Saturday, 21 March 2015

Muzium Tentera Darat di Kem Sirusa,Port Dickson.

Pada 19 Mac 2015,hari Khamis aku bersama keluarga berkesempatan berkunjung ke Muzium Tentera Darat ATM di Kem Sirusa,Port Dickson.Sebelum kami ke sini kami telah bermalam di Apartmen dua bilik Chorus Paradise dengan sewaan RM 190.
          Jam 5.00 petang kami sampai di Apartment ini.Kelihatan air laut tengah pasang dan boleh dilihat dari luar koridor apartment ini.Memang seronok dan berbaloi bila dibandingkan dengan tempat lain.Harganyapun murah.Malah tempatnya selesa untuk kami sekeluarga.




Bangunan Apartment chorus paradise

Buka pintu terus nampak laut. 

                 Kemudahan yang disediakan.





           Bersantai di ruang koridor apartment.
              Pemandangan luar dari apartmen.
             Ini bukan atas jety untuk tunggu bot.

       Pada sebelah malamnya kami sempat mengeter di bandar PD.Jarak tempat penginapan ke bandar PD cuma  2.5 km.Bolehlah kami meronda-ronda di bandar PD.Di sini mudah untuk kami mencari keperluan barangan kerana banyak pasaraya atau kedai.Bandarnya masih sibuk walaupun hari sudah malam.


Hiburan yang mengasyikkan semasa mengeter.

        Selepas ke bandar PD,kamipun bergerak ke sepanjang pantai hingga ke batu 10.(Segenting Kem).Waktu malam begini masih ramai orang dapat di lihat di sini.Memang suasana masih sibuk.Sebaik kami berpatah balik untuk menuju ke apartmen Corus,telah berlaku satu kemalangan jalanraya.Kami perasan kejadian ini berpunca daripada aktiviti perlumbaan dua buah kereta yang memecut laju.Tidak semena-mena bila sampai di persimpangan lampu isyarat kampung Sawah tiba-tiba sebuah kereta melayang dan merempuh pengadang jalan.




Rupanya kejadian sebegini memang sudah perkara biasa di sini.Ramai yang menyumpah-nyumpah kerana menyusahkan orang lain.

              Pada sebelah paginya,aku pun turun ke pantai untuk bermandi-manda.Rasanya sudah lama tubuh ini tidak dibasahi dengan air laut.Bukan kerana pantang tetapi khuatir muka cepat jadi hitam bila terdedah ditengah panas di tepi pantai.Lagipun aku dah muak untuk turun ke laut.Maalumlah dulu aku dah pernah duduk di tepi pantai.(kem segenting batu 10).Masa itu hari-hari kena angin laut dan faham benar keadaan di sini.

            Jam 10.45 pagi,aku pun membersihkan badan dan bersiap untuk berjumpa dengan kawan yang hampir 30 tahun berlalu.Memanglah dah berubah banyak.Dahulu masih remaja lagi.Kali ini dapat berjumpa semula di politeknik PD.Masa begitu singkat,dan hanya bertanya khabar secara bersemuka.Ini sebagai tanda aku ini adalah sebahagian anggota ATM.

            Kalau hendak diikutkan ramai lagi yang perlu aku temui tetapi tidak kesampaian.Seorang lagi,tengah bekerja di Pernama ATM Port Dickson.


               Setelah jam 12 tengah hari,kamupun keluar dari apartmen.Masa untuk makan tengah hari.Untuk itu kamipun mencari tempat yang sesuai.Dalam masa inipun kami sempat singgah di hotel Tempat Melihat Anak Bulan di Teluk Kemang.










Pemandangan dari atas hotel.

                Hampir setengah jam juga kami di sini.Aku mula teringat akan memori lama di sini.Rupa-rupanya di sinilah tempat aku berpeleseran dahulu.Sudah jauh benar rasanya aku meninggalkan kenangan lalu.Melihatkan pokok-pokok tua yang masih tinggal,aku terkenangkan bagaimana aku berjalan kaki dari pantai ke sini.Bagaimana aku memanjat bukit meredah semak samun dan menyeberang ke pantai Teluk Kemang.

                Oleh kerana dah hampir Jam 2.30 petang,aku dan keluarga singgah makan di gerai pantai Teluk Kemang.Selepas makan berehat pula di bawah pohon di tepi pantai.Aku mematikan enjin kereta dan sempat mengambil gambar pemandangan di sini menggunakan kamera Nikon J1.Gambarnya masih belum sempat di uplord di sini.

                AnakKu Asyman sibuk mengajak ke Muzium Angkatan Tentera.Lalu akupun menghidupkan enjin untuk berkunjung ke sana.Sebenarnya tidaklah jauh tempatnya dari sini.Bagus juga aku pergi ke Muzium ini.Manalah tahu dapat ilham untukku bawa balik nanti.

                Unik betul keadaan di sini.Jalan rayanya berwarna merah dan memang sesuai dengan nama Bandar Tentera Darat.Sempat aku merakamkan foto-foto di dalam muzium ini.















No comments:

Post a Comment