Monday, 16 March 2015

Pengurusan berkesan memantapkan pencapaian institusi.

Kita telah melangkah kehadapan.Segala-galanya telah berubah.Kepimpinan yang lama sudah jauh berpisah dan tidak akan kembali lagi.Yang baru akan mula menimpa nama untuk menjayakan misi.Segala harapan adalah bersandarkan kepada kepimpinan yang berinovasi.Tidak wujud lagi gaya kepimpinan yang kuno yang hanya mementingkan citarasa dan status populariti kerana bentuk saingan yang tinggi dalam semua keadaan.Maka dengan itu wujudlah pelbagai teori dalam membuat ukuran setiap aspek pencapaian untuk sesebuah institusi atau organisasi.
            Kejayaan sesebuah organisasi banyak bersandarkan kepada keupayaan dalam mencapai sasaran yang diletakkan.Ianya umpama dalam sektor industri perkilangan yang meletakkan sasaran penghasilan produk pada satu-satu masa.Tiada istilah tidak berkeupayaan dalam mencapai sasaran kerana setiap aspek pengoperasian telah diuji dan dianalisis sebelum pengoditan berlaku.Lagipun banyak syarikat gergasi telah melantik perunding-perunding berwibawa dalam menjayakan pengoperasian syarikat mereka.Mereka sanggup melabur dengan kadar yang tinggi agar dapat pulangan yang berlipat ganda.Trend yang sebegini banyak telah terbawa-bawa kedalam semua organisasi tanpa meneliti kewajarannya.
           Sememangnya pencapaian itu diutamakan.Namun ianya perlu dilihat dalam pelbagai aspek.Apakah perkhidmatan sesuatu organisasi itu boleh disamakan.Ataupun apakah satu-satu kementerian itu mempunyai sasaran yang sama dengan yang lain.Kementerian pertahanan tidak boleh disamakan dengan kementerian kesihatan.Begitu juga kementerian pendidikan tidak boleh disamakan dengan kementerian pertanian.
            Sekarang ini kita dapat melihat bagaimana 





No comments:

Post a Comment