalui perkara-perkara ini.Di sini aku belajar melalui pengalaman hidup.Pahit manis,susah senang terpaksa aku harungi.
Berehat-rehat selepas tugasan menoreh,aku terpaksa berikhtiar untuk memasuki maktab perguruan.Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.Bapa aku berperanan dalam mencari peluang ini.Rupa-rupanya anak buah datuk Jali memang bekerja di kementerian pendidikan masa itu.Setiausaha kepada menteri pendidikan.Mahu tak mahu terpaksalah aku menebalkan muka ini untuk minta tolong.Alhamdulillah.Jasamu kukenang dan doa serta umul kitab ku sedekahkan buat semua arwah yang telah bertemu Ilahi.Aku sedih dan insaf.Semoga aku dapat membalas jasamu semua dengan membantu orang lain seperti aku dahulu.
Teguran dan nasihatku untuk semua,bekerjalah dengan tanggungjawab.Laksanakan tugas dengan sebaiknya.Mungkin nasib anda lebih baik daripada saya dan begitu mudah memiliki pekerjaan.Tetapi saya yakin di luar sana masih ramai yang menunggu harapan.Galaslah tanggungjawab itu dengan seadil-adilnya.Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha penyayang,mungkin nasib kita baik kali ini tetapi anak cucu kita belum tentu nasibnya lagi.Ikhlas kita bekerja habuannya amat tinggi di sisi Allah.Arah tuju kita kerana Allah bukannya Ketua(bos).Pilihlah yang penuh keberkatan dan jauhkan kemurkaan.
No comments:
Post a Comment