Ada tenaga,cukup masa dan hati senang.
Selepas pemergian ayahandaku pada tahun 2010 aku bangkit menggalas keringat yang ada.Tanah sekangkang Kera yang terbiar berdekatan dengan kebun abangku telah memberi inspirasi dalam diri ini.Aku teringat akan kata ayahanda bahawa diri ini jangan dimanjakan sangat.Kena bawa untuk keluarkan peluh.Kerja-kerja biasa tu tidak sama dengan orang yang buat kerja keluarkan peluh.Ada mata tengok perhati orang.Contoh cuba tengok Berahim suka tidur siang hari,penyakit mudah dapat. Belum 50 dah dapat penyakit.Tak payahlah buat kerja terok-terok,sikit-sikit lama-lama siap.Buat kerjapun pakai akal juga.Jangan panas-panas berjemur.
No comments:
Post a Comment